MPP KV Tawau

MPP KV Tawau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MPP KV Tawau, Trade school, Kolej Vokasional Tawau, Peti Surat 61156, Tawau.

🎖️MPP's Highlight of ExcellencesTahniah diucapkan kepada semua MPP yang aktif dalam bidang masing-masing. Walaupun denga...
04/09/2023

🎖️MPP's Highlight of Excellences

Tahniah diucapkan kepada semua MPP yang aktif dalam bidang masing-masing. Walaupun dengan jadual yang padat dengan menggalas tanggungjawab sebagai ketua pelajar namun tetap aktif & bersemangat mengikuti pertandingan seperti Inovasi, KV Skills, Worldskills dan lain-lain.

Semoga sentiasa menjadi contoh terbaik kepada pelajar Kolej Vokasional Tawau

"MPP KVT NADI PENGGERAK PELAJAR"





04/09/2023

MAJLIS PENTAULIAHAN & IKRAR MPP 23/24

Sekalung tahniah diucapkan kepada MPP Kolej Vokasional Tawau atas lantikan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar sesi 23/24 💐

Semoga dengan lantikan ini, saudara & saudari dapat menggenggam teguh ikrar MPP dan akan menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab, berdedikasi, bertimbang rasa, amanah dan ikhlas.

"MPP KVT NADI PENGGERAK PELAJAR"





MAJLIS PENTAULIAHAN & IKRAR MPP 23/24Sekalung tahniah diucapkan kepada MPP Kolej Vokasional Tawau atas lantikan sebagai ...
04/09/2023

MAJLIS PENTAULIAHAN & IKRAR MPP 23/24

Sekalung tahniah diucapkan kepada MPP Kolej Vokasional Tawau atas lantikan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar sesi 23/24 💐

Semoga dengan lantikan ini, saudara & saudari dapat menggenggam teguh ikrar MPP dan akan menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab, berdedikasi, bertimbang rasa, amanah dan ikhlas.

"MPP KVT NADI PENGGERAK PELAJAR"





📆Aktiviti Bulan Ogos 20232 Ogos 2023Mini Karnival Bahasa KVTMini Karnival Bahasa KVT merupakan karnival yang dianjurkan ...
11/08/2023

📆Aktiviti Bulan Ogos 2023
2 Ogos 2023

Mini Karnival Bahasa KVT

Mini Karnival Bahasa KVT merupakan karnival yang dianjurkan oleh Unit Bahasa, Jabatan Pendidikan Umum, Kolej Vokasional Tawau dengan kerjasama Unit Pusat Sumber, Kolej Vokasional Tawau.

Antara bahasa yang diutamakan dalam karnival ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival ini berlangsung, sebagai contoh pertandingan Super Idol yang melibatkan kategori para pensyarah dan para pelajar. Selain itu, terdapat juga booth-booth bahasa yang menyediakan pelbagai permainan serta pameran yang menarik.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua dan tidak lupa juga kepada MPP KVT yang telah menjayakan karnival ini seperti *menghias booth, menjadi AJK pelaksana dan pengurusan KVT IDOL* namun begitu, diharapkan karnival ini dapat di teruskan pada masa hadapan.

"MPP KVT NADI PENGGERAK PELAJAR"





‼ Late post📆July 2023's activities29th July 2023KVT Residency Movie Night 2023Kesemua warga Residensi KVT sangat bertuah...
11/08/2023

‼ Late post
📆July 2023's activities
29th July 2023

KVT Residency Movie Night 2023

Kesemua warga Residensi KVT sangat bertuah kerana mereka dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan mereka dalam program ini. Movie yang ditayangkan adalah WAKANDA FOREVER yang menerima undian yang tinggi daripada residen KVT. Tidak lengkap menonton wayang sekiranya tiada Bertih Jagung dan jutaan terima kasih juga kepada semua ahli MPP yang bertungkus lumus memberikan pengalaman yang berharga kepada semua warga residensi.

Diharapkan agar program ini akan diadakan semula pada masa akan datang dan semua warga Residensi KVT terus konsisten dalam menyokong semua aktiviti - aktiviti yang dirancang untuk warga KVT.

"MPP KVT NADI PENGGERAK PELAJAR"





‼ Late post📆July 2023's activities 22nd July  2023Karnival Maker Faire 2023Dua (2) orang wakil dari Exco MPP KVT telah d...
11/08/2023

‼ Late post
📆July 2023's activities
22nd July 2023

Karnival Maker Faire 2023

Dua (2) orang wakil dari Exco MPP KVT telah dijemput untuk mengunjungi karnival ini.

