Sekolah Kebangsaan Rh. Tayai

Sekolah Kebangsaan Rh. Tayai Halaman rasmi untuk maklumat dan hebahan semasa kepada komuniti

Selamat datang dan setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Tuan Guru Besar yang baharu, Encik Herman Anak Senghi...
22/04/2026

Selamat datang dan setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Tuan Guru Besar yang baharu, Encik Herman Anak Senghie atas pelantikan ini. Kami warga sekolah SK Rumah Tayai amat berbesar hati menyambut kehadiran Tuan dan berharap kepimpinan Tuan akan membawa kecemerlangan serta kemajuan berterusan kepada sekolah ini.

Semoga Tuan diberi kekuatan, kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dalam memimpin kami semua. Kami sedia memberikan kerjasama penuh demi mencapai kejayaan bersama.

Selamat datang dan selamat bertugas!

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, warga SK Rumah Tayai mengucapkan selamat maju jaya kepada Tuan Guru Besar, Enc...
22/04/2026

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, warga SK Rumah Tayai mengucapkan selamat maju jaya kepada Tuan Guru Besar, Encik Assun Anak Gani atas perpindahan beliau ke tempat baharu. Segala jasa, pengorbanan dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di sekolah ini akan sentiasa dikenang.

Semoga Tuan terus cemerlang, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan di tempat baharu. Terima kasih atas segala bimbingan dan tunjuk ajar. Jasa Tuan tetap terpahat di hati kami semua.

🗓️07 Julai 2021 - 10 April 2026🕣⏳

Anak sembilang di tapak tangan
Anak ayam berlumba-lumba
Budi yang baik jadi kenangan
Budi Tuan kami tak lupa.

Indah sungguh si pohon ara
Akar melilit di dahan patah
Bertahun-tahun kerja bersama
Tiba masa kita berpisah.

Hati gembira bersama teman,
Bersuka ria di bawah jambatan
Jikalau kita diizinkan Tuhan
Pasti bertemu dihari kemudian.

Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang!💐

Keputusan Rasmi Pertandingan Ta'seem Genta Sekolah Rendah Peringkat Daerah Tatau / SebauhSekalung tahniah diucapkan kepa...
11/04/2026

Keputusan Rasmi Pertandingan Ta'seem Genta Sekolah Rendah Peringkat Daerah Tatau / Sebauh

Sekalung tahniah diucapkan kepada kumpulan irama dan tarian duo atas pencapaian yang amat membanggakan👏

Pencapaian:

KATEGORI DUO: 'Lentera'
🥈 Naib Johan
🏆Anugerah Khas:
- Anugerah Busana dan Tatarias Terbaik
- Anugerah Koreografi Terbaik

KATEGORI IRAMA: 'Serumpun'
-🏅Tempat kelima

Kejayaan ini membuktikan usaha, bakat dan komitmen yang tinggi dalam mengharumkan nama sekolah. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan pada masa akan datang 💪✨

Tahniah dan syabas diucapkan kepada:

Pengurus pasukan merangkap guru pengiring:
Cikgu Prisca Anak Kapong & Puan Agatha Abai.

Jurulatih jemputan: Donny Lee Anak Mistali Dilah

MUA: Mohd Sahzar Bin Abdul Runi

Pembantu jurulatih: Darrel Bradley & Chelestine Franklane

Syabas dan teruskan kecemerlangan!
Semoga terus melakar kejayaan!

https://www.facebook.com/share/p/1Heb3TJNLA/*PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK KE KELAS PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN...
02/03/2026

https://www.facebook.com/share/p/1Heb3TJNLA/

*PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK KE KELAS PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM) BAGI KALENDAR AKADEMIK SESI 2027*

Pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke kelas prasekolah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi kalendar akademik sesi 2027 dibuka mulai *2 Mac hingga 31 Mei 2026*. Pendaftaran tahun ini dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my.

Pendaftaran dikhaskan kepada kanak-kanak *WARGANEGARA MALAYSIA* sahaja yang lahir pada *2 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023*.

Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan dan menghantar borang tersebut ke sekolah/institusi yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan *selewat-lewatnya pada 31 Mei 2026*. Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang sebagai panduan.

*JOM SERTAI PRASEKOLAH*

Program sukaneka Prasekolah Rentap telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama waris prasekolah dan staff sekolah.. Piha...
28/11/2025

Program sukaneka Prasekolah Rentap telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama waris prasekolah dan staff sekolah.. Pihak prasekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut.

✨ Recharge & Ready @ SK Rh Tayai — Gear Up Days 2025 ✨Hari ini berlangsung program Recharge & Ready di bawah Gear Up Day...
02/10/2025

✨ Recharge & Ready @ SK Rh Tayai — Gear Up Days 2025 ✨

Hari ini berlangsung program Recharge & Ready di bawah Gear Up Days, sebagai persiapan rapi untuk Ujian Penilaian Dual Language Programme (UP-DLP) Sarawak 2025.

🎯 Terima kasih kepada para penceramah inspiratif:
➕ Matematik: Cikgu Mohammad Ridzwan (SK Kuala Annau)
🔬 Sains: Cikgu Dato Liang (SK Sungai Sebungan)
🗣️ Bahasa Inggeris: Cikgu Siti Hajar Ashna (SK Sebauh)

Semoga ilmu dan motivasi hari ini memberi dorongan kepada semua calon UP-DLP untuk menjawab dengan yakin dan cemerlang! 💪✨

07/07/2025

GIMIK PERASMIAN STEM 2025🔥

PERASMIAN PROGRAM STI POWER 3 (STEM) 2025🔥🔥🔥
07/07/2025

PERASMIAN PROGRAM STI POWER 3 (STEM) 2025🔥🔥🔥

📸 Keadaan Banjir SK Rumah Tayai📌 23/3/2025 , AhadParas air mula naik pada Jumaat 21/3/2025 dan berterusan sehingga hari ...
23/03/2025

📸 Keadaan Banjir SK Rumah Tayai

📌 23/3/2025 , Ahad

Paras air mula naik pada Jumaat 21/3/2025 dan berterusan sehingga hari ini. Pihak sekolah sudah mengambil langkah-langkah keselamatan bagi menghadapi banjir.

Marilah kita sama-sama doakan supaya air surut dengan segera.


Apa ada di pohon berangan,Subur ia meredup di situ,Apa ada di pohon kenangan,Rating usia berbunga rindu.Selamat Bersara ...
16/03/2025

Apa ada di pohon berangan,
Subur ia meredup di situ,
Apa ada di pohon kenangan,
Rating usia berbunga rindu.

Selamat Bersara Dr. Layang Ugek⁩. Warga SK Rumah Tayai mendoakan kesejahteraan tuan walau di mana sahaja tuan berada.

Teruslah menjadi lilin yang memberikan cahaya dan menerangi sekeliling.

Terima kasih, Cikgu…

16/03/2025

Selamat Bersara….

Dr. Layang anak Ugek
Pengetua SMK Tatau
(01.02.2021-15.03.2025)

Ikhlas Dari Warga SK Rumah Tayai, Tatau

Address

D/A Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh, Jalan Kampung Dagang
Tatau
97200

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Rh. Tayai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Rh. Tayai:

Share

Category