30/09/2021
Kelebihan pemegang kad hijau...
Semua pemegang kad hijau akan mendapat manfaat antaranya seperti berikut:
1) Perlindungan Takaful selama tempoh kad hijau hidup, pada bila-bila masa di mana jua kita berada.
Untuk bayaran RM 50.00, kad hijau akan hidup selama 2 tahun. Ini bermakna CIDB memberikan perlindungan takaful kepada anda dengan bayaran hanya RM 25.00 setahun!!
Perlindungan Takaful adalah untuk tempoh 24 jam sehari. Bermakna, perlindungan bukan hanya pada waktu bekerja tetapi juga di luar waktu bekerja.
Perlindungan Takaful bukan sahaja di Malaysia malah di mana-mana tempat di seluruh dunia.
Contoh: Jika anda sebagai pemegang kad hijau CIDB, mengalami kemalangan maut ketika melancong ke Korea, CIDB akan membayar pampasan kepada waris anda sebanyak RM 21,000.00.
2) Pemegang kad hijau juga akan menikmati potongan yuran sehingga 50% kepada kursus-kursus tertentu anjuran CIDB.
Pemegang kad hijau rakyat Malaysia, layak untuk mengikuti kursus percuma anjuran Akademi Binaan Malaysia.
3) Mendapat pengetahuan Safety and Health kerana anda akan menghadiri kursus percuma anjuran CIDB.
So tunggu apa lagi jom sertai kami. Untuk pertanyaan lanjut.
Boleh hubungi Pn Rusnani di link bawahππ
https://wa.me/message/ATELX6JO3Q7DN1