25/09/2023
🌿SERTAI KAMI DALAM KEMPAN SIFAR SISA🌎
💚Adakah anda bersedia untuk memberi kesan positif kepada alam sekitar? Sudah tiba masanya untuk mengambil langkah pertama ke arah masa hadapan yang lebih hijau dan bersih🌿
🌟Tekan butang Like and Share serta nantikan update terbaru dan tips-tips yang kami akan berikan setiap minggu bagi membantu mengurangkan pembaziran dan pembuangan sisa dalam kehidupan harian anda! Bersama-sama, kita mampu membuat perubahan! 🌎
JPKK Kg Tanjung Batu Laut dan Kg Pukat
30/07/2023
Pemenang pemenang cabutan bertuah! 🎁
In shaa Allah nanti kita repeat lagi haaa, tambah hadiah best best lagi hehe
30/07/2023
Cabutan Bertuah Pusingan Pertama 💥
30/07/2023
Pertandingan mewarna dan upcycling daropada bahan terpakai. Memang kreatif!
Simpan sini untuk kenangan bersama orang kampung dan para peserta 😇
30/07/2023
Senamrobik bersama para pengunjung. Semua penduduk Kg. Tg. Bt. Laut sangat sporting! 💥
30/07/2023
Majlis Perasmian program disempurnakan oleh YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bin Bandy (Ahli Parlimen Kalabakan).
Turut bersama Prof. Dr. Latifah Abd. Manaf (Timbalan Dekan Siswazah & Antarabangsa, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar UPM, Ustaz Usman Bin Madaeng (Pemaju Mukim) dan En. Dine Nurdin (Ketua JPKK).
30/07/2023
Sebelum majlis bermula sebentar lagi, meriah! 🥳
29/07/2023
Ayuh ke Dewan Terbuka Kg. Tg. Bt. Laut bagi memeriahkan program pada pagi ini!
29/07/2023
Meja pendaftaran mula dikunjungi para peserta dan penduduk Kg. Tg. Bt. Laut. Ayuh beramai ramai memeriahkan program pada pagi ini 😍
29/07/2023
Mesyuarat bersama antara wakil dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan (JPPK) Kg. Tg. Bt. Laut Tawau untuk program yang akan dijalankan pada esok hari ♻️
27/07/2023
Anda seorang yang kreatif? 🤔
Ayuh! Daftarkan kumpulan anda untuk menyertai Pertandingan Kita Semula Barangan Terpakai (Upcycling)
♻️ Kumpulan terdiri daripada tiga orang dewasa.
♻️Sila bawa bahan sisa terpakai dan peralatan sendiri mengikut kreativiti anda.
♻️ Untuk pendaftaran dan sebarang pertanyaan, sila hubungi 011-35254084 (Jaja)
‼️ Penyertaan adalah terhad.
🎁 Hadiah menarik menanti pemenang!