SK Sungai Haji Matahir

SK Sungai Haji Matahir Laman Facebook ini adalah laman rasmi bagi SK Sungai Haji Matahir.

“SMAT Melangkah Cemerlang”

“Muafakat Membangun Potensi”

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H. Semoga sambutan ini menjadi ruang untuk kita menghayati dan meneladani akhlak mu...
24/08/2026

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H. Semoga sambutan ini menjadi ruang untuk kita menghayati dan meneladani akhlak mulia Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian.

Semoga kita semua terus dilimpahi keberkatan, kasih sayang dan rahmat Allah SWT. Moga cinta kepada Rasulullah SAW sentiasa subur dalam hati dan menjadi pedoman dalam setiap langkah kehidupan.

Salam Maulidur Rasul 1448H.
Ikhlas daripada Warga SK Sungai Haji Matahir, Tawau.

Assalamualaikum w.w.b*Pemakluman CUTI SEKOLAH* Sekolah akan bercuti pada :( *24 OGOS 2026 ISNIN*- CUTI PERISTIWA BIL. 3 ...
21/08/2026

Assalamualaikum w.w.b

*Pemakluman CUTI SEKOLAH*

Sekolah akan bercuti pada :
( *24 OGOS 2026 ISNIN*- CUTI PERISTIWA BIL. 3 SEMPENA *SAMBUTAN MAULIDUR RASUL* pada 25 OGOS 2026 SELASA)
*Rujuk poster

🌈Sesi Persekolahan *akan bermula semula pada ( 26 OGOS 2026 RABU)*

🌈 Kehadiran murid pada pembukaan sekolah adalah wajib

🌈 Diharapkan murid dapat memanfaatkan cuti dengan baik dan mengisi masa lapang dengan membantu ibubapa dan mengulang kaji pelajaran. Jaga diri , keselamatan dan kesihatan. Jadi anak baik ❤️

*TERIMA KASIH, SELAMAT BERCUTI*🌈
SKSHMT MUAFAKAT MEMBANGUN POTENSI
SKSHMT TERUS MELANGKAH CEMERLANG

PERTANDINGAN MEWARNASK SUNGAI HAJI MATAHIRTARIKH: 19.08.2026HARI: RABUANJURAN / KERJASAMA:SK Sungai Haji MatahirbersamaT...
19/08/2026

PERTANDINGAN MEWARNA
SK SUNGAI HAJI MATAHIR

TARIKH: 19.08.2026
HARI: RABU
ANJURAN / KERJASAMA:
SK Sungai Haji Matahir
bersama
TECK GUAN GROUP OF COMPANIES

SLOGAN:
“Warna kan imaginasi, cipta karya, raih inspirasi!”

HOKO
Enak • Berkhasiat
Pilihan Bijak, Nutrisi Baik!

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Teck Guan Group of Companies atas sokongan, sumbangan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Pertandingan Mewarna SK Sungai Haji Matahir.

Sokongan yang diberikan amat bermakna dalam menceriakan program serta memberikan peluang kepada murid-murid untuk menyerlahkan kreativiti, bakat dan imaginasi mereka.

Semoga jalinan kerjasama yang baik ini akan terus berkekalan dan dapat diperkukuhkan pada masa akan datang demi kebaikan serta kecemerlangan anak-anak didik.

Terima kasih Teck Guan Group of Companies!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada seluruh warga SK Sungai Hj Matahir, Tawa...
15/08/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada seluruh warga SK Sungai Hj Matahir, Tawau atas pencapaian tempat ke-6 dalam Pertandingan Video Pendek Karnival Pendidikan MADANI 2026 Daerah Tawau bagi kategori Jumlah Share Terbanyak Setiap Sekolah.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru, AKP, murid, ibu bapa, alumni, rakan-rakan serta seluruh masyarakat yang telah memberikan like, share dan sokongan padu terhadap video penyertaan sekolah.

Sokongan anda amat bermakna dan menjadi sumber semangat kepada kami untuk terus berusaha mengharumkan nama sekolah.
Semoga kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua pihak akan membawa lebih banyak kejayaan kepada SK Sungai Hj Matahir, Tawau pada masa akan datang.

Terima kasih atas sokongan anda!

