04/01/2020
KURIKULUM PASTI: PENGENALAN SPPM & JADUAL MUMTAZ - PENILAIAN MENYELURUH & TIDAK HANYA ‘EXAM-ORIENTED’
Alhamdulillah. Tahniah kepada Jabatan PASTI Malaysia! Bermula sesi persekolahan tahun 2020, Sistem Perkembangan Prestasi Murid (SPPM) & Jadual Mumtaz yang lebih komprehensif akan mula dilaksanakan.
SPPM Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) ini bertujuan untuk membina dan menilai perkembangan murid secara lebih menyeluruh dan mengurangkan kebergantungan kepada kaedah peperiksaan. Jadual Mumtaz p**a bertujuan untuk membentuk suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan berfokus.
Asasnya ialah kita tidak ingin terlalu ‘exam-oriented’ iaitu penilaian beorientasikan peperiksaan semata-mata. Melalui SPPM & Jadual Mumtaz, kini penekanan akan diberikan kepada elemen 5C: Celik Al-Quran, Celik Membaca, Celik Minda, Celik Cerdas dan Celik Sahsiah.
Usaha ini juga selari dengan Skop Sektor Pendidikan, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang antaranya memastikan kualiti pendidikan Islam pada tahap yang tinggi ke arah melahirkan insan soleh pintar dari segi aspek pelajar.
Maklumat lanjut adah seperti di dalam berita di bawah:
—————————————————
🌐SPPM Nilai Perkembangan Murid PASTI Secara Menyeluruh
Oleh: Muhammad Hadi
Sumber: https://berita.pas.org.my/sppm-nilai-perkembangan-murid-pasti-secara-menyeluruh/
GOMBAK: PASTI Malaysia terus mengorak langkah ke hadapan dalam menyajikan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak yang lebih komprehensif menerusi pelancaran Sistem Perkembangan Prestasi Murid (SPPM).
Pelaksanaan sistem baharu ini dilihat bakal melonjakkan lagi kecemerlangan PASTI serta sejajar dengan perkembangan dunia pendidikan khasnya pra sekolah pada hari ini yang memberi penekanan terhadap penilai perkembangan pelajar secara lebih tepat dan menyeluruh.
Objektif SPPM adalah membina dan menilai perkembangan murid secara lebih menyeluruh dan mengurangkan kebergantungan kepada kaedah peperiksaan.
Menurut Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Ustaz Syarhan Humaizi Halim, pelbagai pembaharuan telah dibuat oleh PASTI Malaysia, bertujuan memperkemas serta memperkasakan lagi kurikulum PASTI sejajar dengan perubahan yang berlaku pada masa kini.
“Perubahan ini melibatkan semua sektor dan entiti yang ada dalam PASTI. Bagi menghasilkan kemenjadian murid yang optimum, anjakan paradigma ini perlu dibuat,” katanya di sini.
Melalui SPPM penilaian perkembangan individu tidak lagi tertumpu kepada kaedah peperiksaan semata-mata sebaliknya para pelajar akan diberi galakan dan peluang untuk membina keyakinan dan potensi diri masing-masing.
Terdapat lima elemen penilaian bersepadu dalam SPPM iaitu Celik Al Quran, Celik Sahsiah, Celik Minda, Celik Cerdas dan Celik Membaca.
“Konsep kesepaduan dalam kurikulum PASTI akan mengurangkan jurang prestasi murid di samping memfokuskan kepada kecemerlangan bersama keseluruhan murid PASTI.” ujarnya.
—————————————————
Atas segalanya, siiru ‘ala barakatillah! 👍💚
Saudaramu Dalam Islam;
Muhtar Suhaili As-Sarawaki,
Ketua Sektor Pendidikan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).