PBAUM Across Borneo

PBAUM Across Borneo

Share

PBAUM Across Borneo merupakan suatu wadah yang menggalakkan mahasiswa menyumbang bakti dan berkongsi ilmu pengetahuan dengan masyarakat peribumi di Sabah.

Photos from PBAUM Across Borneo's post 04/05/2019

PBAUM Across Borneo telah mendapat liputan daripada akhbar Utusan Borneo yang bertarikh 28 April 2019.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program PBAUM Across Borneo!



Photos from PBAUM Across Borneo's post 03/05/2019

[PBAUM Across Borneo- Majlis Penutup]

Majlis penutup diserikan dengan kehadiran para guru SMKUT di dewan SMKUT dan persembahan nasyid daripada pelajar SMKUT. Acara penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan, kumpulan terbaik, pelajar terbaik dan juga para fasilitator telah dilaksanakan dengan jayanya.

!


03/05/2019

[PBAUM Across Borneo- Explorace]

Pada permainan ini,terdapat empat checkpoint yang harus diselesaikan untuk para pelajar mendapatkan cebisan peta. Semuanya adalah dalam bahasa Arab. Keempat-empat cebisan peta perlu dicantumkan supaya para pelajar dapat mencari harta karun yang tersembunyi. Kumpulan pertama yang menjumpai harta karun tersebut, dinobatkan sebagai juara explorace pada Kem Mukhayyam Bahasa Arab ini.




03/05/2019
Photos from PBAUM Across Borneo's post 03/05/2019

[PBAUM Across Borneo- Malam Kebudayaan]

Acara pertandingan persembahan Malam Kebudayaan diadili oleh 3 orang juri yang terdiri daripada ketua fasilitator; saudara Hishammuddin bin Hussin, wakil guru SMKUT ; Ustaz Lokman dan wakil pensyarah UM; Ustaz Ahmad Arifin Bin Sapar. Setiap kumpulan harus mempersembahkan persembahan dalam bahasa Arab mengikut kreativiti masing-masing. Pemarkahan adalah berdasarkan kepada markah kerjasama, teknik persembahan dan bahasa.




03/05/2019

[PBAUM Across Borneo- Slot Latihan Dalam Kumpulan]

LDK 3: “Find and Match”
Para pelajar perlu memainkan dan memadankan kad bergambar dan kad bertulis yang menunjukkan makna perkataan dan padanan yang betul. Setelah itu, mereka perlu mencatat perkataan-perkataan bahasa Arab tersebut pada buku nota masing-masing.

LDK 4: “Buat Apa Bah Tu?”
Para pelajar harus meneka gaya yang ditunjukkan oleh salah seorang wakil daripada mereka dalam bahasa Arab. Perkataan-perkataan tersebut terdiri daripada kata kerja dan kata nama dalam bahasa Arab. Mereka harus meneka dan menulis perkataan-perkataan tersebut dalam bahasa Arab.

&ldk4


Photos from PBAUM Across Borneo's post 03/05/2019

[PBAUM Across Borneo- Persediaan Persembahan Malam Kebudayaan]

Para pelajar berada dalam kumpulan yang telah ditetapkan bersama-sama berkongsi idea untuk persembahan Malam Kebudayaan yang akan diadakan pada keesokan hari dan dipantau oleh fasilitator masing-masing.



Photos from PBAUM Across Borneo's post 03/05/2019

[PBAUM Across Borneo- Slot Perkongsian ‘Strategi Pembalajaran Bahasa Arab Mudah’]

Pihak fasilitator telah menjemput Dr. Ahmad Arifin bin Sapar, selaku pensyarah Universiti Malaya bagi mengisi slot perkongsian bersama para pelajar.




Photos from PBAUM Across Borneo's post 03/05/2019

[PBAUM Across Borneo-Slot Latihan Dalam Kumpulan]

LDK 1 : Cintailah Diri’Ku
Pada LDK 1,para peserta mesti menyatakan kelebihan dan kekurangan diri kemudian fasi akan menghuraikan satu persatu kelebihan dan kekurangan yang dinyatakan dan mengaitkannya dengan proses pembelajaran Bahasa Arab dengan tujuan menarik minat para peserta terhadap Bahasa Arab terlebih dahulu.

LDK 2: Detektif Arab
Para pelajar diberikan gambar, kemudian mereka harus mencari makna perkataan di dalam kamus bagi gambar tersebut dalam bahasa Arab. Masa yang diperuntukkan adalah 2 minit sahaja dan jawapan akan disemak oleh fasilitator.

&ldk2


03/05/2019
03/05/2019
03/05/2019
Want your school to be the top-listed School/college in Tawau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Tawau