Maahad Tahfiz Al Bahiyah

Maahad Tahfiz Al Bahiyah Maahad Tahfiz Al Bahiyah adalah Pusat Tahfiz, Pengajian Agama serta Pendidikan akhlak yg terletak di Kg Binjul Dalam, 09310 Kuala Ketil Kedah Darul Aman.

NO PENDAFTARAN : 06/2016

🕌 *PENGAJIAN UMUM MAAHAD TAHFIZ AL-BAHIYYAH*Maahad Tahfiz Al-Bahiyyah menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk meng...
23/04/2026

🕌 *PENGAJIAN UMUM MAAHAD TAHFIZ AL-BAHIYYAH*

Maahad Tahfiz Al-Bahiyyah menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk menghadiri Pengajian Umum pada:

🗓 *Jumaat | 24 April 2026*
⏰ *8.30 pagi – 10.30 pagi*
📍 *Balai Sri Tok Limah, Maahad Tahfiz Al-Bahiyyah, Kg.Binjul Dalam, Kuala Ketil*
🎙 *TUAN GURU USTAZ ABDULLAH MAJID*
📖 Kitab : Kifayatul Mubtadi

Mari bersama-sama menambah ilmu, menyuburkan iman dengan menghadiri majlis ini.

📺 Siaran Langsung: Facebook Maahad Tahfiz Al-Bahiyyah

Kehadiran anda amat dialu-alukan dan semoga majlis ini diberkati Allah SWT. 🤲

Alhamdulillah, selesai sudah Jamuan Raya MTAB 🤍Yang paling indah bukan pada hidangan, tapi pada ukhuwah yang terjalin da...
19/04/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Jamuan Raya MTAB 🤍

Yang paling indah bukan pada hidangan, tapi pada ukhuwah yang terjalin dan silaturrahim yang dieratkan.

Semoga kebersamaan ini terus kekal dan diberkati ✨🫶

*SEKALUNG TAHNIAH*✨Sekalung tahniah diucapkan kepada alumni Maahad Tahfiz Al-Bahiyyah yang telah memperoleh keputusan ce...
09/04/2026

*SEKALUNG TAHNIAH*✨

Sekalung tahniah diucapkan kepada alumni Maahad Tahfiz Al-Bahiyyah yang telah memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. 🌟

🔸Muhammad Fawwaz Amsyar Bin Muhammad Rifaie – 3A
🔸Muhammad Faris Danial Bin Safie – 7A
🔸Muhammad An Nu'man Al Abqari Bin Hanafi – 6A
🔸Rahmat Ramadan Bin Abdul Halim – 3A

Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada langkah yang lebih gemilang pada masa hadapan. Teruskan berusaha, berdoa dan menjadi insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Pihak Maahad Tahfiz Al-Bahiyyah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru, ibu bapa dan semua yang sentiasa mendoakan serta menyokong anak-anak ini sehingga berjaya.

*PENGAJIAN TALAQQI KITAB MINGGUAN MAAHAD TAHFIZ AL BAHIYAH*Assalamualaikum..untuk makluman semua pencinta ilmu, insyaAll...
14/03/2026

*PENGAJIAN TALAQQI KITAB MINGGUAN MAAHAD TAHFIZ AL BAHIYAH*

Assalamualaikum..untuk makluman semua pencinta ilmu, insyaAllah pada hari ini (sabtu), pengajian mingguan kita berjalan seperti biasa..berikut merupakan info pengajian :-

👉🏻 *Penceramah : DR. Syeikh Hazizan Bin Mad Desa (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Undang2 Keluarga Islam JHEAIK)*

👉🏻Kitab : Bahru Al- Madzi
👉🏻Tarikh : 14/03/2026 (sabtu)
👉🏻Masa : 9.30 pagi - 11.00 pagi
👉🏻Tempat : Balai ilmu Sri Tok Limah, Maahad Tahfiz Al Bahiyah, Binjul Dalam, Kuala ketil kedah.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Ustazah Faridah :-

019-481 7050

Semua muslimin/muslimat dijemput hadir.

*sebarkan*
*moga ada saham untuk kita di sana nanti*

10/03/2026

Kami warga Maahad Tahfiz Al Bahiyyah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak LHDN Sungai Petani atas penyerahan sumbangan zakat wakalah kepada anak-anak pelajar asnaf MTAB.

Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda, melimpahkan rezeki yang barakah, mempermudahkan segala urusan serta menjadikan sumbangan ini sebagai amal jariah yang berpanjangan di sisi-Nya. Amin ya Rabbal ‘alamin

Address

Jalan Haji Din Kampung Binjul Dalam Kuala Ketil
Tawar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Al Bahiyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category