๐๐๐ฅ๐ฟ๐ผ๐ฎ ๐ฎ๐๐๐ต๐ฐ๐ฏ๐๐ฉ ๐ป๐๐
๐ผ ๐ข๐ฐ๐
๐ฐ ๐ซ๐ธ๐
๐ผ๐ฉ๐ข๐ฆ๐๐ฏ ๐ฎ๐ฆ ๐๐ธ๐ฟ๐ช๐๐ผ ๐ฏ๐๐ฒ๐๐ฐ ๐ค๐ข๐ค๐จ
โGuru Bitara Nadi Negaraโ
๐
22 Jun 2026 / Jumaat
๐ 7.00 โ 11.00 Pagi
๐ Dewan Datuk Lo Su Fui
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pendidik SK Melodi Tawau atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa.
Guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah pencetus inspirasi dan pembina masa depan generasi. Semoga sambutan ini menjadi tanda penghormatan buat insan yang tidak pernah jemu menabur bakti.
Selamat Hari Guru 2026 !
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
SK Melodi, Tawau
WELL BEHAVE KIDS, COME FROM WELL BEHAVE PARENTS, NOT WELL THOUGHT.
19/05/2026
๐๐ช๐ถ๐ซ๐ธ๐ป๐ฒ ๐๐ช๐ญ๐ช๐ท ๐๐ฎ๐ป๐พ๐ท๐ฒ๐ฏ๐ธ๐ป๐ถ & ๐๐ฎ๐ท๐ญ๐ฒ๐ญ๐ฒ๐ด๐ช๐ท ๐๐พ๐ช๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ฒ๐ท๐ฐ๐ด๐ช๐ฝ ๐๐ฎ๐ฐ๐ฎ๐ป๐ฒ ๐ฉ๐ธ๐ท ๐๐ช๐ท๐ฝ๐ช๐ฒ ๐ฃ๐ฒ๐ถ๐พ๐ป 2026
Jambori Badan Beruniform & Pendidikan Luar Peringkat Negeri Zon Pantai Timur 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 13 hingga 16 Mei 2026 di SK Kukusan Tawau.
SK Melodi telah menghantar penyertaan daripada dua unit beruniform iaitu PPIM dan Pengakap dengan jumlah keseluruhan seramai 20 orang peserta. Pelbagai aktiviti menarik, mencabar dan membentuk jati diri telah disertai sepanjang program berlangsung.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat kerjasama, disiplin dan keberanian sepanjang jambori ini.
Ucapan tahniah khas kepada:
MUHAMMAD ADAM AQIF RAYYAN BIN SUDIN
atas penerimaan "Anugerah Murid Teladan" bagi program ini. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus cemerlang dalam sahsiah dan kepimpinan.
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
19/05/2026
PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026
๐PPD BEAUFORT (Sekolah Kebangsaan Pekan Beaufort)
๐๏ธ 11-13 Mei 2026
Minggu lalu, pada 11-13 Mei baru-baru ini, Pasukan Bahas Ala Parlimen dari PPD Tawau telah bergerak ke Beaufort untuk menyertai Pertandingan Bahas Ala Parlimen, Peringkat Negeri Sabah dibawah anjuran JPN Sabah dan kelolaan PPD BEAUFORT. Lima ahli Pasukan PPD Tawau, dimana 3 daripadanya adalah murid SK Melodi, Tawau , dan 2 dari SKBahagia, menggalas cabaran untuk membawa nama Tawau di peringkat Negeri.
Seramai 22 PPD seluruh Sabah bertanding mempertaruhkan pelajar dari daerah masing-masing. Syukur Alhamdulillah, atas usaha tanpa henti, dan hasil latihan berterusan anak-anak Melodi dan Bahagia dibimbing oleh guru yg penuh dedikasi, kita berjaya memdapat tempat Ke-3 dalam Pertandingan ini.
