Madrasatul Ilmiyyah Wal Amaliyyah ILHAM

Madrasatul Ilmiyyah Wal Amaliyyah ILHAM

Share

Madrasah yg ditubuhkan atas tanah persendirian pada tahun akhir 2016 lalu.

15/06/2024

*WAKAF PEMBANGUNAN FASA 1 MADRASATUL ILMIYYAH WAL AMALIYYAH (ILHAM)*

Madrasatul Ilmiyyah Wal Amaliyyah membuka peluang kepada semua orang untuk beramal jariyah dengan berwakaf RM50/lot untuk menaik taraf pembangunan Madrasah yaitu:-

- Asrama Pelajar
- Awning Surau

Belanjawan yang diperlukan adalah sebanyak RM50,000 untuk penaik tarafan pembangunan fasa 1 ini. Jangan lepaskan peluang kebaikan ini!!!!

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Bersabda Rasulullah SAW:-
"Apabila mati anak adam terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah Jariyah, atau Ilmu yang memberi manfaat baginya, atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."
(HR Muslim)

Bagi yang ingin berwakaf boleh disalurkan ke akaun berikut:-

Bank BSN: 1200341100040214
(Hanazrin Bin Hanazry)

Atau boleh hubungi (WhatsApp):-

0168507032
Ustaz Nazrin@Abdullah
(Mudir Madrasah)

‼️ *TOLONG SEBARKAN* ‼️

02/06/2024

⚠️ *INFO PENTING* ⚠️

*PENGAMBILAN PELAJAR SESI 2024*

=======================

Madrasatul Ilmiyyah Wal Amaliyyah(ILHAM) telah membuka untuk pengambilan pelajar sesi 2024 berdasarkan maklumat berikut:-

🗓️ Setiap Hari Sabtu Dan Ahad

⏰Bermula Pukul 2:00 PM hingga 4:30 PM

Syarat2 Kemasukan:-
- Lelaki dan Perempuan
- Berumur 9 Tahun dan keatas
- Berminat untuk belajar
- Bersungguh-sungguh
- Mematuhi segala peraturan
- Persetujuan dari kedua pihak (ibu bapa dan pelajar)
- Kemasukan adalah *PERCUMA*

Dari Utsman Ibn Affan RA Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:-
"Sebaik2 dikalangan kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya"
(Riwayat Bukhari)

Utk keterangan lebih lanjut, sila hubungi(WhatsApp):-

Ust. Nazrin@Abdullah: 0168507032

‼️ *TOLONG SEBARKAN* ‼️

02/06/2024

‼️ *TOLONG SEBARKAN* ‼️

*KELAS PENGAJIAN AL QURAN DAN FARDHU 'AIN* - Terbuka untuk ibu2 dan bapa2(dewasa)

===================

Madrasatul Ilmiyyah Wal Amaliyyah kini membuka peluang kepada ibu2 dan bapa2(dewasa) utk mengikuti pengajian Al Quran dan Fardhu 'Ain yg dipimpin oleh Ustaz Nazrin@Abdullah(Mudir Madrasatul Ilmiyyah Wal Amaliyyah) berdasarkan maklumat seperti berikut:-

🗓️ Setiap Hari Sabtu Dan Ahad

⏰ Bermula pukul 8:30 am hingga pukul 9:30 am

🕌 Bertempat di
Madrasatul Ilmiyyah Wal Amaliyyah(ILHAM) Kampung Rancangan Batu 22 Balung

- Kemasukan dan penyertaan adalah *PERCUMA*
- Kitab rujukan disediakan

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:-
"Barangsiapa yang menempuh satu jalan utk menuntut ilmu maka Allah SWT memudahkan baginya jalan utk ke syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah2 Allah, membaca kitab Allah(Al Quran) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah(ketenangan), diliputi ke atas mereka Rahmat dan dinaungin oleh Malaikat serta Allah SWT menyebut mereka pada Malaikat yang berada di sisi-Nya."
(Riwayat Muslim)

Utk keterangan lebih lanjut, sila hubungi:-

0168507032 (Whatsapp)

‼️ *TOLONG SEBARKAN* ‼️

10/03/2024

Takwim Ifthar Ramdhan 2024M/1445H

Photos from Madrasatul Ilmiyyah Wal Amaliyyah ILHAM's post 10/03/2024
Photos from Madrasatul Ilmiyyah Wal Amaliyyah ILHAM's post 09/12/2023

Alhamdulillah

Tahniah kpd adik Aliah Batriessyia atas pencapaiannya.

Sedikit tanda mata daripada pihak Madrasah berupa Sijil Penghargaan dan juga penyerahan Buku Rekod Hafazan sebagai anugerah kecermelangan atas kejayaannya dalam mengkhatamkan Hafazan Pra Tahfiz di Madrasatul Ilmiyyah Wal Amaliyyah.

Utk pengetahuan semua ahli ILHAM, adik Aliah adalah pelajar yg pertama mengkhatamkan penghafalan Pra Tahfiz di Madrasah ini. Sekalung penghargaan dianugerahkan kepada adik Aliah telah menjadi pelajar yg pertama menamatkan penghafal Pra Tahfiz di Madrasah ini.

Mudah2an menjadi asbab kebaikan bagi semua pelajar dan berusaha mengikuti jejak langkah kejayaan ini.

برک الله لک بخیر کثیرا۔ امین والقبول۔

06/12/2023

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمین۔ اللهم صل علی سیدنا محمد وعلی ال سیدنا محمد۔

TAHNIAH
Sekalung penghargaan diucapkan kepada pelajar yang bernama

ALIAH BATRIESSYIA BINTI RUSDI

Kerana telah mengkhatamkan penghafalan Pra Tahfiz secara bertalaqqi pada hari Ahad tanggal 03/12/2023 di Madrasatul Ilmiyyah Wal Amaliyyah.

Terima kasih kepada ibu/bapa pelajar yang berkenaan kerana telah memberi kepercayaan kepada Pihak Madrasah untuk membimbing dan mendidik pelajar ini sehingga selesai.

Diharap pelajar yang berkenaan dapat menjaga dan mengamalkan Al-Quran dan Ilmu yang telah diberikan.

برک الله لک بخیر ان شاء الله۔ امین یارب العالمین۔

Photos from Madrasatul Ilmiyyah Wal Amaliyyah ILHAM's post 07/09/2023

#11/02/2017


Awal mula pembinaan surau Madrasatul Ilmiyyah Wal Amaliyyah ILHAM yg menjadi pusat pengajian dan ibadah bagi pelajar Madrasah ILHAM

25/07/2023

25/07/2023

Ujian Penilaian Fardhu Ain (UPFA) Penggal 1 subjek Feqah. Mudah2an dipermudahkan menjawab soalan bagi semua para pelajar.

Photos from Madrasatul Ilmiyyah Wal Amaliyyah ILHAM's post 25/07/2023

24/07/2023

Telah bermula Ujian Penilaian Fardhu Ain Penggal 1 Madrasatul Ilmiyyah Wal Amaliyyah (ILHAM) utk subjek Tauhid.

28/03/2023

Jadual Takwim Ifthar dan Imsak 1444H/2023M

Want your school to be the top-listed School/college in Tawau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kampung Rancangan Batu 22 Apas Balung
Tawau
91000