Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Ulum

Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Ulum

Share

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-ULUM DIBAWAH KELOLAAN MASJID HIDAYAH AL-MUSTAQIM, TAWAU, SABAH

PROFIL INSTITUSI (MADRASAH) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-ULUM DIBAWAH KELOLAAN MASJID HIDAYAH AL-MUSTAQIM

๐ŸŒ TAWAU, SABAH, MALAYSIA

VISI : MELAHIRKAN AGAMAWAN YANG BERKEMAHIRAN
MISI : MEWUJUDKAN MADRASAH DAN KELAS TAHFIZ YANG BERKESAN SERTA BERKUALITI

02/05/2025

https://vt.tiktok.com/ZShLsHpWt/

Nabi SAW mengajarkan kita supaya datang ke masjid dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa..Selamat beramal dan semoga bermanfaat๐Ÿค—๐ŸŒน

TikTok ยท MHAM crew production 30/04/2025

https://vt.tiktok.com/ZShdRkn95/

Jemput Follow,Like,Komen & Share..Dakwah Kontemporari InsyaaAllah๐Ÿค—๐ŸŒน

TikTok ยท MHAM crew production 55 likes, 2 comments. โ€œAntara sunnah Nabi ketika masuk ke dalam masjid ialah melakukan solat sunnat Tahiyyatul Masjid..Semoga berkah dan bermanfaat๐Ÿค—๐ŸŒนโ€

09/02/2025

MAKLUMAN PROGRAM TARBIYATUL AULAD 1.0

Kepada ibu bapa/penjaga,

Pihak kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kami akan mengadakan Program Tarbiyatul Aulad 1.0, satu program pembangunan sahsiah dan ilmu yang dirancang khas untuk anak-anak. Butiran program adalah seperti berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 11 Februari 2025 โ€“ 13 Februari 2025
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Hidayah Al-Mustaqim
โณ Tempoh: 3 hari

Objektif Program:

โœ… Memberikan kefahaman mendalam terhadap asas-asas Islam
โœ… Memberikan latihan praktikal dalam fardhu ain, tajwid, sembelihan dan pengurusan jenazah
โœ… Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap Al-Quran dan ibadah solat
โœ… Membentuk akhlak mulia melalui aktiviti berkump**an dan kerja berpasukan

Sehubungan itu, kami amat berharap agar ibu bapa/penjaga dapat memberikan kebenaran kepada anak-anak untuk menyertai program ini. Program ini akan dikendalikan oleh tenaga pengajar dan fasilitator berpengalaman, dengan jaminan keselamatan serta kebajikan peserta terjaga sepanjang program berlangsung.

Kerjasama daripada pihak ibu bapa sangat kami hargai

Sekian, terima kasih..

13/09/2024

[HEBAHAN & JEMPUTAN MTQWU]

Assalamualaikum wr wbโ€ฆ
Bersempena dengan program sambutan Maulidur Rasul, pihak Masjid Hidayah Al Mustaqim Batu 4 & Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Ulum ingin menjemput penduduk kampung untuk menghadiri meramaikan dan meriahkan lagi program tersebut pada ketetapan berikut;

*๐Ÿ—“๏ธ : Ahad (15/09/2024)*
*๐Ÿ•ฐ๏ธ : Lepas Maghrib - Selesai*
*๐Ÿ•Œ : Masjid Hidayah Al Mustaqim*

Antara program yang dilaksanakan;

โ€ขPersembahan pelajar MTQWU
โ€ขKuizz Sesi 1
โ€ขPersembahan pelajar MTQWU
โ€ขKuizz sesi 2
โ€ขCeramah : Ust Bahar Jumadil
โ€ขPenyampaian Hadiah
-Pemenang bunga telur
-Sumbangan kepada asnaf
-Jamuan

โ€œ Cinta Rasul , Ikutilah sunnahnya โ€œ

ุงู„ุญุจ ุฃุนุธู… ู…ู† ุงู„ูƒู„ุงู…
โ€œCinta lebih besar daripada hanya sekadar kata-kataโ€


