01/08/2025
๐๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฅ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง๐๐ฅ๐๐ง ๐๐ฌ๐๐ฌ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐จ๐๐จ๐ญ๐ข๐ค ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ค๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ง๐๐๐ก ๐๐ฌ๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ฅ-๐
๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ง ๐๐ข๐, ๐๐๐ฐ๐๐ฎ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐
๐ฎ๐ง๐ฌ๐ญ๐๐ฆ๐ญ๐ข๐ ๐๐๐ฌ๐ข ๐๐๐๐
Pada 30 Julai 2025, dua orang tenaga pengajar Program Teknologi Elektronik yang juga guru penyelaras Kelab Inovasi, Rekacipta dan Robotik, Kolej Vokasiona Tawau; Ts Muhammad Kasim bin Ambosaka dan Encik Rusdie bin Padu telah dijemput untuk memberi sedikit perkongsian dalam satu slot pengisian aktiviti sempena Program Funstemtic Sesi 2025 anjuran Sekolah Rendah Islam Al-Falah Taman Ria, Tawau.
Pada sesi perkongsian tersebut, Ts Muhammad Kasim telah menerangkan berkenaan topik Pengenalan Asas kepada Robotik kepada para pelajar dan guru di Sekolah Rendah Islam Al-Fateh Taman Ria. Di samping itu, para pelajar dan guru turut diberikan ruang dan peluang untuk mengendalikan sendiri robot soccer secara dekat semasa sesi perkongsian dan perbengkelan tersebut.
Pada Program Funstemtic Sesi 2025 itu juga, seramai empat orang pelajar dari Program Teknologi Elektronik yang juga ahli Kelab Inovasi, Rekacipta dan Robotik telah dibawa untuk turut membantu menjayakan sesi perkongsian ini. Pada kesempatan tersebut, satu reruai pameran berkaitan teknologi elektronik dan robotik turut dibuka bagi memberi pencerahan dan input berguna bekenaan dengan bidang STEM dan TVET khususnya dalam bidang teknologi elektronik. Sambutan yang diterima dari para pelajar dan guru semasa sesi perkongsian ini amat menggalakan.
๐๐๐๐๐
๐๐๐ / ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐: Gambar murid bawah umur dalam hantaran ini telah disamarkan bagi tujuan menjaga privasi, keselamatan dan memenuhi peraturan-peraturan sedia ada yang sedang berkuatkuasa seperti Akta Kanak-Kanak 2001 (pindaan 2016). Kami memohon maaf sekiranya ada gambar murid yang terlepas pandang dari tidak disamarkan dalam hantaran ini.