Pendidikan Awal Kanak-Kanak KV Tawau

Pendidikan Awal Kanak-Kanak KV Tawau Laman Page Rasmi Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kolej Vokasional Tawau

✨ Taklimat Inovasi Program PAKK 2026 ✨Alhamdulillah, selesai sesi taklimat dan pembentangan idea inovasi oleh para pelaj...
18/05/2026

✨ Taklimat Inovasi Program PAKK 2026 ✨
Alhamdulillah, selesai sesi taklimat dan pembentangan idea inovasi oleh para pelajar SVM Program PAKK di Kolej Vokasional Tawau.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada panel jemputan, Tuan Bastian Wybar atas kesudian meluangkan masa dan berkongsi pandangan dalam menjayakan program ini.

🌟 “Inovasi Memacu Kecemerlangan, Kreativiti Melahirkan Perubahan” 🌟

Semoga program seperti ini terus menjadi platform untuk mencungkil bakat diperingkat awal bagi meningkatkan keyakinan pelajar untuk mencuba lebih dalam ke arah menuju kecemerlangan dalam inovasi.

💡🎓

09/05/2026

Syabas atas pencapaian cemerlang SVM 2025! ✨
Lonjakan ini membuktikan kecemerlangan dan komitmen warga TVET KPM




"Program TEKAD KPM telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Vokasional Tawau" Booth Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak...
28/04/2026

"Program TEKAD KPM telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Vokasional Tawau"

Booth Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak dikendalikan dengan penuh komitmen oleh pelajar SVM 1&2 dengan bantuan bebarapa pelajar OJT.

Terima kasih atas bimbingan dan sokongan daripada Ketua Program, Ketua Jabatan serta Pensyarah program.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin kejayaan pada masa hadapan.

22 April 2026 🎉FESTIVAL HARI KANAK-KANAK KVT 2026🎉Anjuran Pelajar Diploma Tahun 1 Kohot 2025 Program Pendidikan Awal Kan...
24/04/2026

22 April 2026

🎉FESTIVAL HARI KANAK-KANAK KVT 2026🎉
Anjuran Pelajar Diploma Tahun 1 Kohot 2025 Program Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Festival ini diadakan dengan penglibatan seramai 115 orang kanak-kanak dari Prasekolah SK Muhibbahraya, Prasekolah Gemilang KV Tawau dan kanak-kanak TASKA KV Tawau.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam festival ini adalah;

🎭🎶 Teater Muzikal Dunia Magika
🎸🎶 Persembahan Ukulele
👩‍🎨🪄Pameran Seni dan Kraf
💰🎉Simulasi jual beli

Penganjuran festival ini adalah dengan mengintegrasikan dua subjek iaitu DSA2053 Muzik dan Pergerakan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan DSA2042 Seni dan Kraf dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, sekali gus memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih kreatif, holistik dan bermakna kepada semua pelajar PAKK serta kanak-kanak yang terlibat✨✨




Ucapan Tahniah dan Syabas kepada 23 Graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kohot 2023, Kolej Vokasional Tawau yang ...
23/04/2026

Ucapan Tahniah dan Syabas kepada 23 Graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kohot 2023, Kolej Vokasional Tawau yang telah berjaya menamatkan pengajian dan secara rasminya bergraduat pada 16 April 2026 di SICC Kota Kinabalu.

Semoga terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Semoga juga menjadi pendidik yang berkualiti untuk anak-anak generasi akan datang.





Pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Tahun 1 menjalankan sesi temu bual di PATE Grill House bagi memenuhi keperlu...
01/02/2026

Pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Tahun 1 menjalankan sesi temu bual di PATE Grill House bagi memenuhi keperluan penilaian berterusan (PB) Asas Pengurusan semester 2 bagi tahun 2026.

Terima kasih atas layanan baik yang diberikan. 🤗

01/02/2026

Aktiviti Bertepuk tangan👏🏻👏🏻

Lead by PATE Grill House
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Tahun 2
Kolej Vokasional Tawau

Terma kasih Boss Gary & PATE Grill House kerana sudi memenuhi jemputan & berkolaborasi dengan kami Program Pendidikan Aw...
01/02/2026

Terma kasih Boss Gary & PATE Grill House kerana sudi memenuhi jemputan & berkolaborasi dengan kami Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KV Tawau 🤗.

Keceriaan Boss Gary & Staff Pate Grill sangat memberi impak positif kepada pelajar Diploma PAKK serta kanak-kanak Taska KVT. Semoga kerjasama boleh diteruskan lagi pada masa akan datang. 🤗




Tahniah diucapkan kepada Nurul Hanis binti Himsar, Nurul Amirah Natasya binti Rudy, dan Khadijah binti Sukhor atas kejay...
11/09/2025

Tahniah diucapkan kepada Nurul Hanis binti Himsar, Nurul Amirah Natasya binti Rudy, dan Khadijah binti Sukhor atas kejayaan memenangi Anugerah Pencapaian Pingat Gangsa di Borneo Innovation Festival 2025! 🥉✨

Kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan "Buku Bentuk Interaktif" yang menggabungkan teknologi dan pendidikan untuk kanak-kanak sungguh mengagumkan! 📚💡 Ini bukan sekadar kemenangan, tetapi satu langkah besar dalam mencipta masa depan pendidikan yang lebih dinamik dan menarik. 🌟

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus berinovasi dan memberi impak positif kepada dunia pendidikan! 🚀🎉

Teruskan berjuang dan capai lebih banyak kejayaan! 💪🌈


11 April 2025🎭🎶 TEATER MUZIKAL🎭🎶 Teater muzikal serta pameran seni dan kraf kanak-kanak ini dianjurkan sebagai sebahagia...
10/09/2025

11 April 2025

🎭🎶 TEATER MUZIKAL🎭🎶

Teater muzikal serta pameran seni dan kraf kanak-kanak ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada penilaian berterusan pelajar 1 Diploma DSA Semester 2. Selain itu, para pelajar turut menampilkan kreativiti mereka melalui persembahan muzik menggunakan ukulele. 🎸🎶

Program ini mengintegrasikan tiga subjek iaitu DSA2053 Muzik dan Pergerakan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, DSA2133 Bahasa dan Literasi dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, serta DSA2042 Seni dan Kraf dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, sekali gus memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih kreatif, holistik dan bermakna. ✨✨


Address

Peti Surat 61156, Jalan Kuhara
Tawau
91021

Telephone

+60149524219

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pendidikan Awal Kanak-Kanak KV Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category