18/03/2026
Setinggi-tinggi Tahniah....
تهنيئه
Tahniah dan syabas diucapkan kepada YBrs. Profesor Madya Dr. Rozita @ Uji Mohammed atas pelantikan semula sebagai Rektor UiTM Cawangan Sabah Berkuat kuasa pada 17 Syaaban 1447H bersamaan 1 Mac 2026.
Semoga dengan kepimpinan yang berterusan ini, dapat membawa UiTM Cawangan Sabah ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang serta melahirkan lebih ramai graduan yang berjaya.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا
06/03/2026
10 tahun akan datang, mereka akan kembali utk mengenang kembali saat pahit manis semasa di uitm kampus Tawau...
17/01/2026
Suasana SARAPAN PAGI di Cafe Teratak Rasa waktu pagi bersama2 pelajar sesi Okt2025 ...
14/01/2026
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Satu PERJUMPAAN BERSAMA TIMBALAN REKTOR HAL EKWAL AKADEMIK
Prof.Ts.Dr.Imbarine Hj.Bujang, JP bersama dengan pelajar2 kampus UiTM Tawau telahpun berlangsung.
Ini merupakan program pertama UITM Kampus Tawau pada awal Tahun 2026.
Terima kasih diucapkan kepada Prof atas kesudian bertandang ke Kampus Tawau. Ewako !
🗓️ Tarikh: 07 Januari 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 07:00 pm
📍 Tempat: Kefeteria Kolej Kediaman Pelajar
18/12/2025
🔖 *HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE PROGRAM PRA DIPLOMA UiTM SESI 2 2025/2026, AMBILAN MAC 2026*
Permohonan Program Pra Diploma UiTM dibuka melalui pautan online.uitm.edu.my/pra bermula *1 November 2025 - 31 Januari 2026*.
*👇 TIGA LANGKAH MUDAH PERMOHONAN*
1️⃣ Isi Borang Permohonan *Nombor Pin PERCUMA* Pra Diploma https://bit.ly/pinpra (Bermula *1 November 2025* )
2️⃣ Layari laman sesawang online.uitm.edu.my/pra untuk membuat *permohonan* .
3️⃣ *Emelkan* dokumen2 diperlukan yang telah disahkan. Rujuk https://bit.ly/pradoc
Manual Permohonan Pra Diploma. https://bit.ly/manualpra
Sekian, dimaklumkan.
*SELAMAT MAJU JAYA, JADIKAN UiTM PILIHAN NO 1*
*Pengarah*
Bahagian Pengambilan Pelajar, UiTM
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live Chat: https://tawk.to/bppuitm
👉Laman Panduan Pelajar Pra Diploma: https://bit.ly/panduanpra
*Unit* Diploma & *Pra Diploma*
No. Tel : 03-5544 3178 | 3193 | 3191
Emel: [email protected]
Unit Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Sabah
Kampus Tawau
Tel: 089 - 951611
PANDUAN PRA DIPLOMA UiTM
LAMAN PANDUAN PROGRAM PRA DIPLOMA UiTM
17/12/2025
Berikut disertakan laporan Program Kempen Derma Darah 1.0, UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau Tahun 2025 yang telah berjaya dianjurkan pada hari ini.
Jutaan terima kasih kepada Koordinator Kampus, rakan² urusetia program semua Ahli BSMM Cabang UiTM Sabah Kampus Tawau, staf akademik dan staf pentadbiran serta semua pelajar yang terlibat atas sumbangan darah, sokongan dan kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program kita kali ini.
Laporan Program Kempen Derma Darah (16/12/2025):
- Jumlah peserta berdaftar tetapi ditangguhkan/tdk lulus/tdk sesuai untuk menderma darah: 57 orang
- Berjaya menderma darah : 35 orang
- Layak menderma tetapi menolak: 12 orang
- Jumlah keseluruhan darah dikumpul: 30 pints
Terima kasih daun keladi, sehingga berjumpa lagi di Program Kempen Derma Darah 2.0, Tahun 2026..🙏🤓