11/09/2019
PASTE
Anak ada ciri-ciri lewat perkembangan sejak dari umur 1 tahun
contohnya:
- tidak keluarkan bunyi
- bercakap lewat
- tidak atau kurang merangkak
- belum berjalan
- kurang pandai bermain bersama orang
- kurang bermain jenis2 permainan yg lain
- terlalu aktif dan tidak boleh ikut arahan mudah
Apabila kita menunggu ke saat akhir seperti..
Anak umur 2 tahun:
- hanya menunggu dan lihat
Anak umur 3 tahun:
- tunggu lagi takut-takut anak boleh buat surprise bercakap seperti anak lain
Anak umur 4 tahun:
- hurm.. tunggu lagi dan mula mencari
Anak umur 5 tahun
- ke hospital/klinik utk berjumpa doktor dan berjumpa terapis berkaitan
- buat intervensi
Anak umur 6 tahun
- panik, mula berfikir sekolah mana yg sesuai? Anak banyak nak catch up lagi
Ini yg banyak berlaku..
Apabila bercakap dengan kawan2 di 3PK, bulan 8-9 ni banyak caseload konsultasi yang nak anak masuk sekolah tapi diagnosis masih samar, intervensi baru nak mula dan anak telah berumur 5/6 tahun
Kenapa tunggu wahai ibu bapa?
🌟 untuk bakal ibu bapa/ ibu bapa muda yg ada anak-anak yg baru lahir belajar positive parenting skills yg memberi kesan kepada perkembangan bahasa dan komunikasi anak dari awal -
orang putih kata “Prevention is better than cure.”
🌟jika anak ada ciri-ciri kelewatan yg kita nampak dari umur 1 tahun dan ke bawah, bertindak cepat! No need to wait utk anak catch up mcm anak2 lain.. kalau tidak catch up mcm mana?
🌟 cuba bayangkan, jika ibu bapa mula bertindak dari umur 1 tahun, bukankah ianya lebih memberi peluang utk anak catch up?
Also.. buang stigma bahawa anak2 yg perlukan rangsangan dan pergi terapi adalah anak “istimewa”.. kerana mereka mungkin hanya mengalami kelewatan perkembangan sahaja tanpa mempunyai apa2 diagnosis.
Tak perlu takut mendapatkan perkhidmatan dari clinical psychologist, audiologis, terapis yg ada we are only helping your child. Jadi tidak salah pun if berjumpa awal.
Ada sahaja klien saya di UK dlu dan beberapa di malaysia tidak mempunyai diagnosis tetapi mempunyai kelewatan bahasa, pelat dan sebagainya tetapi boleh catch up semula dan masuk ke sekolah aliran perdana.
Semuanya bergantung kepada keputusan ibu bapa.. nak bertindak awal atau nak bertindak lewat??
🌟anda boleh share pesanan khidmat masyarakat ini 😊