13/06/2026
Jepak, Bintulu-Jumaat, 12 Jun 2026 :
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Tuhan atas kejayaan melakar sejarah baharu Bagiau Warrior Hockey Team dalam Kejohanan Hoki 12TKB MSSB Bintulu 2026, apabila pasukan Perempuan 12TKB muncul sebagai JOHAN manakala pasukan Lelaki 12TKB berjaya meraih gelaran NAIB JOHAN.
Untuk makluman, sebanyak 10 buah sekolah bahagian Bintulu telah menyertai kejohanan kali ini iaitu:
1. SK Bintulu, PPD Bintulu
2. SK Sri Simalajau, PPD Bintulu
3. SK Kampung Baru, PPD Bintulu
4. SK Orang Kaya Mohd, PPD Bintulu
5. SK Asyakirin, PPD Bintulu
6. SK Kuala Nyalau, PPD Bintulu
7. SK Tatau, PPD Tatau/Sebauh
8. SK Nanga Tau, PPD Tatau/Sebauh
9. SK Rumah Barrau, PPD Tatau/Sebauh
10. SK Sungai Bagiau, PPD Tatau/Sebauh
Pencapaian yang amat membanggakan ini merupakan hasil usaha, pengorbanan dan kerjasama daripada pelbagai pihak yang telah memberikan komitmen yang tinggi sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada barisan pegawai dan jurulatih pasukan:
🏑 Cikgu Desmond Stevee anak Jilin – Pengurus Pasukan
🏑 Cikgu Muhamad Syazwan bin Mohd Shukri – Ketua Jurulatih
🏑 Cikgu Mohamad Zul Luqman bin Mohd Zulkefli – Pembantu Ketua Jurulatih
🏑 Cikgu Muhammad Alif Hilmi bin Mohamad Bakri – Jurulatih Kecergasan
🏑 Cikgu Nurmaisurah binti Bakrim – Jurulatih Penjaga Gol
Penghargaan yang sama turut ditujukan kepada semua pemain, para pentadbir, guru-guru, AKP, PIBG, ibu bapa, para penyokong serta semua individu yang telah membantu, mendoakan dan memberikan sokongan padu sepanjang perjalanan pasukan ini.
Kejayaan ini bukanlah milik individu tertentu, sebaliknya merupakan hasil daripada semangat berpasukan, disiplin, pengorbanan serta kesungguhan seluruh warga Bagiau Warrior Hockey Team.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan serta menjadi inspirasi kepada generasi pemain yang akan datang.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Bagiau Warrior Hockey Team!
🥇 JOHAN Kategori Perempuan 12TKB
🥈 NAIB JOHAN Kategori Lelaki 12TKB
“Bersatu Berjuang, Melakar Kegemilangan.”
“Unit KK SK Sungai Bagiau, Memacu Kecemerlangan Berterusan”
-TAMAT-