SK Brantian Tawau Official

SK Brantian Tawau Official

Share

Berilmu Berakhlak Berjaya

XBA3076 - Sekolah rendah di pedalaman Zon Kalabakan, Tawau Sabah. Youtube: SK Brantian Tawau

Photos from SK Brantian Tawau Official's post 28/04/2026

𝐀𝐝𝐯𝐚𝐧𝐜𝐞𝐝 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐚𝐭𝐞𝐝 𝐍𝐈𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐲𝐬𝐭𝐞𝐦 (𝐀𝐈𝐍𝐒)
Sistem bersepadu untuk merekod bahan NILAM murid
27.4.2026 (Isnin)

Penerima hadiah dan bilangan bacaan:
1. Nurjanah Qaisara (53)
2. Nurul Insyirah (60)
3. Nurul Syuhadah (63)
4. Nur Raisha Inara (81)
5. Siti Qurrotul Aina (82)
6. Nazirah Nisma (112)
7. Khairul Nizam (133)
8. Norsaviqah (160) ⭐️
9. Farid Harraz (170) ⭐️
10. Nurul Syafiqah Hamsa (116) ⭐️
11. Afiq Fauzan (251) ⭐️
12. Muhd Qayyum (403) ⭐️⭐️
13. Zaim Syah (440) ⭐️⭐️⭐️
14. Aisy Nurkaisya (500) ⭐️⭐️⭐️

Tahniah kepada semua murid yang telah berusaha gigih membaca buku dan mengembangkan pengetahuan.

Semoga terus bersemangat dan bersungguh-sungguh menambah bilangan bacaan.

Photos from SK Brantian Tawau Official's post 24/04/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐀𝐂𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀 𝟏𝟎 𝐌𝐈𝐍𝐈𝐓
23.04.2026 (Khamis)
Kelas Masing-masing
11.00 pagi

Terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini.

Photos from SK Brantian Tawau Official's post 21/04/2026

𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐃𝐌𝐈𝐍𝐓𝐎𝐍 𝐌𝐒𝐒𝐃 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔
20 & 21.4.2026 (Isnin & Selasa)
Dewan SJK (C) Yuk Chin

Adik Kairie (5 Sigma) dan Adik Satliezan (6 Gemini) mewakili sekolah dalam kategori single dan double pada tahun ini.

Terima kasih kepada guru pengiring, Cikgu Nasir dan Ustaz Tengku atas jasa yang diberikan.

Penyertaan ini diharap dapat memberi pengalaman bermakna kepada mereka untuk peningkatan prestasi pada masa akan datang.

Photos from SK Brantian Tawau Official's post 21/04/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐎𝐁𝐎𝐓𝐈𝐊
Kerjasama Viucom Sdn. Bhd.
18.4.2026 (Sabtu)
Kelas Tahun 2
8.00 pagi - 2.00 petang

Terima kepada pihak Viucom atas program yang bermanfaat kepada para murid. Semoga ada kesinambungan pada masa akan datang.

Terima kasih juga kepada PIBG SK Brantian Tawau - Rasmi atas khidmat bakti menyediakan makanan kepada para urusetia, tetamu dan peserta.


Photos from SK Brantian Tawau Official's post 14/04/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈
10.4.2026 (Jumaat)
Dewan Amanda

𝑱𝒊𝒌𝒂 𝒋𝒊𝒘𝒂 𝒔𝒆𝒃𝒆𝒏𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒊𝒓,
𝑴𝒂𝒌𝒂 𝒋𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒓𝒖𝒉𝒌𝒂𝒏,
𝑱𝒊𝒌𝒂 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒔𝒆𝒑𝒖𝒕𝒊𝒉 𝒂𝒘𝒂𝒏,
𝑱𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒅𝒖𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏,
𝑹𝒂𝒊𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒍𝒊𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒎𝒂𝒂𝒇𝒂𝒏,
𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑹𝒂𝒚𝒂 𝑨𝒊𝒅𝒊𝒍𝒇𝒊𝒕𝒓𝒊.

Alhamdulillah selesai Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini. Terima kasih kepada semua pihak yang hadir memeriahkan majlis, juga kepada yang menyumbang makanan dan minuman. Semoga semuanya dimurahkan rezeki dan diberkati Ilahi.

Berbaki beberapa hari lagi Syawal ini, sama-samalah kita berpuasa enam seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W.

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari pada bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun. [Riwayat Muslim (1164)]

31/03/2026

𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆
31.3.2026 (Selasa)

PIBG SK Brantian Tawau - Rasmi

Photos from SK Brantian Tawau Official's post 31/03/2026

𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆
31.3.2026 (Selasa)

Selamat kembali ke sekolah dan semoga murid-murid terus semangat belajar untuk masa depan yang gemilang.

PIBG SK Brantian Tawau - Rasmi

18/03/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈
𝐌𝐀𝐀𝐅 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑 & 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐍

Daripada warga SK Brantian Tawau Official & PIBG SK Brantian Tawau - Rasmi

"Makan ketupat di tepi sawah,
Sambil berehat di bawah dahan,
Salah dan silap usah dibiar parah,
Maaf dipinta erat hubungan."

"Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Semoga Allah menerima amalan kita."

Photos from SK Brantian Tawau Official's post 18/03/2026

𝐔𝐏𝐊𝐊 𝐊𝐀𝐅𝐀 (𝐊𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐚𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 & 𝐅𝐚𝐫𝐝𝐮 𝐀𝐢𝐧) 𝟐𝟎𝟐𝟓

Tahniah kepada semua murid KAFA Kampung Brantian yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2025.

1. Aina 4A
2. Syuhadah 3A
3. Alham 3A
4. Muazzam 3A
5. Rayyan 2A
6. Fahmi 1A

Tahniah juga kepada semua murid yang telah berusaha gigih dalam UPKK tahun lalu.

Diharapkan agar lebih ramai lagi murid-murid KAFA cemerlang dengan mendapat A dalam semua subjek (9) pada masa akan datang.

Semoga murid-murid KAFA di Kg Brantian terus cemerlang dalam akademik dan sahsiah selain mencipta lebih banyak keputusan yang membanggakan para guru dan ibu bapa.

Photos from SK Brantian Tawau Official's post 18/03/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐈
17.3.2026 (Selasa)
Dewan Amanda

Sempena perpindahan En Sumardi Sagah ke SK Umas-Umas, Tawau.

Selamat maju jaya Cikgu Sumardi di sekolah baharu.

Want your school to be the top-listed School/college in Tawau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Peti Surat 1082
Tawau
91008