Wakil Pasukan Bahas PPD Tawau:
1. Nur Adelia Qiesya (SK Melodi)
2. Wafa Sofea (SK Bahagia)
3. Nur Aliyah Natasya (SK Melodi)
4. A***na Qisya Hannani (SK Melodi)
5. Ahmad Thaqif Mirza (SK Bahagia)
Guru Pembimbing & Jurulatih:
1. Andi Faizah (SK Melodi)
2. Nur Hazzakinah (SK Bahagia)
Syabas dan tahniah diucapkan kepada anak-anak Melodi dan Bahagia, yang bejaya mengharumkan nama PPD Tawau dalam pertandingan kali ini. Namun, usaha mereka tidak terhenti di sini, InshaAllah, pada tahun hadapan, kita akan gandakan usaha, dan kembali, seterusnya menggengam gelaran Johan yg sekian lama di impikan. Amin.. ๐คฒ๐คฒ
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
09/05/2026
KEJOHANAN SKUASY PERINGKAT NEGERI SABAH MSSS 2026
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
๐ Kompleks Sukan Tawau
๐๏ธ 6-8hb Mei 2026
Pengelola Negeri: Tawau
Baru-baru ini, seramai 7 orang atlit Skuasy dari SK Melodi telah berentap selama 3 hari dalam Kejohanan Skuasy MSS Peringkat Negeri Sabah, bersaing dengan pemain dari daerah-daerah lain seluruh Sabah untuk mendapatkan pingat dan tempat ke MSSM.
Pencapaian SK Melodi berdasarkan Keputusan Rasmi Kejohanan Skuasy MSS Negeri Sabah 2026
Kategori Individu P12
1. Ainul - 6/17
2. Qiesya - 7/17
3. Aliyah - 12/17
Kategori Individu L12
1. Asyraf - 8/17
2. Luqman - 9/17
3. Ahmad A***n - 10/17
Kategori Berkumpulan P12
๐ฅ Naib Johan (Perak)
1. Ainul
2. Qiesya
3. Aliyah
Kategori Berkumpulan L12
๐ฅ Naib Johan (Perak)
1. Ahmad A***n
2. Luqman
3. Asyraf
4. Firas
Tahniah!!! Satu hasil yg sangat memuaskan, 7 atlit kita balik dengan pingat dalam acara berkumpulan. Walaupun tiada yg layak ke peringkat kebangsaan MSSM tahun ini, tp kita membuktikan bahawa, SK Melodi adalah sekolah yg mampu menghasilkan pemain skuasy yg baik dan bertaraf negeri. Insha'Allah kita akan tingkatkan usaha agar satu hari nanti ada murid dari SK Melodi yg akan ke MSSM.
Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yg terlibat, barisan Pentadbir, rakan Guru, dan ibubapa yg sentiasa menyokong perjalanan kami, dari awal hingga sampai ke sini. Tanpa kalian siapa la kami.. ๐
30/04/2026
๐ฆ๐๐ฟ๐๐ฝ๐ถ๐๐ถ๐ ๐๐ถ๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฎ๐ ๐ฏ๐ถ๐๐ถ๐ ๐ค๐ข๐ค๐จ
Sekitar suasana Kejohanan Catur MSSD Tawau 2026 yang berlangsung dengan penuh debaran. Tahniah kepada semua peserta yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi!
๐ Lokasi: SK Taman Tawau
๐
Tarikh: 20 - 21 April 2026
Syabas kepada barisan penganjur dan para pemain. Semoga sukan catur terus melahirkan jaguh berminda tajam dari bumi Tawau!
30/04/2026
๐๐ป๐ธ๐ฐ๐ป๐ช๐ถ ๐๐ญ๐ช๐ซ ๐ญ๐ช๐ท ๐๐ฒ๐ต๐ช๐ฒ (๐๐๐๐๐๐๐ข) ๐๐ฎ๐ป๐ฒ๐ท๐ฐ๐ด๐ช๐ฝ ๐๐ช๐ฎ๐ป๐ช๐ฑ ๐ฃ๐ช๐๐ช๐พ 2026
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil sekolah, Nur Adelia Qiesya Binti Rusdiansa atas pencapaian dalam acara Tilawah Al-Quran Perempuan sempena Program Adab dan Nilai (PEMANIS) Peringkat Daerah Tawau 2026 dengan kejayaan meraih tempat ke-5.
Ucapan jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada seluruh warga sekolah atas doa, sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan penyertaan ini.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus cemerlang.
