10/06/2026
MAKLUMAN PENTING: TATACARA BAYARAN YURAN BAHARU PELAJAR SENIOR KOLEJ KOMUNITI TAWAU.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Perhatian kepada semua pelajar senior Kolej Komuniti Tawau. Dimaklumkan bahawa pihak pengurusan telah mengemas kini tatacara pembayaran yuran pengajian bagi memudahkan serta mempercepatkan urusan pendaftaran dan kewangan pelajar bermula semester ini.
Sila teliti dan patuhi tatacara pendaftaran dan pembayaran dengan mengimbas Kod QR yang disediakan.
Terima kasih. Sampai bertemu di KKTS okay!
10/06/2026
🍫✨ MINAT COKLAT? JOM BELAJAR BUAT COKLAT HOMEMADE MACAM PRO! ✨🍫
Ingin menghasilkan coklat homemade yang cantik, premium dan berpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan? Jangan lepaskan peluang menyertai:
🎓 PROGRAM PENGUKUHAN BAKAT KOMUNITI 2026
🍫 HANDS ON HOMEMADE CHOCOLATE
📌 Apa yang menarik?
✅ Belajar secara praktikal (hands-on) daripada asas hingga menghasilkan coklat premium
✅ Tambah ilmu keusahawanan untuk memulakan perniagaan sendiri
✅ Kenali penggunaan AI Generatif bagi membantu pemasaran dan pembangunan perniagaan
✅ Peluang meningkatkan kemahiran serta menjana pendapatan
🎁 Apa yang disediakan?
✔️ Modul kursus lengkap
✔️ Bahan & peralatan kursus
✔️ Makan dan minum sepanjang kursus
✔️ Sijil penyertaan
📚 Apa yang akan dipelajari?
🍫 Asas Pembuatan Coklat
🍫 Coklat Premium & Teknik Dekorasi
📈 Keusahawanan (Business Model Canvas)
🤖 Kursus Asas AI Generatif
👥 Syarat Penyertaan
🇲🇾 Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
⭐️ Keutamaan kepada Komuniti Rentan (Belia & B40)
📝 Wajib dan komited menghadiri kursus selama 4 hari
⚠️ TERHAD KEPADA 20 PESERTA SAHAJA!
📲 Daftar sekarang sebelum tempat penuh!
https://forms.gle/Ma6ZsEqwfv6H448g9
📞 Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
📱 UPSH KKTS
http://www.wasap.my/60105258301/PPBK2026homemadechoc
http://www.wasap.my/60136412041/PPBK2026homemadechoc
💡 Belajar kemahiran baharu, hasilkan coklat yang memikat, dan buka peluang menjana pendapatan bersama kami!
10/06/2026
Ucapan Terima Kasih & Selamat Bertugas di Tempat Baharu kepada Pn. Jeany Ambrose, Pensyarah Sijil Kulinari Kolej Komuniti Tawau, Sabah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pn.Jeany Ambrose yang akan meneruskan perkhidmatan di tempat baharu atas segala jasa, bakti, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Kolej Komuniti Tawau.
Semoga segala pengalaman dan ilmu yang telah dikongsi menjadi manfaat berterusan serta meninggalkan kenangan yang bermakna buat seluruh warga kolej. Selamat bertugas di tempat baharu. Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan dan mencapai lebih banyak kejayaan dalam kerjaya serta kehidupan.
"𝒥𝒶𝓈𝒶 𝒹𝒾𝓀𝑒𝓃𝒶𝓃𝑔, 𝒷𝓊𝒹𝒾 𝒹𝒾𝓈𝒶𝓃𝒿𝓊𝓃𝑔. 𝒮𝑒𝓁𝒶𝓂𝒶𝓉 𝓂𝒶𝒿𝓊 𝒿𝒶𝓎𝒶 𝒹𝒶𝓃 𝓈𝑒𝓂𝑜𝑔𝒶 𝓉𝑒𝓇𝓊𝓈 𝓈𝓊𝓀𝓈𝑒𝓈 𝒹𝒾 𝒹𝑒𝓈𝓉𝒾𝓃𝒶𝓈𝒾 𝒷𝒶𝒽𝒶𝓇𝓊."
Ikhlas daripada, Pengarah & Seluruh Warga Kolej Komuniti Tawau.
08/06/2026
Seluruh warga Kolej Komuniti Tawau, Sabah mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya kepada para peserta yang mewakili kolej dalam 19th Malaysia FIRA RoboWorld Cup 2026. Kejohanan ini merupakan platform berprestij yang menghimpunkan bakat-bakat terbaik dalam bidang robotik dan inovasi teknologi di Malaysia.
