13/07/2020
DI SINI AKAN LAHIRNYA PEMIMPIN HARAPAN KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA ❤️
Kami seluruh warga Pusat Tingkatan Enam SMK Abaka Tawau Sabah mengalu-alukan kedatangan para pelajar baharu Ke HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOHORT 20/21 STPM 2021 pada 15 Julai 2020, Jam 09.00 pagi hingga 01.00 tengah hari.
•
•
Pastikan anda mematuhi garis panduan dan etika protokal kesihatan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah. Terdapat 9 prosedur laluan yang akan dilalui oleh para pelajar baharu seawal tiba di perkarangan kawasan sekolah untuk merekod bacaan suhu badan, pastikan anda sentiasa memakai pelitup mulut dan hidung, menjaga jarak sosial serta sentiasa menjaga kebersihan diri dengan menggunakan pembasmi kuman. INGAT
•
•
Sila pastikan segala dokumen asal, salinan dokumen, senarai pembayaran dan keperluan disediakan sewaktu sesi pendaftaran.
•
•
Pastikan anda menyarung pakaian mengikut etika pemakaian pelajar baharu tingkatan enam SMK Abaka.
KAMI MENANTI ANDA!