24/08/2026
Kadang-kadang kita terlalu risau anak pandai membaca, pandai mengira, cepat menulis… sampai terlupa satu perkara yang jauh lebih besar nilainya iaitu akhlak. 💚
Sejak kecil lagi, anak perlu kenal bahawa menjadi anak soleh dan solehah bukan sekadar tahu banyak perkara, tetapi juga tahu bercakap baik, berkata benar, meminta maaf, berkongsi, membantu dan menyayangi orang lain.
Di Tadika Nur Kasih Tawau, kami percaya pembentukan anak bermula daripada hati. 🌙✨
Sikit-sikit kita didik, hari-hari kita ulang, insya-Allah lama-lama ia menjadi kebiasaan yang indah.
Rasulullah SAW adalah contoh terbaik buat anak-anak kita — Baginda mengajar tentang kejujuran, keberanian melakukan perkara yang benar, kasih sayang serta kemampuan mengawal emosi.
Bukan semua perkara anak terus pandai bah. 😊
Ada masa dia terlupa mengucap terima kasih.
Ada masa dia marah.
Ada masa dia susah mahu meminta maaf.
Tapi di situlah peranan kita sebagai ibu bapa dan pendidik untuk membimbing tanpa jemu, menegur dengan kasih dan menunjukkan teladan yang baik.
Kita tidak hanya mahu anak yang cemerlang di dalam kelas.
Kita mahu mereka membesar menjadi generasi Qawiy, Huffaz, berilmu dan berakhlak mulia.
Semoga setiap langkah kecil yang kita ajarkan hari ini menjadi bekalan besar buat mereka apabila dewasa nanti.
📲Follow halaman TADIKA NUR KASIH TAWAU untuk lebih banyak perkongsian tentang pendidikan awal kanak-kanak, parenting Islamik dan pembentukan akhlak anak.
Untuk pertanyaan atau pendaftaran, boleh terus WhatsApp kami di sini:
https://wa.me/60168988709?text=pendaftaran%20tadika