27/10/2025
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐/๐๐๐๐
27 Oktober 2025, Isnin.
Coretan Perhimpunan Rasmi Minggu 35:
1. Ucapan oleh En. Mohd Zulkifli bin Sait, wakil guru bertugas Minggu 34.
2. โ Ucapan aluan oleh En. Rozaili bin Baharudin, Mudir SRI Al-Fateh Taman Ria.
3. Penyampaian hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas (Mingguan).
4. Penyampaian hadiah skuad bola jaring tahap 1.
Tahniah buat anak-anak soleh dan solehah yang berjaya menjalankan tugas dengan baik pada perhimpunan mingguan kali ini:
๐Pembaca Doa: Muhammad Noor Edham Adha bin Abdullah
๐Pembaca Ikrar: Khalisa Hayani binti Mohd Asri
Tahniah kepada semua anak-anak soleh dan solehah kerana telah selesai menduduki UASA Al-Quran pada minggu lalu. Semoga segala usaha dan doa kalian diberkati Allah SWT.
Minggu ini merupakan minggu ulang kaji menjelang Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang akan berlangsung minggu hadapan. Gunakan masa ini dengan sebaiknya untuk mengulang pelajaran, bertanya guru jika tidak faham, dan membuat persediaan rapi.
Semoga anak-anak soleh dan solehah dikurniakan kesihatan, ketenangan hati, dan kekuatan minda untuk menghadapi peperiksaan dengan penuh yakin dan berjaya cemerlang dunia serta akhirat.