11 Mei 2024 : Day 2 PROGRAM COMMUNITY ENGAGEMENT THROUGH EDUCATION & INTEGRATION DI TANAK NABALU HOMESTAY, KOTA BELUD.
Cultural Amazing Race
Activity with host family (1 Family, 1 Activity & 1 product)
Saksikan video vlog pada hari kedua daripada peserta program CBT di Tanak Nabalu Homestay, Kota Belud.
CBT Polytechnic Tawau Session 2:2023/2024
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from CBT Polytechnic Tawau Session 2:2023/2024, College & University, KM36, Jalan Apas Balung, Tawau.
10 Mei 2024 : Day 1 PROGRAM COMMUNITY ENGANGEMENT THROUGH EDUCATION & INTEGRATION DI TANAK NABALU HOMESTAY, KOTA BELUD.
Upside-Down House Borneo
Peranggi view Point
Tanak Nabalu Homestay
Saksikan video vlog daripada peserta program untuk hari pertama di Tanak Nabalu Homestay, Kota Belud.
14/05/2024
PROGRAM COMMUNITY BASED TOURISM IAITU, COMMUNITY ENGAGEMENT THROUGH EDUCATION & INTEGRATION DI KOTA BELUD, TANAK NABALU HOMESTAY HARI 4/4
[13 MAY 2024]
Hari terakhir bagi program CBT di Tanak Nabalu Homestay Kota Belud. Program di mulakan pada jam 7.00 AM dengan sarapan pagi. Selesai sahaja dengan sarapan pagi, peserta di kehendaki untuk menanam anak pokok di sekeliling dewan rakyat Tanak Nabalu bersama dengan keluarga angkat masing-masing, aktiviti ini di mulakan pada jam 8.00 AM dan habis pada jam 10.00 AM. Selepas itu, peserta berkumpul di dewan rakyat Tanak Nabalu untuk program dan juga majlis "FROM ME TO YOU" Love Sabah, untuk bertukar-tukar cenderahati bersama keluarga angkat masing-masing.
Pada jam 11.00 AM, peserta daripada Politeknik Tawau Sabah memulakan perjalanan p**ang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Para peserta juga sempat untuk menyinggah di Centre Point untuk sesi membeli belah. Selepas itu, para peserta sampai di destinasi iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 4.00 PM.
Pada jam 6.45 PM, para peserta Politeknik Tawau Sabah sampai di destinasi Lapangan Terbang Tawau dengan selamat.
14/05/2024
PROGRAM COMMUNITY BASED TOURISM IAITU, COMMUNITY ENGAGEMENT THROUGH EDUCATION & INTEGRATION DI KOTA BELUD, TANAK NABALU HOMESTAY HARI 3/4
[12 MAY 2024]
Hari ketiga program, di mulakan pada jam 7:00 AM dengan sarapan pagi untuk peserta dan juga ahli Tanak Nabalu. Selesai sahaja dengan sarapan. Encik Djuanis memulakan perkongsian ceramah dengan topic, Perlancongan Berasaskan Komuniti. Ceramah daripada encik Djuanis habis pada pukul 10 AM. Selepas sahaja selesai ceramah mengenai topic, Perlancongan Berasaskan Komuniti daripada encik Djuanis, peserta di kehendaki untuk menyediakan tempat untuk Interpretive talk and media bagi kursus Visitor Interpretive Service. Selain itu, peserta juga di kehendaki untuk menyediakan tempat booth bagi produk FYP iaitu final year project yang mereka telah buat.
Selesai sahaja dengan interpretive talk and media bagi kurus Visitor Interpretive Service dan juga booth FYP iaitu final year project daripada peserta, makanan tengahari di sediakan pada jam 1.30 PM dan juga peserta di beri masa rehat sehingga jam 2.30 PM untuk persediaan pertandingan memasak bersama komuniti Tanak Nabalu yang bermula pada jam 2.30 PM dengan juri iaitu Puan Mohliyarni dan juga satu juri daripada ahli Tanak Nabalu. Pertandingan memasak tersebut tamat pada jam 6.00 PM.
