25/05/2022
[Program Community Engagements through Tourism Education Integration]
Hari Ketiga!
23 Mei 2022
Pertandingan Memasak Masakan Tradisi Kampung Kobuni
Tema :
Makanan Tradisional Kampung Kobuni
Tempat :
Dewan Terbuka Homestay Desa Cinta Kobuni, Inanam, Kota Kinabalu
Masa :
8.00 AM - 12.30 PM (Isnin)
Berikut merupakan Pertandingan Memasak Masakan Tradisi Kampung Kobuni bagi Pelajar Politeknik Tawau Sabah bersama Penduduk Homestay Desa Cinta Kobuni mengikut kumpulan keluarga angkat masing-masing.
23/05/2022
Amazing Culture of MARI MARI CULTURAL VILLAGE❤️❤️❤️
Persembahan yang mantap daripada host Mari Mari Cultural Village dengan mempersembahan pelbagai tarian interpretasi daripada etnik Rungus,Dusun,Murut,Bajau dan Lundayeh.
Pihak host juga memberi peluang kepada kumpulan pelajar PTS untuk turut sama menari bersama komunitin dan pelancong lain.
Pengalaman yang cukup bermakna merasai sendiri pelbagai budaya etnik yang d tunjukkan melalui demonstration masakan,menghidupkan api menggunakan bahan semulajadi,tarian, upacara langsaran, adat dan budaya dan alat muzik.
Tidak lupa dengan tour guide kami saiful yang menghiburkan n sporting sepanjang menyampaikan komentar.The bestttt👍🏻👍🏻👍🏻
22/05/2022
Para pelajar membuat persiapan awal untuk aktiviti besok bersama beberapa penduduk Homestay Desa Cinta Kobuni, Inanam, Kota Kinabalu.
22/05/2022
Pelajar Politeknik Tawau Sabah melakukan pembentangan dapatan dan cadangan dihadapan Ketua Kampung dan beberapa orang kampung tentang Projek 'Signage' yang dilakukan oleh pelajar.
22/05/2022
Pelajar Politeknik Tawau Sabah mengadakan aktiviti bersama penduduk kampung iaitu pertandingan Futsal bersarung antara pelajar Politeknik Tawau Sabah dan penduduk Homestay Desa Cinta Kobuni, Inanam, Kota Kinabalu.
22/05/2022
Pelajar Politeknik Tawau Sabah mengadakan lawatan ke Mari-Mari Cultural Village yang memberikan pengalaman menarik kepada pelancong atau pelawat tentang demonstrasi masakan, kraf, tarian dan rumah tradisional masyarakat etnik di Sabah seperti Dusun, Rungus, Lundayeh, Bajau dan Murut.
22/05/2022
Hari Kedua Program!
Aktiviti pagi pelajar-pelajar Politeknik Tawau Sabah iaitu mengenalpasti checkpoint yang sesuai di Homestay Desa Cinta Kobuni untuk dijadikan intepretasi dengan cara meletakkan 'Signage' sebagai informasi di setiap checkpoint.
21/05/2022
Pelajar-pelajar Politeknik Tawau Sabah telah tiba di Homestay Desa Cinta Kobuni, Inanam, Kota Kinabalu.
Seramai 22 pelajar dan 2 orang pensyarah pengiring telah diagihkan mengikut keluarga angkat masing-masing
21/05/2022
Hari Pertama Program!
Seramai 22 pelajar dan 2 orang pensyarah pengiring Politeknik Tawau Sabah bertolak ke Homestay Desa Cinta Kobuni, Inanam, Kota Kinabalu.
20/05/2022
Assalamulaikum dan salam sejahtera. Brosur merupakan salah satu kaedah intepretasi (DTM50163 Visitor Interpretation Services) yang kami gunakan dalam perlaksanaan program CBT (DTM50192 Community Based Tourism) bersama komuniti Homestay Desa Cinta Kobuni, Inanam, Kota Kinabalu.
Orang ramai boleh muat turun aplikasi Artivive untuk melihat dan merasai pengalaman sendiri aktiviti-aktiviti program kami di Homestay Desa Cinta Kobuni secara reality atau AR (Augmented reality) dengan hanya Scan pada imej brosur.
Video aplikasi Artivive : https://youtu.be/3yc3tjyAdv0
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui pautan whatsapp berikut
Norina : https://wa.me/60108853364
Anderson : https://wa.me/60174503810
Arisyah : https://wa.me/60109347872
Longgat
Yanie
20/05/2022
Hebahan📣
Program Community Engagements through Tourism Education Integration
Pertandingan Memasak Masakan Tradisi Kampung Kobuni
Tema :
Makanan Tradisional Kampung Kobuni
Tempat :
Homestay Desa Cinta Kobuni, Inanam, Kota Kinabalu.
Masa :
8.00 AM - 12.30 PM
23 Mei 2022 (Isnin)
▶️Untuk mengetahui peraturan pertandingan memasak bolelah Scan Qr Code yang tertera pada poster
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui pautan whatsapp berikut
Norina : https://wa.me/60108853364
Anderson : https://wa.me/60174503810
Arisyah : https://wa.me/60109347872
20/05/2022
Hebahan📣
Program Community Engagements through Tourism Education Integration
Tarikh : 21 - 24 Mei 2022 (Sabtu - Selasa)
Tempat : Homestay Desa Cinta Kobuni, Inanam, Kota Kinabalu.
Antara aktiviti-aktiviti Program Community Engagements through Tourism Education di Homestay Desa Cinta Kobuni :
▶️Aktiviti 'Signage'
▶️Lawatan ke Mari-Mari Culture Village
▶️Pertandingan memasak bersama penduduk kampung
▶️Aktiviti Explorace
▶️Malam Kebudayaan
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui pautan whatsapp berikut
Norina : https://wa.me/60108853364
Anderson : https://wa.me/60174503810
Arisyah : https://wa.me/60109347872