19/12/2025
Majlis Anugerah dan Penyampaian Hadiah
Murid-murid SK Muhibbahraya, Tawau
📍 Dewan Kemalasari, SK Muhibbahraya Tawau
🗓 17 Disember 2025
🏆Sidang Petang (Bab 3)
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid SK Muhibbahraya, Tawau atas pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum serta sahsiah sepanjang sesi persekolahan.
Penyampaian anugerah ini bukan sekadar meraikan kejayaan, malah menjadi pemangkin semangat untuk murid-murid terus berusaha, berdisiplin dan beriltizam dalam membina kecemerlangan diri secara menyeluruh.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pendorong ke arah pencapaian yang lebih gemilang pada masa hadapan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa serta semua pihak yang telah menjayakan majlis ini.
Hadiah
Pencapaian terbaik mengikut subjek setiap tahun (Setiap SUBJEK SEORANG MURID mengikut tahun)
Penyampaian Hadiah Cemerlang Panitia
- BM (Setiap kelas seorang)
- BI (Setiap kelas seorang)
-MAT (Setiap kelas seorang)
-Sains (Setiap kelas seorang)
-PAI/BA (Setiap kelas seorang)
-BC (SetiapTahun 2 murid)
-Sejarah (Tahap 2 sahaja)
-Muzik (Tahap 2 sahaja)
-PSV (Setiap kelas seorang)
-Moral (Tahap 2 sahaja)
Penyampaian hadiah galakkan Program P.A.D.A.M
-BM
-BI
-MT
-PAI