Photos from Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Ulum's post 01/07/2024

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐Œ๐€๐€๐‡๐€๐ƒ ๐“๐€๐‡๐…๐ˆ๐™๐”๐‹ ๐๐”๐‘๐€๐ ๐–๐€๐‹ ๐”๐‹๐”๐Œ

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ini, ada beberapa program diadakan untuk anak-anak pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Ulum. Antaranya, pertandingan azan untuk pelajar lelaki, aktiviti mewarna dan menulis jawi untuk pelajar perempuan Mustawa 1 dan Mustawa 2 serta ujian bertulis bagi pelajar perempuan Mustawa 3 dan Mustawa 4.

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana berani tampil ke hadapan untuk melaungkan azan. Tahniah juga kepada pelajar yang dapat menjawab ujian bertulis dengan baik serta tahniah diucapkan kepada pelajar yang baru belajar menulis serta mengenal huruf jawi.

Kita doakan semoga semua pelajar tetap semangat dan istiqomah dalam menuntut ilmu dan memperbaiki diri dari masa ke masa.

Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang terlibat kerana telah meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar, membimbing serta membantu dalam pelaksanaan program bulanan pelajar - pelajar Maahad Tahfizul Quran Wal Ulum ini. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasa mereka.


Photos from Dr Ahmad Sanusi's post 17/06/2024
Photos from Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Ulum's post 16/06/2024

๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ฌ ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐Š๐š๐ง๐š๐ค-๐ค๐š๐ง๐š๐ค ๐Œ๐š๐š๐ก๐š๐ ๐“๐š๐ก๐Ÿ๐ข๐ณ ๐š๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐–๐š๐ฅ-๐”๐ฅ๐ฎ๐ฆ

Pada kelas hujung minggu baru-baru ini, pelajar Maahad Tahfizul Quran Wal-Ulum melakukan aktiviti menyambung potongan ayat dalam surah-surah lazim.

Alhamdulillah, semua berjaya berkerjasama menyusun ayat dengan betul dan tepat.

Tahniah kepada semua pelajar, semoga sentiasa istiqomah dalam menuntut ilmu, menghafal dan memahami Al-Quran serta menjadi orang yang dapst memberi manfaat kepada orang lain.

Terima kasih diucapkan kepada semua tenaga pengajar yang sudi memberi tunjuk ajar kepada para pelajar dan membimbing pelajar dalam proses pembelajaran.


06/06/2024

Di antara sifat buruk manusia, mudah meremehkan nikmat yang Allah berikan kepadanya. Padahal, nikmat tersebut dulu dia pinta kepada Allah agar ia bisa mendapatkannya. Jadilah kita orang yang pandai bersyukur, yang merasa cukup dengan nikmat yang Allah berikan.



Photos from Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Ulum's post 06/06/2024

๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐‡๐”๐‰๐”๐๐† ๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐” ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‚๐”๐“๐ˆ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐“๐„๐๐€๐†๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‰๐€๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘-๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐Œ๐š๐š๐ก๐š๐ ๐“๐š๐ก๐Ÿ๐ข๐ณ ๐š๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐–๐š๐ฅ-๐”๐ฅ๐ฎ๐ฆ

Pada hujung minggu baru-baru ini, tenaga pengajar bersama dengan para pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Ulum mengadakan aktiviti berkump**an untuk menguji kerjasama antara ahli kump**an dan sedikit Latihan Dalam Kump**an berkenaan dengan Sirah Nabi.

Pada malam p**a, kump**an pelajar membentangkan hasil LDK mereka kepada kawan-kawan dan sedikit soal jawab antara mereka.

Aktiviti ini dapat melatih pelajar untuk berkerjasama dalam kump**an, meningkatkan kecekapan dan pemikiran pelajar serta kesungguhan pelajar dalam melakukan sesuatu perkara.

Semoga semua pelajar istiqomah dalam menuntut ilmu dan dapat mengambil sedikit pengajaran daripada setiap perkara yang mereka lakukan.


Want your school to be the top-listed School/college in Tawau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Tawau