30/08/2024
Assalamualaikum wbt ,
Innalillahi wainnailaihi rojiun.
Ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Arwah Encik Mohd. Nasir bin Che Ali yang telah kembali ke rahmatullah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ،
"Ya Allah.. ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya."
Al-Fatihah.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ
عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
29/08/2024
Rabu | 28 Ogos 2024
Mesyuarat Lawatan Integrasi Pendidikan 4.0 bersama penyelaras dan peserta lawatan.
25/08/2024
25 Ogos 2024 | Sabtu
Program HIP Carnival 2024 Daerah Tawau yang berlangsung di Kolej Prauniversiti KPM Tawau mendapat sambutan yang meriah dari semua pihak. Terdapat 22 buah sekolah yang terdiri daripada Sekolah rendah dan Sekolah Menengah mengambil tempat dalam menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan seperti Solo Singing Competition , Mini Drama, dan lain-lain.
23/08/2024
22 OGOS 2024 | KHAMIS
Taklimat Pegawai Perhubungan Sekolah oleh Inspektor Roswadi Bin Rosman diikuti dengan Laporan Program Pusat Sumber & Pelancaran Kempen Derma Buku📚 dan Program ‘Kilauan Permata STPM 2023’ bagi pelajar yang memperoleh PNGK cemerlang bagi sesi 2022/2023. Syabas diucapkan atas kecermelangan anda!.
21/08/2024
Perancangan awal untuk aktiviti bersama Setiausaha PERSATUAN ALUMNI KOLEJ TINGKATAN ENAM TAWAU (PEAKT6T) saudara Muhd Nazmi Zuhairi Bin Azmen.
✍🏻 Program Kolej bersama PEAKT6T akan dikongsikan kemudian .
Jom sertai PERSATUAN ALUMNI KOLEJ TINGKATAN ENAM TAWAU . Pastikan anda menjadi ahli persatuan .
♥️
21/08/2024
Lagi khabar gembira dari SUKMA 2024, sekalung tahniah kepada atlet tempur Nursyafiqah Naziha binti Rhyme @ Reymie, pelajar KT6T dari kelas UITM23 kerana baru sahaja menyumbang pingat perak dalam acara akhir Muaythai kategori 42-45kg wanita.
19/08/2024
Setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar KT6T iaitu Pang Hong Seng dari kelas UPM23 kerana berjaya menyumbangkan pingat perak kepada kontinjen Sabah dalam SUKMA 2024 bagi acara lontar peluru lelaki.
Hong Seng merekodkan lontaran sejauh 14.38 meter dalam acara akhir yang berlangsung pada petang tadi.
10/08/2024
Sabtu | 9 Ogos 2024
Majlis Restu Ilmu & Pengagihan alat tulis sumbangan daripada PIBG untuk pelajar Semester 2 tahun 2023/2024 yang akan menduduki peperiksaan sem 2.
Semoga apa jua yang diusahakan dengan bersungguh-sungguh dapat membuahkan hasil yang cemerlang ✨
22/07/2024
17-19 Julai 2024 | RABU-JUMAAT
Hari Sukan SUPER yang telah mempertandingkan pelbagai aktiviti yang menarik yang disertai oleh semua pelajar Sem 1 & 2 dan mendapat sokongan penuh dari semua pihak kolej.
26/06/2024
Selamat datang ke Kolej Prauniversiti KPM Tawau kepada semua pelajar baharu Semester 1 yang bakal mendaftar pada 1 Januari 2024 (Isnin). Tahniah kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Prauniversiti KPM Tawau.
"Setiap langkah yang anda ambil dalam hidup membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. Jangan pernah ragu dengan perjalanan anda." ✨