PIBG SK Bahagia Tawau

PIBG SK Bahagia Tawau Laman Facebook Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bahagia Tawau.

APA ITU DELIMa?DELIMa ialah platform pembelajaran digital untuk guru dan murid. Satu platform, pelbagai peluang pembelaj...
12/08/2026

APA ITU DELIMa?

DELIMa ialah platform pembelajaran digital untuk guru dan murid. Satu platform, pelbagai peluang pembelajaran!

HARI BERTEMU PELANGGAN SK BAHAGIA TAWAUAssalamualaikum dan salam sejahtera.PIBG SK Bahagia Tawau menjemput semua ibu bap...
06/08/2026

HARI BERTEMU PELANGGAN SK BAHAGIA TAWAU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
PIBG SK Bahagia Tawau menjemput semua ibu bapa dan penjaga untuk hadir ke Hari Bertemu Pelanggan bagi menerima Pelaporan PBD, Slip Pentaksiran Sumatif dan Ujian Pertengahan Sesi 2026.

πŸ—“ Tarikh: 7 Ogos 2026 (Jumaat)
πŸ•’ Masa: 7.30 pagi – 11.00 pagi
πŸ“ Tempat: Kelas masing-masing

Kehadiran tuan/puan amat dihargai sebagai tanda sokongan terhadap perkembangan dan pencapaian anak-anak.

Kerjasama Anda, Kejayaan Anak Kita.

20/07/2026

VIDEO PERTANDINGAN PICKLEBALL TERTUTUP PIALA YDP PIBG SK BAHAGIA TAWAU, 19 JULAI 2026.





PERTANDINGAN PICKLEBALL TERTUTUP PIALA YDP PIBG SK BAHAGIA TAWAU 2026AHAD, 19 JULAI 2026 – Suasana penuh semangat dan ke...
19/07/2026

PERTANDINGAN PICKLEBALL TERTUTUP PIALA YDP PIBG SK BAHAGIA TAWAU 2026

AHAD, 19 JULAI 2026 – Suasana penuh semangat dan kemeriahan mewarnai Pertandingan Pickleball Tertutup Piala YDP PIBG SK Bahagia Tawau 2026 yang telah berlangsung di 88 Pickleland, Tawau dengan penyertaan ibu bapa, guru serta warga SK Bahagia.

Penganjuran pertandingan ini bukan sahaja menjadi platform menggalakkan gaya hidup sihat, malah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah melalui semangat kesukanan, kerjasama dan persaingan yang sihat.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa, urus setia, penaja, pengadil, sukarelawan serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang penganjuran pertandingan ini.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuhkan ukhuwah dan kerjasama antara PIBG, pihak sekolah serta seluruh warga SK Bahagia.





19/07/2026

Perlawanan Akhir bergu perempuan

JOM MERIAHKAN PERTANDINGAN PICKLEBALL! PIBG SK Bahagia Tawau dengan sukacitanya menjemput seluruh warga sekolah, ibu bap...
18/07/2026

JOM MERIAHKAN PERTANDINGAN PICKLEBALL!

PIBG SK Bahagia Tawau dengan sukacitanya menjemput seluruh warga sekolah, ibu bapa, alumni serta masyarakat sekitar untuk hadir memberikan sokongan dan menyaksikan aksi hebat dalam:

PERTANDINGAN PICKLEBALL TERTUTUP Piala YDP PIBG SK Bahagia Tawau 2026

πŸ“… Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
πŸ•— Tempat: 88 Pickleland, Tawau

Saksikan semangat kesukanan, aksi penuh bertenaga dan persaingan sihat dalam kalangan peserta. Kehadiran anda bukan sahaja akan menyemarakkan suasana pertandingan, malah menjadi suntikan semangat kepada semua pemain yang bertanding.

✨ Ayuh guru-guru, ibu bapa dan seluruh warga SK Bahagia bawa keluarga dan rakan-rakan!
Mari kita bersama-sama menyokong pembangunan sukan pickleball serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah.

Jumpa anda di 88 Pickleland, Tawau! πŸ’™πŸ’›




17/07/2026

Sesi cabutan undi Pertandingan Pickleball Tertutup Piala YDP PIBG SK Bahagia 2026

MAKLUMAN TERKINI!Terima kasih atas sambutan yang sangat menggalakkan! βœ… Slot Bergu Wanita telah PENUH (FULL).πŸ”₯ Slot Berg...
10/07/2026

MAKLUMAN TERKINI!

Terima kasih atas sambutan yang sangat menggalakkan!

βœ… Slot Bergu Wanita telah PENUH (FULL).
πŸ”₯ Slot Bergu Lelaki hanya tinggal 5 slot sahaja!

Jangan tunggu saat akhir. Daftar sekarang sebelum penyertaan ditutup!

πŸ“… 19 Julai 2026
πŸ“ 88 PickleLand, Tawau
πŸ“ž Pendaftaran: Sheikh – 016-805 4310

SEMINAR KECEMERLANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURUSABTU, 4 JULAI 2026 – YDP PIBG SK Bahagia bersama Penolong Kanan Pentad...
07/07/2026

SEMINAR KECEMERLANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SABTU, 4 JULAI 2026 – YDP PIBG SK Bahagia bersama Penolong Kanan Pentadbiran, Setiausaha PIBG dan Bendahari PIBG telah menghadiri Seminar Kecemerlangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru Daerah Tawau dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Tawau.

Program yang berlangsung di Dewan SJK(C) Kung Ming, Tawau ini bertujuan memperkukuh kepimpinan, pengurusan serta memperkasa peranan PIBG dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah melalui kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Semoga ilmu, perkongsian dan pengalaman yang diperoleh sepanjang seminar ini dapat dimanfaatkan demi memperkukuhkan lagi pengurusan PIBG SK Bahagia serta menyokong usaha melahirkan generasi yang cemerlang.


Address

OFF, LOT 1, DASAMLEY INDUSTRIAL, PARK, BUILDING NO 8148, JALAN PANTAI, MILE 2 1/
Tawau
91000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SK Bahagia Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category