Kelab Pencegahan Jenayah SMK Kinabutan

Kelab Pencegahan Jenayah SMK Kinabutan Kelab Pencegahan Jenayah
SMK Kinabutan

PERASMIAN PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (HARI KEEMPAT)Guru Pembimbing : Cikgu Rohana IdrisUcapan Pe...
01/10/2021

PERASMIAN PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (HARI KEEMPAT)

Guru Pembimbing : Cikgu Rohana Idris

Ucapan Penghulu Kursus
Ahmad Zarief Adam Budi Hermawan

KURSUS KEPIMPINAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

13/09/2021

IKRAR KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

KAMI
AHLI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KINABUTAN TAWAU
BERIKRAR

BAHAWA KAMI AKAN BERUSAHA
MENJADI AHLI YANG SENTIASA MEMATUHI
PERATURAN DAN PERLEMBAGAAN KELAB
PERATURAN SEKOLAH
DAN UNDANG-UNDANG NEGARA
DEMI MEMARTABATKAN NAMA BAIK KELAB DAN SEKOLAH

BERLANDASKAN

TAAT DAN PATUH KEPADA AJARAN AGAMA
TAAT DAN PATUH KEPADA PERLEMBAGAAN KELAB DAN
TAAT DAN PATUH KEPADA PERATURAN SEKOLAH

KAMI BERJANJI

AKAN SENTIASA BERUSAHA MENJADI AHLI YANG BERKETERAMPILAN
BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB, AMANAH
DAN ADIL DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB

KAMI BERJANJI

AKAN SEDAYA UPAYA UNTUK MENCEGAH
MENGHINDAR DAN MEMERANGI JENAYAH
DEMI KESEJAHTERAAN SELURUH WARGA MALAYSIA

CARTA ORGANISASI PELAJAR KPJ 2021
13/09/2021

CARTA ORGANISASI PELAJAR KPJ 2021

CARTA ORGANISASI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH 2021
13/09/2021

CARTA ORGANISASI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH 2021

13/09/2021

Latar Belakang KPJ

Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat Penubuhan KPJ

1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.
2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.

Moto KPJ

“Mencegah lebih baik daripada Memerangi”

Objektif KPJ

1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.
3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.
5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.

Peranan Ahli KPJ

Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:

1. Pembudayaan Adab Murid
2. Peningkatan Disiplin Murid
3. Perpaduan Murid
4. Patriotisme
5. Jatidiri

Address

SMK KINABUTAN
Tawau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Pencegahan Jenayah SMK Kinabutan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kelab Pencegahan Jenayah SMK Kinabutan:

Shortcuts

Share

Category