30/04/2026
๐ฆ๐๐
๐ฉ๐ผ๐ฑ๐๐ฟ ๐ฉ.๐ธ.๐ช.๐ฉ ๐ฎ๐ฏ๐ธ๐ ๐ซ๐ธ๐
๐ผ๐ฉ๐ข๐ฆ๐๐ฏ ๐ฉ๐ธ๐ข๐ธ๐
๐ผ ๐ค๐ข๐ค๐จ
SABTU, 25 April 2026 - Program Karnival N.E.O.N STEM Peringkat Negeri 2026 telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari bertempat di SK Bahagia Tawau.
SK Melodi telah menghantar satu kumpulan untuk menyertai pertandingan inovasi sekolah rendah bagi memeriahkan lagi karnival ini
30/04/2026
๐ฆ๐ธ๐ฅ๐ช๐ป๐๐ฉ๐๐ฉ ๐ต๐๐๐๐ผ๐ฉ๐ฏ๐ช๐ฉ ๐๐ฎ๐ฎ๐ ๐ฏ๐๐ฒ๐๐ฐ ๐ค๐ข๐ค๐จ
Tarikh: 20-21 April 2026
Tempat :SJKC Yuk Chin, Tawau
2 wakil jaguh badminton SK Melodi telah dihantar untuk menggalas cabaran sekolah di Kejohanan Badminton MSSD Tawau (MSSDT) bagi edisi kali ini.
Bukan sekadar penyertaan, tetapi ini adalah platform untuk membuktikan bakat, ketangkasan, dan semangat juang yang tinggi di atas gelanggang. Seluruh warga sekolah mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan mampu memberikan saingan yang sengit.
18/04/2026
๐ฆ๐๐ฟ๐๐ฝ๐ถ๐๐ถ๐ ๐ช๐๐ถ๐ฝ๐๐ถ๐๐ถ ๐๐ฎ๐ฎ ๐ต๐๐ ๐๐
๐ถ๐ ๐ฆ๐ถ๐๐พ ๐ฆ๐-๐ฃ3 ๐ค๐ข๐ค6
๐๏ธ15-16 April 2026
๐Kompleks Sukan Tawau
SK Melodi telah melakar satu lagi kenangan manis apabila seramai 18 orang murid telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga MSS Zon Apas 2026 yang melibatkan 14 buah sekolah rendah sekitar zon Apas.
2 pingat berjaya dirangkul sepanjang kejohanan ini dalam acara :
(PERAK๐ฅ) 200 Meter Perempuan 12tkb : NUR ALIYAH SUHAIZA BINTI MUHAMMAD SAFUAN
(GANGSA๐ฅ) Lompat Jauh Perempuan 12tkb : NUR ALIYAH SUHAIZA BINTI MUHAMMAD SAFUAN
Syabas dan tahniah kepada semua atlet cilik yang telah berjuang dengan penuh semangat kesukanan! Tidak kira menang atau kalah, semangat juang, disiplin dan kerjasama anda adalah kejayaan sebenar.
"Satu Pasukan, Satu Semangat, Satu Matlamat"
18/04/2026
PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH TAWAU 2026
Tarikh: 14-16 April 2026
Tempat :SK Bahagia, Tawau
Masa: 7.30 pagi - 4. 30 petang
๐ฅJOHAN: SK MELODI TAWAU
๐ฅNAIB JOHAN: SR ISLAMIAH TAWAU A
๐ฅKE 3 BERSAMA:
SK TG BATU TAWAU
SR ISLAMIAH TAWAU B
Dengan penuh rasa syukur dan bangga, pasukan bahas SK Melodi Tawau telah berjaya merangkul JOHAN dalam pertandingan berprestij ini. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kehebatan dalam penguasaan Bahasa Melayu, malah menyerlahkan kemahiran berfikir secara kritis, kepetahan berhujah serta keyakinan diri yang tinggi dalam kalangan murid.
Pencapaian ini adalah hasil usaha gigih para peserta yang berlatih tanpa jemu, sokongan padu daripada guru pembimbing, serta dorongan berterusan daripada pihak sekolah dan ibu bapa. Setiap hujah yang disampaikan penuh bernas dan matang, membuktikan bahawa murid sekolah rendah juga mampu bersaing di pentas intelektual dengan cemerlang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli pasukan bahas SK Melodi Tawau atas pencapaian yang luar biasa ini. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan Pantai Lama
Tawau
91045