Majlis penutup bagi program Community Engagement Through Tourism Education and Interpretive Integration, yang di buat di dewan Tanak Nabalu, bermula pada jam 6.30 PM. Kedatangan VIP di sambut dengan musik tradisional gong yang di mainkan oleh peserta. Majlis tersebut di bermula dengan bacaan doa daripada perserta CBT iaitu, Shahnonnezal Norwandy, Di ikuti dengan ucapan daripada Pengerusi Tanak Nabalu Homestay iaitu En. Djuanis, selepas itu, diikuti dengan ucapan dari Pengarah Program CBT iaitu, Mohammad Irfan Bin Jaafar, di ikuti dengan ucapan daripada Ketua Program Diploma dalam Pengurusan Perlancongan Politeknik Tawau Sabah, En. Mohd Azmi Bin Juan. Selepas itu, ucapan daripada wakil dariapada Lembaga Perlancongan Malasia wilayah Sabah dan di akhiri dengan ucapan penutup daripada YB Datuk Ewon Benedick. Selepas itu, makan malam bermula pada jam 8.00 PM.
Sementara makan malam di hidang, persembahan kebudayaan di mainkan oleh kump**an kebudayaan Tanak Nabalu homestay dan di ikuti dengan persembahan kebudayaan daripada pelajar Politeknik Tawau Sabah. Selepas itu, penyampaian hadiah pertandingan Sukan tradisional perserta bersama komuniti Tanak Nabalu, Cultural Amazing Race, di ikuti dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan memasak bersama peserta dan juga komuniti Tanak Nabalu, dan juga penyampaian sijil dan cenderahati daripada kedua pihak Tanak Nabalu dan juga Politeknik Tawau Sabah. Selepas itu, majlis penutup di meriahkan lagi dengan persembahan lagu-lagu tempatan yang di mainkan oleh Peyhen Music Bamboo Kulintangan dan juga persembahan lagu permintaan. Majlis tersebut di akhiri dengan sesi bergambar dan tamat pada jam 9.35 PM.
11/05/2024
PROGRAM COMMUNITY BASED TOURISM IAITU, COMMUNITY ENGAGEMENT THROUGH EDUCATION & INTEGRATION DI KOTA BELUD, TANAK NABALU HOMESTAY HARI 2/4
[11 MAY 2024]
Untuk hari kedua, program di mulakan pada jam 7:00 AM dengan sarapan pagi untuk peserta dan juga ahli Tanak Nabalu. Selepas aktiviti tersebut, akiviti senamrobik berlangsung yang di ketuai oleh Donald Victor A***n yang berlangsung selama 1 jam. Selepas aktiviti senamrobik selesai, Encik Djuanis memberi talkimat mengenai aktiviti yang akan di laksanakan iaitu, Cultural Amazing Race . 5 kump**an di bahagikan kepada dua, 3 kump**an melakukan tugasan mereka mengenai buah nenas di checkpoint masing-masing mengikut tour guide mereka, 2 kump**an p**a melakukan tugasan mereka mengenai sawah padi.
Selain itu, setiap kump**an juga di beri tugasan untuk membuat produk inovasi mereka masing-masing, selepas sahaja mereka selesai dengan tugasan pertama dan juga kedua. Pelajar juga dikehendaki untuk membuat pembentangan mengenai produk yang telah mereka cipta
Program CBT hari kedua, selesai selepas sahaja makan malam pada jam 9:PM. Pada malam itu juga, ajk aktiviti iaitu, Brendan Effrata Ruth memberi sedikit ulasan mengenai aktiviti yang akan berlangsung untuk hari ketiga.
10/05/2024
PROGRAM COMMUNITY BASED TOURISM IAITU, COMMUNITY ENGAGEMENT THROUGH EDUCATION & INTEGRATION DI KOTA BELUD, TANAK NABALU HOMESTAY HARI 1/4
[10 MAY 2024]
Program ini dilaksanakan di Kota Belud, Tanak Nabalu Homestay yang bermula pada 10 - 13 Mei 2024. Program 4 hari 3 malam. Pada hari pertama, pelajar DUP5A di kehendaki untuk berkumpul di blok akademik Politeknik Tawau Sabah sementara menunggu kedatangan bas besar yang disediakan untuk menghantar seramai 34 peserta ke Lapangan Terbang Tawau.