KKTS diwakili oleh saudara Jaya bin Hasan dan saudara Mohammad Fazrul bin Englebert, pelajar-pelajar dari program Sijil Teknologi Elektrik KKTS. Jurulatih pasukan adalah En. Syahlan bin Abdul Halim, Pensyarah Program SKE KKTS dan pengurus pasukan adalah Ts. Sabrina binti Jumadi yang merupakan Ketua Program SKE KKTS.
Semoga segala usaha, dedikasi dan persiapan yang telah dilakukan membuahkan hasil yang cemerlang. Tunjukkan semangat kesukanan, kreativiti, kemahiran teknikal serta jati diri warga Kolej Komuniti Tawau sepanjang pertandingan berlangsung.
Teruskan melakar kecemerlangan, mengharumkan nama kolej dan membuktikan keupayaan TVET di persada nasional.
07/06/2026
🏆 SUKAN PERPADUAN KOLEJ KOMUNITI TAWAU BERSAMA KOMUNITI 2026 🏆
📅 Tarikh: 6 Jun 2026
📍 Tempat: Gelanggang Serbaguna, Kolej Komuniti Tawau
Kolej Komuniti Tawau dengan kerjasama BENTA WAWASAN, Kelab Memanah dan Kelab Futsal Kolej Komuniti Tawau telah berjaya menganjurkan Sukan Perpaduan Kolej Komuniti Tawau Bersama Komuniti 2026 yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana penuh harmoni, semangat kesukanan dan perpaduan.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kolej dan komuniti setempat, memupuk gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan, serta memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik antara agensi, kelab dan komuniti di daerah Tawau. Selain itu, program ini menjadi platform bagi menyemai nilai perpaduan, kerjasama berpasukan dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta.
🏅 Acara yang dipertandingkan
• Pickleball Regu Lelaki
• Pickleball Regu Campuran
• Petanque Double Open
📊 Penyertaan
• Pickleball Regu Campuran – 12 pasukan
• Pickleball Regu Lelaki – 14 pasukan
• Petanque Double Open – 12 pasukan
🤝 Agensi dan Komuniti Jemputan
• BENTA WAWASAN
• Batalion Boules Club (BBC) PGA Tawau
• Kelab Rakan Muda Tawau
• UPPM Apas
• Kolej Komuniti Lahad Datu
• Warga Kolej Komuniti Tawau
Majlis pembukaan program telah disempurnakan oleh Ts. Md. Syadiqin bin Awg Adi @ Jumaat, Pengarah Kolej Komuniti Tawau.
Turut hadir memeriahkan program serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah YB Syed Ahmad Syed Abas, ADUN N.67 Balung.
🏆 Keputusan Petanque Double Open
🥉 Tempat Ketiga: BENTA WAWASAN
🥈 Naib Johan: BBC PGA Tawau
🥇 Johan: BBC PGA Tawau
🏆 Keputusan Pickleball Regu Lelaki
🥉 Tempat Ketiga: BENTA WAWASAN 3
🥈 Naib Johan: Kelab Rakan Muda Tawau
🥇 Johan: BENTA WAWASAN 1
🏆 Keputusan Pickleball Regu Campuran
🥉 Tempat Ketiga: Kolej Komuniti Tawau
🥈 Naib Johan: UPPM Apas
🥇 Johan: BENTA WAWASAN
🎉 Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menunjukkan komitmen, disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.
🙏 Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada BENTA WAWASAN selaku penyumbang utama program ini. Ucapan terima kasih juga kepada BBC PGA Tawau atas bantuan dan kepakaran sebagai jawatankuasa teknikal pertandingan Petanque.
Tidak dilupakan, penghargaan khas kepada seluruh jawatankuasa pelaksana, sukarelawan, pegawai pertandingan, penaja serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memperkukuh perpaduan komuniti, melahirkan masyarakat yang aktif dan sihat serta mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan dan masyarakat setempat.
06/06/2026
🎉 KEPUTUSAN KEMASUKAN SESI I: 2026/2027 TELAH DIBUKA! 🎉
Semakan Keputusan Kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti melalui eBorang MyPOLYCC kini boleh dibuat bagi:
✅ Lepasan Sijil Politeknik
✅ Lepasan Sijil Kolej Komuniti
✅ Lepasan Institut Pertanian / IKM / PERDA
✅ Lepasan SKM Tahap 3
✅ Lepasan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
📅 Tarikh Semakan: 5 Jun 2026
⏰ Mulai: 5.00 Petang
Tahniah kepada calon yang berjaya! 🎓
📄 Cetakan surat tawaran boleh dibuat mulai 5 Jun 2026 hingga 13 Jun 2026.
Bagi calon yang belum berjaya, peluang masih terbuka.
