25/01/2022
"Serius, tak rugi hantar anak belajar PASTI"
Kalau ada duit lebih untuk masukkan anak ke tadika swasta, PASTI adalah antara salah satu pilihan yang terbaik.
Yuran boleh dikatakan tidak lah mahal. Masih mampu kita warga marhaen membayarnya. Malahan, yurannya jauh lebih murah dan berpatutan berbanding beberapa premis tadika yang lain.
Ini pengalaman saya sebagai guru;
Ketika suatu sesi kelas tasmik di sekolah rendah tempat saya mengajar, ada seorang pelajar perempuan tahun 1 yang sudah tahu semua huruf hijaiyah, sedangkan kawan-kawan nya yang lain masih terkial-kial mengenal huruf.
Mungkin kerana masih baru di sekolah rendah, pelajar itu agak malu dan bila ditanya, dia kata tidak tahu dia mengaji setakat muka surat berapa, dan iqra' berapa.
Jadi, pada mulanya saya ingatkan dia mungkin membaca iqra' 2 atau 3, tetapi bila diuji, dia bahkan fasih membaca Al-Quran. Cerdik budaknya.
"Belajar di mana? Ibu ayah ajar di rumah?" tanya saya.
"Tidak, saya belajar ni di sekolah PASTI" jawab pelajar itu. "Kami juga ada belajar hafal Surah Al-Mulk dan Sembahyang" sambungnya lagi.
Masya Allah.
Sudah tentu, ini bukan pertama kali saya mengajar bekas pelajar PASTI. Di sekolah terdahulu, saya turut mengajar beberapa orang bekas pelajar PASTI yang mana PASTI tersebut kebetulan terletak berhampiran dengan rumah sewa saya.
Apa yang boleh saya simpulkan, kebanyakan bekas pelajar PASTI yang saya temui sudah tahu asas-asas perlakuan solat, cara ambil wuduk, dan bacaan-bacaan doa harian seawal usia 7 tahun. Dan, Ya. Mengaji juga mereka lebih advance berbanding kawan-kawan seusia mereka.
Jika ada rakan fb yang bekerja sebagai guru, sudah tentu tahu benar, cabaran mendidik pelajar di awal bangku persekolahan. Kena banyak bersabar, dan bijak menarik minat dan perhatian mereka.
Diam-diam saya kagum, silibus yang dirasakan agak tinggi bagi level pra sekolah/tadika, telah dapat diajarkan dengan baik kepada pelajar. Kredit kepada guru-guru PASTI yang hebat ini.
Khabarnya, ada premis PASTI yang baru hendak dibuka berhampiran kediaman saya.
Jadi, bagi ibubapa/penjaga sekitar Tuaran yang berniat ingin mendaftarkan anak untuk menjadi sebahagian daripada pelajar PASTI, boleh lah hubungi mereka.
https://www.facebook.com/PASTIAsSyafieTuaran/
Kredit: Farahiyah Al-Banjari