13/09/2023
“Bendera SMK Merotai berkibar di puncak Gunung Kinabalu”
Sebagai ucapan terima kasih dan penghargaan penghargaan kepada sekolahnya yang tercinta,
pelajar dengan sedaya upaya mendaki Gunung Kinabalu dan membawa naik bendera SMK Merotai untuk dikibarkan di atas Gunung Kinabalu.
Semoga gambar ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk menyayangi dan menghargai seterusnya membawa nama baik sekolah yang telah berjasa mendidiknya.
Nama Pelajar:
Abdul Razaq Bin Hardi
Kelas:
3D
13/12/2022
Terima Kasih selamanya Guru, AKP, Pelajar, Warga SMK Merotai, semua pekerja, PIBG dan komuniti dan pemegang taruh atas sokongan selama 7 tahun 10 bulan. Sama-sama kita doakan semoga SMK Merotai terus kekal cemerlang. Saya berasa amat bangga bersama anda dan tak akan dilupakan selagi hayat dikandung badan. Mohon maaf zahir dan bathin dan jika tersalah urus kepada semua khususnya kepada Guru, AKP, Pelajar dan PIBG. Semoga kita akan berjumpa lagi
24/09/2022
Alhamdulillah dan Tahniah!!!
kepada Warga Sekolah (GA Ting.6, Guru Aliran Perdana, PPKI dan AKP) yang menerima anugerah Apresiasi Kecemerlangan yang paling menyeluruh dan paling terbanyak dalam sejarah sekolah meskipun berhadapan dengan cabaran pandemic COVID 19. Tidak lupa juga kepada PIBG, rakan strategik dan semua ibu bapa dan komuniti yang sentiasa supportif dalam perancangan dan aktiviti sekolah. Semoga SMK Merotai Besar akan kekal cemerlang sampai bila-bila. “Man Jadda, Wa Jadda”.
Anugerah diraih:
1. Anugerah Khas PPD kepada Pengetua (Dr. Rabe bin Juhari)
2. Anugerah Kepimpinan Instruktional Pengetua (Luar Bandar)
3. Pengurusan Kewangan Cemerlang 2020
4. Pengurusan Kewangan Cemerlang 2021
5. Pencapaian MP Terbaik SPM 2021 (Bahasa Arab)
6. Pencapaian Terbaik SPM 2021 GPMP (Bahasa Arab)
7. Pencapaian Terbaik GPMP SPM 2021 (Pend. Syariah Islamiah)
8. Pencapaian MP Terbaik SPM 2021 (Pend. Syariah Islamiah)
9. Pencapaian MP Terbaik SPM 2021 (Hiasan Dalaman)
10. Pencapaian Terbaik Digital Competency Score 2021 (Sek. Men)
11. Pencapaian STPM 100% Lulus Berterusan (2016-2021)
12. Pencapaian STPM 100% 2021
13. PNGK Terbaik STPM Tawau 2021
14. Pencapaian Pelajar Terbaik STPM 4A (Adik Syaza BAsri)
15. Pencapaian MP Terbaik STPM 2021 (Seni Visual)
16. Pencapaian MP Terbaik STPM 2021 (Bahasa Melayu)
17. Pencapaian MP Terbaik STPM 2021 (Pengajian Am)
18. Pencapaian MP Terbaik STPM 2021 (Sejarah)
19. Pencapaian MP Terbaik STPM 2021 (Pengajian Perniagaan)
20. Pencapaian MP Terbaik STPM 2021 (Ekonomi)
21. Pembudayaan HIP Sek. Men. 2021 (Immersiveness Level 4)
22. Pencapaian Program Pendidikan Inklusif Mencapai KPI