Karnival Maker Faire 2023 merupakan karnival yang berkonsepkan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM). Karnival ini dianjurkan buat julung kalinya di Hiew F**k Memorial Hall, Sabah Chinese High School Tawau.

Terdapat pelbagai pameran yang ditunjukkan antaranya Digital Space, Robotics Club, Handicraft, Art Department, Science Department, Plenty Out There @ Astronomy Club dan Omesis Treasure @ House of Balloons.

Kesemua ahli yang terlibat dapat merasai pengalaman melihat hasil-hasil inovasi sains, teknologi dan robotik serta hasil seni yang telah dihasilkan oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Diharapkan agar kesemua ahli dapat melibatkan diri dalam program yang berkaitan dengan STEM untuk menimba ilmu serta pengalaman yang baharu mengenai teknologi terkini.

"MPP KVT NADI PENGGERAK PELAJAR"





‼ Late post📆July 2023's activities 21st July  2023Program Khidmat KomunitiSeramai 3 ahli MPP KVT, 41 orang pelajar dan 7...
11/08/2023

‼ Late post
📆July 2023's activities
21st July 2023

Program Khidmat Komuniti

Seramai 3 ahli MPP KVT, 41 orang pelajar dan 7 guru Pendidikan Moral telah menyertai dan menjadi sukarela dalam program ini yang diadakan di Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya Sri Stella.

Kesemua mereka telah melaksanakan aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan tersebut. Usaha dan kerja keras mereka amatlah dihargai dan diharapkan agar usaha tersebut dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

"MPP KVT NADI PENGGERAK PELAJAR"





‼ Late post📆July 2023's activities 14-16th July  2023Pertandingan KV Skills Peringkat Negeri 2023Kolej Vokasional Tawau ...
11/08/2023

‼ Late post
📆July 2023's activities
14-16th July 2023

Pertandingan KV Skills Peringkat Negeri 2023

Kolej Vokasional Tawau telah dipilih sekali lagi sebagai tuan rumah bagi pertandingan ini, kesemua tenaga kerja telah bertungkus-lumus untuk membuat persediaan dan kesemuanya telah berjalan dengan lancar.

Pertandingan KV Skills merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) untuk mencungkil bakat, kreativiti dan daya inovasi dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional. KV Skills tahun ini diadakan di KV Likas dan KV Tawau merupakan pengelola bersama. Terdapat enam (6) kemahiran yang dipertandingkan antaranya ialah
Cooking, Bakery & Pastery, Beauty Therapy, Industrial Machining, Mechanical Design (CADD) serta Network & System Admin.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, diharapkan agar kesemua warga Kolej Vokasional akan terus proaktif dan berdaya saing bagi menghasilkan graduan yang mahir dan berkemahiran.

"MPP KVT NADI PENGGERAK PELAJAR"





‼ Late post📆July 2023's activities 17th July  2023Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445HMajlis ini telah diisi dengan Forum M...
11/08/2023

‼ Late post
📆July 2023's activities
17th July 2023

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H

Majlis ini telah diisi dengan Forum Maal Hijrah anjuran JAPINM dengan kerjasama JPU, JPP, MPP dan PERPIS.

Forum ini telah membahaskan mengenai penghijrahan tiga orang guru KVT iaitu Encik Chong Soon Seng @ Ilham Chong, Puan Ong Jia Lee @ Siti Aisyah Ong Abdullah dan Encik Lee Chen Siong @ Hisyam Lee. Kesemua barisan panel telah memberikan pelbagai perkongsian menarik mengenai diri mereka.

Diharapkan agar semua warga KVT yang beragama Islam dapat menghayati erti sebenar hijrah dan menjadikan diri lebih baik dan mempunyai keimanan yang teguh.

Kami dari MPP KVT ingin mengucapkan, Salam Maal Hijrah 1445H.

"MPP KVT NADI PENGGERAK PELAJAR"





‼ Late post📆July 2023's activities 7th July  2023PERFECTION IN MOTION Aktiviti Sukaneka MPP telah dilaksanakan oleh Exco...
18/07/2023

‼ Late post
📆July 2023's activities
7th July 2023

PERFECTION IN MOTION

Aktiviti Sukaneka MPP telah dilaksanakan oleh Exco Sukan & Rekreasi. Aktiviti ini melibatkan kesemua ahli MPP kerana ianya melibatkan aktiviti sosial dan ianya dapat menguji kepantasan dan ketahanan, meningkatkan daya tenaga serta meningkatkan kemahiran. Diharapkan agar kesemua ahli untuk terus konsisten dan kekal bertenaga semasa menjalankan tugas.





Address

Kolej Vokasional Tawau, Peti Surat 61156
Tawau
91021

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPP KV Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to MPP KV Tawau:

Shortcuts

Share

Category