Bayu EduCare-Coach Motivasi

Bayu EduCare-Coach Motivasi

Share

Akademi Konsultansi & Motivasi
Kepakaran kami utk program pembangunan belia, remaja & kanak-kanak.

Photos from Bayu EduCare-Coach Motivasi's post 15/02/2024

DMA Islam dan Jati Diri Generasi Alpha

1. Pertama, saya mengaku saya tua walau muka macam budak lepasan SPM. Tiktok diwujudkan sekadar untuk berkongsi ilmu matematik level sekolah rendah dan yang paling penting Tiktok untuk saya belajar mengenali pola gaya hidup dan fikir generasi masa kini generasi Alpha.

2. Menariknya sepanjang minggu ini algorithm Tiktok saya dipenuhi dengan video kandungan mamat muka 'seposen' tak ada masalah ni. Siapa mamat ni?

3. Dikatakan DMA Islam ni adalah student UNISZA tapi yang lebih maha dahsyat beliau mempunyai 175 600 pengikut(followers) yang mengikuti beliau dilaman sosial Tiktok.

4. Walaupun ramai juga yang mengecam, mengutuk, mengeji meh saya nak kongsi beberapa sisi positif yang ada pada DMA Islam yang saya belajar:

a. Paling ketara yang susah nak cari pada orang lain adalah level confident(keyakinan). Memang, tahap confident beliau tersangat tinggi. Betul-betul beliau pertahankan segala pendapat beliau walaupun ramai yang tentang. Bahasa sekarang orang kata tak mudah koyak. Dengan beliau ni, kita p**a yang akan koyak bila beliau beri hujah balas.

b. Kekal konsisten berkongsi. Saya masih ingat video pertama yang saya tengok adalah video beliau share cara sepakan 'side kick', lepas tu naik la macam-macam video motivasi buat anak muda termasuk yang beliau kata beliau laku keras menjadi rebutan khalayak gadis and the rest is history. Opss! J*p, apa yang saya nak bagitau sini beliau hingga ke saat ni kekal berkongsi. Jujurnya, saya baru kenal falsafah Stoicism dari video beliau lah.

c. Ada ilmu pertahanan diri. Saya tak tahu sama ada DMA Islam ni memang berguru dalam dunia pertahanan diri/ persilatan atau berguru melalui sanad youtube saja. Cuma nak ditekankan disini kita semua sedia maklum bahawa ilmu pertahanan diri boleh membentuk disiplin diri, melindungi keselamatan diri, memberi kecergasan fizikal, sarat dengan nilai-nilai adab dan nilai murni kalau benar gurunya.

5. Guru yang kami kasihi, Walid Ibrahim Al-Malik memberi pedoman kepada kami dalam memberi pendidikan kepada anak-anak generasi Alpha pastikan dilengkapi dengan 3K iaitu Ketauhidan, Kasih Sayang dan Kesejahteraan.

6. Ketauhidan; diisi jiwa mereka dengan Yakin sebenar-benar yakin(jazam) akan keberadaan serta penguasaan Allah swt dalam setiap gerak dan diam sekalian makhluk seperti yang dimaksudkan dalam rukun agama yang ketiga iaitu ihsan. --perbincangan mengenai pengisian ketauhidan adalah melalui jalan penyucian qalbu(hati).

7. Kasih sayang; diisi akhlak mereka dengan budaya saling prihatin, cakna, nilai-nilai moral membawa mesej kasih sayang persis Rasulullah saw sebagai sumber rahmatalilalamin--perbincangan mengenai pengisian Kasih sayang adalah melalui 2 jalan iaitu hubungan rohani bersama Baginda saw(berselawat) dan ibadah sosial.

8. Kesejahteraan; diisi diri mereka dengan seni dalam bertindak dan membuat keputusan dalam kehidupan dengan penuh hikmah, berstrategi dan lestari(salaman). --perbincangan mengenainya adalah dengan mengambil ibrah kisah diplomasi dan seni tindak Nabi Sulaiman as dalam urus tadbir negara serta alam haiwan dan jin.

9. Mahu atau tidak, kita tetap kena terima hakikat bahawa DMA Islam adalah salah seorang sampel atau perwakilan generasi Alpha yang ada pada ketika ini.

10. Disebalik sisi positif yang saya kongsikan perihal DMA Islam, ada tugasan atau amanah yang berat terpikul di bahu kita generasi terdahulu.