📝 Permohonan rayuan boleh dikemukakan mulai 5 Jun 2026 melalui portal:
🌐 ambilan.mypolycc.edu.my
Langkah pertama ke arah masa depan TVET anda bermula di sini. Semak keputusan anda sekarang!
06/06/2026
4 JUN 2026
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KKTS KE JABATAN PENJARA TAWAU KE ARAH JALINAN KOLABORASI STRATEGIK
Satu pertemuan bermakna telah diadakan melalui kunjungan hormat daripada delegasi Kolej Komuniti Tawau ke Jabatan Penjara Tawau hari ini. Pertemuan ini bertujuan sebagai hasrat menjalinkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, khususnya dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), perkongsian kepakaran dan fasiliti, latihan/pensijilan/profesional, penyelidikan, pembangunan, inovasi dan keusahawanan.
Kunjungan hormat ini diketuai oleh Pengarah Kolej Komuniti Tawau, Ts. Md Syadiqin bin Awg Adi @ Jumaat dan disambut baik oleh Pengarah Penjara Tawau, En. Hasrul Anwar bin Hasim. Delegasi terdiri daripada Timbalan Pengarah (Pengurusan) KKTS, En. Fadli bin Bacho, Ketua Unit PSH , Pn. Samsidar binti Siling, Ketua Unit PPIA, En. Abdul Halim bin Ruseh, Pensyarah PSH, En. Jamaluddin bin Lantara dan Pengawai Kolaborasi, Ts. Azhar bin Ambo.
Turut Hadir bersama dalam pertemuan ini Timb. Pengarah Penjara Tawau, En. Philip Pangkat, Ketua Inspektor Penjara Tawau, En. Yusman bin Latui.
Semoga hasrat ke arah kolaborasi ini tercapai dan memberi impak yang tinggi kepada kedua belah pihak.
30/05/2026
.::𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗔𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲::.
🌾 𝗠𝗲𝗻𝘀𝘆𝘂𝗸𝘂𝗿𝗶 𝗥𝗲𝘇𝗲𝗸𝗶, 𝗠𝗲𝗿𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗧𝗿𝗮𝗱𝗶𝘀𝗶 🌾
𝘛𝘴. 𝘔𝘥 𝘚𝘺𝘢𝘥𝘪𝘲𝘪𝘯 𝘣𝘪𝘯 𝘈𝘸𝘨 𝘈𝘥𝘪 @ 𝘑𝘶𝘮𝘢𝘢𝘵, 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘒𝘰𝘭𝘦𝘫 𝘒𝘰𝘮𝘶𝘯𝘪𝘵𝘪 𝘛𝘢𝘸𝘢𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘭𝘶𝘳𝘶𝘩 𝘸𝘢𝘳𝘨𝘢 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘒𝘰𝘭𝘦𝘫 𝘒𝘰𝘮𝘶𝘯𝘪𝘵𝘪 𝘛𝘢𝘸𝘢𝘶 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘶𝘬𝘢𝘤𝘪𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘶𝘤𝘢𝘱𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘔𝘦𝘯𝘺𝘢𝘮𝘣𝘶𝘵 𝘗𝘦𝘴𝘵𝘢 𝘒𝘢𝘢𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘳𝘢𝘬𝘢𝘯-𝘳𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘋𝘪 𝘉𝘢𝘸𝘢𝘩 𝘉𝘢𝘺𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘏𝘢𝘳𝘪 𝘎𝘢𝘸𝘢𝘪 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘳𝘢𝘬𝘢𝘯-𝘳𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪 𝘉𝘶𝘮𝘪 𝘒𝘦𝘯𝘺𝘢𝘭𝘢𝘯𝘨.
𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘨𝘪𝘨𝘪𝘩𝘢𝘯 𝘥𝘪 𝘮𝘶𝘴𝘪𝘮 𝘱𝘦𝘳𝘢𝘺𝘢𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘪𝘯𝘴𝘱𝘪𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘱𝘢𝘳𝘢 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘫𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘪𝘥𝘪𝘬 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘬𝘢𝘳 𝘬𝘦𝘫𝘢𝘺𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘣𝘪𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘛𝘝𝘌𝘛. 𝘛𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘤𝘦𝘮𝘦𝘳𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘪𝘯𝘢 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢𝘺𝘢, 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘶𝘵𝘶𝘩 𝘮𝘦𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘳𝘢 𝘣𝘶𝘥𝘢𝘺𝘢!
𝙆𝙤𝙩𝙤𝙗𝙞𝙖𝙣 𝙏𝙖𝙙𝙖𝙪 𝙏𝙖𝙜𝙖𝙯𝙤 𝘿𝙤 𝙆𝙖𝙖𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣 & 𝙂𝙖𝙮𝙪 𝙂𝙪𝙧𝙪 𝙂𝙚𝙧𝙖𝙞 𝙉𝙮𝙖𝙢𝙖𝙞.