19/05/2026
Tahniah cikgu Norlayla Abd Rahim atas penerimaan anugerah Guru cemerlang PASTI Malaysia dari PASTI Nurul Huda Pasir Putih yang telah mendidik selama 32 tahun lamanya ๐ซกโจ
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PASTI TAWAU, Education, Tawau.
19/05/2026
Tahniah cikgu Norlayla Abd Rahim atas penerimaan anugerah Guru cemerlang PASTI Malaysia dari PASTI Nurul Huda Pasir Putih yang telah mendidik selama 32 tahun lamanya ๐ซกโจ
19/05/2026
Tahniah cikgu Hasni Latif dan semua Muallimah!
Wajah-wajah inilah yang telah berkhidmat berpuluh tahun lamanya ..
Semoga Allah terus beri kekuatan dan kesihatan untuk terus berkhidmat mendidik Ummah!
19/05/2026
๐๐ฎ๐๐ฅ๐ข ๐๐๐ฅ๐ข๐ฆ๐: ๐๐ข๐ซ๐ ๐๐ก๐๐ฒ๐ฎ ๐๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก
Empat dekad bukan satu tempoh yang singkat. Dalam sejarah perjuangan, 40 tahun adalah bukti bahawa sebuah gerakan itu tidak lahir hanya kerana semangat sementara, tetapi dibina atas pengorbanan, air mata, kesabaran dan istiqamah yang panjang. Sempena Jubli Delima 40 Tahun PAS Sabah, generasi muda wajar menatap lembaran sejarah dengan rasa syukur dan hormat kepada para perintis yang telah membuka jalan perjuangan ini sejak awal.
PAS Sabah tidak lahir dalam keadaan selesa. Gerakan ini dibina ketika serba kekurangan, bergerak dengan tenaga yang terbatas, berdepan pelbagai tekanan dan cabaran, namun para pendahulu tetap teguh membawa risalah dakwah Islam di bumi Sabah. Mereka mempertahankan perjuangan walaupun ketika PAS belum kuat, belum dikenali dan belum diterima sebagaimana hari ini. Atas keteguhan merekalah, generasi hari ini dapat melihat PAS Sabah berdiri lebih matang dan semakin diyakini rakyat.
Hari ini, PAS Sabah sedang melalui satu fasa kebangkitan yang baharu. Pendekatan matang, harmoni dan dekat dengan rakyat menjadikan PAS semakin diterima oleh masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang. Kehadiran Datuk Dr. Aliakbar Gulasan sebagai ADUN PAS pertama di Sabah bukan sekadar kemenangan politik, tetapi simbol bahawa perjuangan yang lama disemai akhirnya mula membuahkan hasil. Ia menjadi tanda bahawa rakyat semakin membuka ruang kepada politik yang membawa nilai, kebajikan dan penyelesaian.
Namun kemenangan bukan alasan untuk berbangga. Ia adalah amanah besar yang menuntut lebih banyak kerja dan pengorbanan. Sebab itu, Pemuda PAS Sabah akan berusaha tampil sebagai tenaga penggerak utama perjuangan. Pemuda tidak boleh hanya menjadi pejuang papan kekunci di media sosial, sebaliknya mesti turun ke gelanggang menyantuni rakyat, memahami denyut nadi masyarakat dan menjadi wajah Islam yang membawa harapan.
Masa depan Sabah sangat bergantung kepada pembinaan generasi mudanya. Anak muda perlu dibentuk dengan fikrah Islam yang jelas, akhlak yang baik, disiplin yang tinggi serta semangat perjuangan yang kental. Politik yang dibawa PAS bukan politik kebencian dan perpecahan, tetapi politik yang menyatukan masyarakat melalui nilai kemanusiaan, kebajikan dan kesejahteraan bersama.
Sambutan Jubli Delima ini juga mesti menjadi titik untuk menyatukan saf perjuangan, memperkukuh ukhuwah dan menyuntik semula semangat ahli agar terus istiqamah menghadapi cabaran mendatang. Perjalanan PAS Sabah masih panjang bahkan masih banyak amanah yang perlu digalas, dakwah yang perlu diperluas dan rakyat yang perlu dibela.
