Pasti Nurul Hannani Kuhara Tawau

Pasti Nurul Hannani Kuhara Tawau Halaman rasmi PASTI NURUL HANNANI KUHARA TAWAU

Lensa Sekitar Mesyuarat AJK JIBGBeberapa momen sekitar perbincangan dan persiapan AJK JIBG dalam menjayakan Sambutan Har...
19/09/2026

Lensa Sekitar Mesyuarat AJK JIBG

Beberapa momen sekitar perbincangan dan persiapan AJK JIBG dalam menjayakan Sambutan Hari Keluarga serta 40 Tahun PASTI Kuhara.

Sama-sama merancang, berbincang dan berganding bahu demi kelancaran program.

19/09/2026

MESYUARAT AJK JIBG PASTI NURUL HANNANI KUHARA

Alhamdulillah, berlangsungnya perbincangan AJK JIBG bagi membincangkan persiapan dan perancangan Sambutan Hari Keluarga serta Program 40 Tahun PASTI Kuhara.

Semoga setiap perancangan dipermudahkan dan segala usaha bersama ini dapat menjayakan kedua-dua program dengan lancar.

Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua AJK JIBG. ❤️

Bersama kita jayakan, bersama kita raikan.

18/09/2026

VIDEO PEMENANG TEMPAT KETIGA

Kini tiba p**a giliran pemenang Tempat Ketiga bagi Pertandingan Video Kemerdekaan PASTI Nurul Hannani Kuhara! 🎉

Tahniah diucapkan kepada Hafizah Aqilah Aleesa! 👏🥰

Satu hasil yang kreatif dan comel, dengan semangat kemerdekaan yang begitu menyerlah.

Terima kasih kerana turut menceriakan pertandingan ini dengan kreativiti dan usaha yang diberikan.

Jom sama-sama saksikan video Hafizah Aqilah Areesa.

Selamat menonton!




18/09/2026

VIDEO PEMENANG TEMPAT KEDUA.

Seterusnya, jom kita saksikan p**a video daripada pemenang Tempat Kedua bagi Pertandingan Video Kemerdekaan PASTI Nurul Hannani Kuhara!

Tahniah diucapkan kepada Fayyadh Ayden Bin Mohd Fakhrulradzi! 👏

Kreatif, ceria dan penuh dengan semangat kemerdekaan! 🇲🇾

Terima kasih kerana turut memeriahkan pertandingan dan berkongsi kreativiti bersama kita.

Jom saksikan video Fayyadh Ayden!
Selamat menonton dan hayati semangat Merdeka anak-anak PASTI!




SETELAH LAMA DINANTI… AKHIRNYA TIBALAH MASANYA! 🇲🇾Debaran, penantian dan rasa ingin tahu selama ini… siapakah yang bakal...
18/09/2026

SETELAH LAMA DINANTI… AKHIRNYA TIBALAH MASANYA! 🇲🇾

Debaran, penantian dan rasa ingin tahu selama ini… siapakah yang bakal bergelar pemenang?

Kini jawapannya sudah tertera!
Tahniah buat para pemenang Pertandingan Video Kemerdekaan PASTI Nurul Hannani Kuhara 2026!
🤩

🥇 Tempat Pertama: Amru Suhaib bin Abd Rahman
🥈 Tempat Kedua: Fayyadh Ayden Bin Mohd Fakhrulradzi
🥉 Tempat Ketiga: Hafizah Aqilah Aleesa

Terima kasih buat semua anak-anak yang telah menyertai.

Setiap satu video ada cerita, kreativiti dan semangat merdeka yang tersendiri. 🥰

Nantikan video pemenang yang akan kami kongsikan selepas ini.

Tungguuu...
🤗

16/09/2026

Hari ini tirai pertandingan video Kemerdekaan sudah pun berakhir! 🥳

Terima kasih kepada semua anak-anak yang mengambil bahagian.

Comel-comel belaka, kreatif semuanya! 😍

Admin pun seronok dan teruja melihat satu persatu hasil penyertaan anak-anak.

Memang buat admin tersenyum!

Siapakah yang bakal membawa p**ang gelaran pemenang?

Nantikan pengumuman pemenang!

Good luck anak-anak!
Apa pun keputusannya, kalian semua tetap hebat!



16/09/2026

Selamat Hari Malaysia.

Semoga Malaysia terus aman, sejahtera dan harmoni.

Kami anak-anak PASTI, generasi kecil yang akan mewarnai masa depan Malaysia. 🇲🇾

Selamat Hari Malaysia 2026!
Sayangi Malaysia, cintai keamanan.
🤩

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 16 September 2026Salam Hari Malaysia daripada kami, PASTI Nurul Hannani Kuhara. Semoga semang...
16/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026

16 September 2026

Salam Hari Malaysia daripada kami, PASTI Nurul Hannani Kuhara.

Semoga semangat perpaduan, kasih sayang dan kecintaan kepada tanah air terus mekar dalam diri kita dan anak-anak PASTI.

Bersatu hati, membina generasi berakhlak dan berilmu. 🇲🇾


15/09/2026

Jom kenal!

Address

TAMAN PERMATA LORONG 1, Jalan KUHARA TAWAU
Tawau
91000

Telephone

+601133377175

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasti Nurul Hannani Kuhara Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pasti Nurul Hannani Kuhara Tawau:

Shortcuts

Share