11. Munculnya DMA Islam bukanlah ruang atau peluang untuk kita mengecam, mencaci mahupun mengeji atau membanding generasi. Munculnya DMA Islam adalah ruang untuk kita generasi terdahulu bermuhasabah diri apakah bentuk jati diri generasi Alpha yang sedang kita persiapkan?

12. Bahasa mudahnya, apa nak jadi anak-anak kita pada masa depan? Macam mana nak bentuk anak-anak kita dalam keadaan penuh mencabar sekarang ni?

13. Terakhir, kita doakan semoga DMA Islam diberikan petunjuk, hidayah dalam setiap kandungan(content) yang disajikan buat ratusan ribu pengikut(followers) generasi Alpha yang ada.

Pesanan Saidina Umar Al-Khatab ini kita jadikan sebagai pedoman: 'Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau.'


Mahasiswa Tuan
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Photos from Bayu EduCare-Coach Motivasi's post 27/01/2024

Teori Keperluan Motivasi semua bersumber dari Barat? Apa pilihan yang kita ada?

Penulisan ini agak panjang. Bacalah kalau rasa ada masa atau rasa teringin nak baca.

1. Teori keperluan motivasi Maslow dan teori keperluan motivasi ERG adalah dua teori motivasi yang terkenal. Teori keperluan Maslow mengemukakan bahawa keperluan manusia boleh disusun mengikut hierarki, yang terdiri daripada lima kategori keperluan: fisiologi, keselamatan, cinta, penghargaan, dan aktualisasi diri. Dalam teori ini, keperluan yang lebih tinggi dalam hierarki mula muncul apabila orang merasakan mereka telah cukup memenuhi keperluan sebelumnya.

2. Teori keperluan ERG, di sisi lain, mengemukakan bahawa keperluan manusia boleh disusun mengikut tiga kategori asas: keperluan eksistensi, keperluan berkaitan, dan keperluan pertumbuhan. Teori ini mengemukakan bahawa keperluan manusia boleh berubah-ubah dan tidak perlu mengikut hierarki seperti dalam teori keperluan Maslow. Selain itu, teori keperluan ERG mengemukakan bahawa kepuasan keperluan yang lebih rendah tidak perlu dicapai sebelum keperluan yang lebih tinggi muncul.

3. Dalam ringkasan, teori keperluan Maslow mengemukakan bahawa keperluan manusia boleh disusun mengikut hierarki, manakala teori keperluan ERG mengemukakan bahawa keperluan manusia boleh berubah-ubah dan tidak perlu mengikut hierarki.

4. Menariknya, melalui guru yang dikasihi Walid Ibrahim Al-Malik, kami telah dikongsikan dengan satu perbincangan yang dinamakan sebagai Teori EMAS (Alif, Mim, Sin) atau IMS. Jika dua teori yang dikemukakan sebelum ini lebih memberi fokus kepada keperluan jasmani sebagai teras, Teori emas IMS p**a menekankan keperluan rohani manusia sebagai teras utama. Teori emas IMS tidak berbentuk hierarki atau fleksibel seperti mana teori Maslow dan ERG sebaliknya ia berbentuk elips yakni mengorbit.

5. Sifat planet-planet yang ada mengelilingi Matahari sebagai sumber tenaga, begitu jugalah sifat yang terdapat dalam teori emas IMS dengan Iman atau ketauhidan kepada Allah swt sebagai sumber utama yang perlu dipenuhi terlebih dahulu. Iman dan ketauhidan yang dimaksudkan ialah keyakinan yang sebenar-benarnya dan mendalam sehingga mencapai dalam jiwa dan diri manusia akan jazam kewujudan dan keberadaan Allah swt seperti mana yang dirangkum dalam rukun agama yang ketiga iaitu ihsan(kamu beribadat seolah-olah melihat Allah, apabila kamu tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Allah melihat kamu).

6. Atas keyakinan dan jazam tersebut menatijahkan manusia yang merasai kebersamaan dengan Allah swt dalam setiap gerak dan diamnya. Akhirnya, rasa ini menzahirkan jua manusia yang sedar akan fungsi atau peranannya diatas muka bumi iaitu sebagai seorang khalifah.

7. Khalifah bertanggungjawab terhadap setiap perkara dan makhluk sekitar mereka. Hal ini bermakna rasa tanggungjawab yang ada pada diri mereka tidak terhad antara individu dengan individu, individu dengan keluarga, individu dengan komuniti bahkan termasuk jua individu dengan haiwan, individu dengan persekitaran. Ia menterjemahkan fungsi keperluan manusia bagi lapisan orbit kedua iaitu, mahabbah atau kasih sayang.