Pemuda PAS Sabah mesti bersedia memimpin masa depan dengan memperkukuh pengaruh anak muda, memperluas gerakan dakwah, memperkasa kebajikan rakyat serta melahirkan lebih ramai pemimpin muda Sabah yang berintegriti, berilmu dan dekat dengan masyarakat.
Jubli Delima ini bukan sekadar meraikan usia perjuangan. Ia adalah tanda bahawa perjuangan Islam di Sabah akan terus hidup, berkembang dan melangkah lebih jauh demi membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat Sabah dan Malaysia.
Dirgahayu 40 Tahun PAS Sabah!
Terima kasih ibubapa/penjaga atas pemberian hadiah sebagai tanda ingatan hari Guru kepada Muallimah kami,
Semoga dimurahkan rezeki selalu,
terus doakan yg terbaik buat para Muallimah PASTI
18/05/2026
Terima kasih semua JIBG yang terlibat memberi sumbangan bakti & tenaga gotong Royong ini
18/05/2026
Terus berkhidmat untuk jemaah & Ummah dalam misi meraih MardhatillahNya ๐ซกโจ
Kekuatan jemaah tidak dibina hanya dengan pidato dan program semata-mata. Kekuatan jemaah dibina melalui manusia. Dan manusia dibina melalui pendidikan.
Sebab itu guru menjadi โpemangkin kekuatan jemaahโ.
๐๐ถ๐ธ๐ฎ ๐ด๐๐ฟ๐ ๐ธ๐๐ฎ๐ ๐ถ๐บ๐ฎ๐ป๐ป๐๐ฎ,
๐บ๐ฎ๐ธ๐ฎ ๐น๐ฎ๐ต๐ถ๐ฟ๐น๐ฎ๐ต ๐บ๐๐ฟ๐ถ๐ฑ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ธ๐๐ฎ๐ ๐ฎ๐ธ๐ต๐น๐ฎ๐ธ๐ป๐๐ฎ.
๐๐ถ๐ธ๐ฎ ๐ด๐๐ฟ๐ ๐ท๐ฒ๐น๐ฎ๐ ๐ณ๐ถ๐ธ๐ฟ๐ฎ๐ต๐ป๐๐ฎ,
๐บ๐ฎ๐ธ๐ฎ ๐น๐ฎ๐ต๐ถ๐ฟ๐น๐ฎ๐ต ๐ด๐ฒ๐ป๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐บ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ต๐ฎ๐บ๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ท๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐๐น๐ฎ๐บ.
๐๐ถ๐ธ๐ฎ ๐ด๐๐ฟ๐ ๐ถ๐ธ๐ต๐น๐ฎ๐ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ท๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป๐ป๐๐ฎ,
๐บ๐ฎ๐ธ๐ฎ ๐น๐ฎ๐ต๐ถ๐ฟ๐น๐ฎ๐ต ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ-๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ด๐๐ฝ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐ฎ๐ด๐ฎ๐บ๐ฎ.
Puan Maimunah Safwah binti Musa,
Pengerusi Majlis Guru PASTI Malaysia sebagai Wakil Guru
18/05/2026
MOHON SUMBANGAN SUKANEKA PASTI KAWASAN TAWAU 2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan penuh hormat, kami daripada PASTI Kawasan Tawau ingin memohon sumbangan ikhlas daripada tuan/puan bagi menjayakan program:
SUKANEKA PASTI TAWAU 2026
โข 13 โ 14 Jun 2026 (Sabtu - Ahad)
โข Sasaran Kutipan : RM5000
Sumbangan tuan/puan akan digunakan bagi menampung keperluan program seperti:
โ
Pengurusan acara
โ
Hadiah & cenderamata
โ
Peralatan sukaneka
โ
Kebajikan AJK Pelaksana
Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat dan memberi keceriaan kepada anak-anak PASTI.
Salurkan melalui QR / akaun berikut:
โข Pasti Kawasan Tawau
โข 560036174416
โข Ref : Sukaneka26
atau melalui link :
https://yup.la/sukaneka26
Sebarang pertanyaan:
019-842 4510 / 019-533 7736
โSedikit daripada kita, besar maknanya buat mereka.โ ๐ค
17/05/2026
Tahniah semua!