Setelah sampai di Lapangan Terbang Tawau, pelajar di kehendaki untuk berkumpul untuk bergambar dengan 2 org pensyarah mereka. Selepas sesi bergambar di Lapangan Terbang Tawau, Peserta program in trus ke kaunter pemeriksaan sebelum masuk kebangungan tersebut. Pelajar terbang ke Lapangan Terbang Kebangsaan Kota Kinabalu pada jam 7:50 AM dan tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 8:40. Setelah tiba di sana, pelajar di kehendaki untuk berbaris dan menunggu bus kecil yang mengikut program ini.Selepas itu, peserta terus bergerak terus ke destinasi yang seterusnya iaitu ke rumah terbalik di Tamparuli untuk membuat project untuk pelajar dapat belajar mengenai visitor integration yang di buat oleh pekerja di tempat tersebut. Selepas selesai dari program Visitor Interpretation di Rumah Terbalik di Tamaparuli. Selepas itu, pelajar dan juga lecturer terus di bawa di Peranggi island untuk sesi bergambar.
Akhir sekali untuk hari pertama bagi program ini, salah satu activiti yang di lakukan di Tanak Nabalu Homestay adalah aktiviti bola beracun dan gala panjang. Hari pertama bagi program ini di selesaikan dengan makan malam yang berlangsung pada jam 7:00 PM dan di tambah dengan sedikit ulasan daripada AJK Aktiviti mengenai aktiviti yang akan dilakukan pada hari kedua program tersebut.
28/04/2024
MESYUARAT PROGRAM BERSAMA KOMUNITI HOMESTAY TANAK NABALU, KOTA BELUD BIL 2/2024
[21 APRIL 2024]
Mesyuarat kali kedua dan terakhir secara dalam talian telah di laksanakan bersama pihak homestay Tanak Nabalu iaitu, Encik Djuanis Mogirong yang merupakan Tour Coordinator Tanak Nabalu.
Mesyuarat di mulakan dengan kata alu-aluan daripada Pengarah Program iaitu Saudara Mohammad Irfan Bin Jaafar.
Turut hadir bersama adalah Pn. Mohliyarni binti Jaling, Pensyarah Kursus DTM50192 Community based Tourism dan En. Mohd Azmi bin Juan, pensyarah kursus DTM50163 visitor Interpretation Service.
Dalam mesyuarat ini, JK secara khusus menunjukkan progress kepada En.DJuanis Mogirong untuk mendapatkan maklum balas beliau. Selain daripada itu, pihak pengurusan Tanak Nabalu juga telah menyediakan pengendali rumah untuk penginapan pelajar adalah cukup.
Perancangan lebih rapi telah dibuat sepanjang perbincangan bersama Encik Djuanis termasuklah perjalanan dan keperluan program, penglibatan komuniti dan agensi luar yang akan dijemput bersama2 dalam majlis kemuncak nanti.
Semoga dalam mesyuarat yang kedua dan terakhir ini dapat di jadikan sebagai platform ke arah tindakan yang lebih teratur dan sistematik diantara kedua pihak dalam membangunkan aktiviti CBT dengan sokongan sumber interpretasi seterusnya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.
|HEBAHAN PROGRAM CBT POLITEKNIK TAWAU SABAH
Community Engagement Through Tourism Education & Interpretive Integration.
Jabatan Pelancongan & Hospitaliti DTM 50192 Community Based Tourism dan juga DTM 50163 Visitor Interpretation Services di bawah keseliaan Puan Mohliyarni Binti Jaling dan juga En Mohd Azmi bin Juan akan menganjurkan Program CBT iaitu Community Engagement Through Tourism Education & Interpretive Integration pada 10 Mei 2024 hingga 13 Mei 2024.
Program ini akan dilaksanakan di Tanak Nabalu Homestay Kota Belud.
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah :
- Amazing race (bersama komuniti)
- Pertandingan memasak (bersama komuniti)
- Sukan Rakyat (bersama komuniti)
28/04/2024
Salam Sejahtera Semua!
Tersebut adalah poster untuk program CBT Politeknik Tawau Sabah
28/04/2024
MESYUARAT BIL 8/2024
[18 APRIL 2024]
Mesyuarat di laksanakan dengan pembentangan setiap ajk mengenai program tersebut. Selain daripada itu, Puan Mohliyarni meminta AJK publisiti untuk menyebarkan video teaser di facebook.
Mesyuarat tersebut selesai pada jam 12 tengahari.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
KM36, Jalan Apas Balung
Tawau
91009