22/07/2024
𝟮𝟬 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 / 𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂 ✨
Alhamdulillah.
Selesai sesi sharing santai ilmu kewanitaaan di Rumah Pantang Bonda 🌹
Fokus topik sesi perkongsian pada kali ini adalah berkenaan Pengurusan Susu Ibu ❤️
Seperti yang kita sedia maklum bahawa susu ibulah yang paling ‘mahal’, berharga dan berkhasiat untuk si bayi, namun susu ibu sangatlah sensitif dan perlu kepada penjagaan dan pengurusan yang baik.
Fokus utama peserta adalah mereka yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja yang melibatkan pengurusan bayi dan kanak-kanak seperti ibu-ibu, cikgu-cikgu taska/ tadika dan pengasuh. Namun, kami juga sangatlah mengalu-alukan mana-mana wanita yang berminat untuk tambah ilmu baharu. Ilmu yang bermanfaat harus dikongsi 😉
Walaupun ada beberapa peserta yang tidak dapat hadir pada sesi perkongsian, program dapat diteruskan dengan lancar, santai dan padat dengan maklumat 😁
Perkongsian kali ini telah disampaikan oleh Puan Marlinawati Syamsuddin iaitu salah seorang Ahli Kumpulan Sokongan Susu Ibu
(AKSSI Tawau) yang sememangnya berpengalaman dalam bidang ini.
Bermula dari cara pemberian susu perahan sehinggalah kepada cara penyimpanan susu ibu, alhamdulillah banyak ilmu yang telah dikongsikan dalam program kali ini.
Alhamdulillah, banyak sangat ilmu yang dikongsikan. Tak jemu kita duduk mendengar 😁
Ibu-ibu, Cikgu-cikgu taska dan tadika, malah yang bujang pun dapat ilmu baru ! 😁❤️
Terima kasih diucapkan kepada jemputan atas perkongsian yang cukup bermanfaat.
Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada peserta.
Kita dah dapat ilmu baru, bolehlah dipraktikkan dan dikongsikan kepada yang lain 😉🥰
Santai tapi sampai 🌹
Alhamdulillah 🫶🏻