23/05/2026
Sambutan Hari Guru 2026 peringkat SK Andrassy
Program tersebut telah berlangsung pada 22 Mei 2026 bersamaan hari Jumaat dalam suasana sederhana namun tetap meriah. Bertemakan “World Culture”, sambutan kali ini berjaya menghimpunkan warga sekolah dalam suasana penuh ceria dan semangat kekeluargaan.
Majlis dimulakan perarakan masuk guru dengan tema world culture yang telah dipilih dan diperagakan di atas pentas. Dalam majlis itu juga Pn Doris Francis, Guru Besar SK Andrassy membacakan teks amanat YB Menteri Pendidikan Malaysia. Amanat tersebut menekankan kepentingan peranan guru dalam mendepani cabaran pendidikan masa kini, selari dengan tema Hari Guru 2026 iaitu “Guru Bitara, Nadi Negara”.
Pelbagai aktiviti dan permainan turut diadakan bagi memeriahkan sambutan serta mengeratkan hubungan sesama guru dan warga sekolah. Suasana bertambah ceria dengan gelak tawa dan semangat kerjasama yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Murid juga mengambil peluang memberi hadiah kepada guru mereka.
Majlis diakhiri dengan sesi pertukaran hadiah antara guru serta jamuan ringan sebagai tanda penghargaan dan meraikan insan pendidik yang sentiasa berjasa.
Terima kasih juga diucapkan kepada YB SASA dan UPPM N.67 Balung atas sumbangan dana bagi menjayakan program ini.