Setinggi-tinggi Tahniahdiucapkan kepada Puan Halimatusaadiah Binti Osman atas pelantikan sebagai Guru Penolong Kanan Pen...
14/08/2026

Setinggi-tinggi Tahniah
diucapkan kepada Puan Halimatusaadiah Binti Osman atas pelantikan sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Sungai Haji Matahir, berkuat kuasa pada 14 Ogos 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi satu amanah yang dipikul dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta keberkatan dalam melaksanakan tanggungjawab demi kemajuan dan kecemerlangan SK Sungai Haji Matahir.

Seluruh warga sekolah mendoakan agar puan terus cemerlang dalam memimpin, berbakti dan membawa SK Sungai Haji Matahir ke arah kejayaan yang lebih gemilang.

Ikhlas daripada
Guru Besar
Barisan Pentadbir
Guru-guru
Anggota Kumpulan Sokongan (AKP)
Murid-murid
Seluruh Warga SK Sungai Haji Matahir

SETINGGI-TINGGI TAHNIAHWarga SK Sungai Hj Matahir, Tawau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Tuan Haji Abidi...
14/08/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Warga SK Sungai Hj Matahir, Tawau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Tuan Haji Abidin Bin Haji Marjan, K.M.N., B.S.K. atas pelantikan sebagai Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang berkuat kuasa pada 17 Ogos 2026.

Semoga dengan amanah dan tanggungjawab baharu ini, beliau terus cemerlang memimpin serta memperkasakan pendidikan negeri Sabah ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang. Didoakan agar sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam menjalankan tugas demi kemajuan pendidikan anak bangsa.

Tahniah dan selamat menjalankan tugas.

Ikhlas daripada Warga SK Sungai Hj Matahir, Tawau.

Program bacaan yasin sempena bulan kemerdekaan Tarikh: 14.08.2026 / JumaatMasa: 6.30 – 7.00 PGTempat: Masjid As-Solehin ...
13/08/2026

Program bacaan yasin sempena bulan kemerdekaan

Tarikh: 14.08.2026 / Jumaat
Masa: 6.30 – 7.00 PG
Tempat: Masjid As-Solehin Kg. Hj. Matahir

MAJLIS SETULUS KASIH, SELAUT KENANGANENCIK SAHAR BIN SIDETarikh : 11.08.2026 Hari : SelasaTempat : Dewan SK Sungai Hj Ma...
11/08/2026

MAJLIS SETULUS KASIH, SELAUT KENANGAN
ENCIK SAHAR BIN SIDE

Tarikh : 11.08.2026
Hari : Selasa
Tempat : Dewan SK Sungai Hj Matahir

Majlis Setulus Kasih, Selaut Kenangan telah berlangsung dengan jayanya bagi menghargai jasa dan sumbangan Encik Sahar bin Side, Penolong Kanan Pentadbiran SK Sungai Hj Matahir. Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mendoakan semoga beliau terus cemerlang di tempat baharu.

“Terima kasih di atas segala jasa dan bakti.
Kenangan ini akan kekal selamanya...”
SK Sungai Haji Matahir
Melangkah Cemerlang

09/08/2026

Jom sama-sama meriahkan Karnival Pendidikan Madani 2026 peringkat daerah Tawau.

15 Ogos 2026, Sabtu
8.00 - 5.30 pagi
Perkarangan Wisma Persekutuan Tawau

Aktiviti-aktiviti yang menarik :

1. Pertandingan mewarna kategori prasekolah dan sekolah rendah
2. Pertandingan melukis doodle kategori sekolah menengah
3. Booth-booth pameran dari badan-badan kerajaan dan korporat
4. Bicara ilmu Rancangan Pendidikan Malaysia 2026




Program Bacaan Yasiin dan Hadis Sempena Bulan KemerdekaanTarikh: 7 Ogos 2026 (Jumaat)Masa: 6.40 pagiTempat: Masjid Assol...
07/08/2026

Program Bacaan Yasiin dan Hadis Sempena Bulan Kemerdekaan

Tarikh: 7 Ogos 2026 (Jumaat)
Masa: 6.40 pagi
Tempat: Masjid Assolehin Hj. Matahir

Address

Peti Surat 781
Tawau
91008

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sungai Haji Matahir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Sungai Haji Matahir:

Shortcuts

Share