8. Sifat mahabbah atau kasih sayang yang diterjemahkan adalah berbentuk rahmatalilalamin(memberi rahmat ke seluruh alam). Sifat rahmat hakikatnya lebih tinggi daripada kasih sayang, mengambil ibrah dan iktibar daripada kisah seorang wanita tua buta yang seringkali mengejek, mengeji baginda Nabi Muhammad saw tetap disantuni baginda dengan menyuap dan memberi makan melalui tangan baginda sendiri. Sehinggalah, apabila wafatnya baginda Nabi saw, wanita tua buta tadi menanti-nanti akan kehadiran baginda saw.

9. Implikasi daripada rasa kebersamaan dengan Allah swt (lingkaran orbit Iman dan ketauhidan), membawa kepada manusia yang penuh sifat dan akhlak mulia(lingkaran orbit Mahabbah dan kasih sayang) akhirnya membawa kepada lingkaran orbit paling luar iaitu Sejahtera(Salaman). Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, Sejahtera bermaksud aman dan makmur, tenteram, terpelihara daripada bencana(kesusahan, gangguan dan lain-lain).

10. Dalam bicara yang disampaikan Walid Ibrahim Al-Malik menyatakan sebenarnya wujud perbezaan antara sifat sejahtera dan salaman itu sendiri. Salaman membawa kepada kebahagian dan kedamaian. Individu atau manusia yang dalam jiwanya bersama Allah swt, dihiasi akhlak Muhammad saw akan memperoleh kejayaan, kebahagiaan dan kekayaan.

11. Konsep kejayaan, kebahagiaan dan kekayaan yang dimaksudkan bukanlah dalam konteks material atau kebendaan semata-mata seperti definisi dan takrifan barat sebaliknya ia merangkumi hal ehwal urusan dunia dan akhirat. Sekalipun diberi kejayaan, kebahagian dan kekayaan dari aspek material, segala yang diterima itu dikongsi dan diagih-agihkan bersama dengan individu, komuniti bahkan haiwan sekitar mereka sebagai tanda syukur atas nikmat yang diberi oleh Allah swt.

12. Hal ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk seorang individu diberi kejayaan, kebahagian dan kekayaan sekiranya telah memenuhi ciri-ciri pada lapisan lingkaran orbit Iman dan ketauhidan serta Mahabbah (kasih sayang) dan Sejahtera(Salaman) kerana sejarah pernah membuktikan melalui hadis riwayat Imam Ahmad. Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW bersabda: “Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera-tentera Islam. Rajanya ada sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera” . Ternyata apabila, raja dan tentera yang ada menjalankan amanah serta berusaha dengan sebaik-baiknya pasti Allah swt memberikan anugerah kemudiannya.

13. Sebagai kesimp**an, teori keperluan motivasi manusia merupakan satu rangka tindakan(blueprint) bagi memenuhi ruang kehidupan manusia. Sebagai seorang individu yang beragama Islam, yang mengaku mencintai Rasul saw adalah penting dalam memilih blueprint yang benar agar tidak lari dari landasan Islam yang sifatnya syumul dan menyeluruh. Bagaimana mungkin, seseorang itu sampai ke destinasi yang ingin dituju andai peta yang digunakan membawa kepada destinasi yang berbeza, begitulah perumpamaan dalam memilih blueprint motivasi dalam kehidupan.

Dedikasi penulisan ini khas buat Guru yang dikasihi, Walid Ibrahim Al-Malik. Al-Fatihah

17/10/2021

Selawat pelindung kita di akhirat kelak, Jom Selawat!

17/10/2021

Jom jadikan maulidurasul pada tahun ini dan mendatang sebagai hari kita menyebarkan selawat. Sollu ala nabiy!

17/10/2021

Semakin kita berselawat, semakin hampir kita dengan Allah swt. Sollu ala nabiy!

17/10/2021

Jom kita suburkan bumi kita dengan cahaya Rasulullah saw, Selawat yuk!

07/10/2021

Cinta yang abadi, tersimpul erat antara Nabi Muhammad saw dan umatnya.

Sollu ala nabiy!

07/10/2021

Tidak ada kegembiraan yang paling agung melainkan hadirnya Nabi Muhammad saw ke dalam kehidupan kita.

Sollu ala nabiy!

07/10/2021

Jom jadikan Rabiulawal ini bulan kegembiraan. Kita meraikan kehadiran Rasulullah kepada kita!

Sollu ala nabiy!

07/10/2021

Kita sudah memasuki 1 Rabiulawal, Happy mawlid semua!

Want your school to be the top-listed School/college in Tawau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Tawau
BANDARSRIINDAH