Yayasan Darul Hadis Al Filfilaniyyah

Yayasan Darul Hadis Al Filfilaniyyah "MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN DAN BERKEBAJIKAN"

YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) adalah satu pertubuhan yang didaftarkan di Jabatan Perdana Menteri [Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang] pada 22 Mac 2018. Dengan bertemakan "Memperkasakan Pendidikan Dan Berkebajikan", Yayasan Darul Hadis mempunyai visi yang besar iaitu menjadi pusat kebajikan umat Islam melalui pemantapan sistem pendidikan Islam serta memajukan ekonomi umat Islam melalui

ajaran yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah. Pentadbiran Yayasan Darul Hadis Al Filfilaniyyah yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Hanif Bin Haron (Pengerusi YDHAF) akan terus komited dalam membantu masyarakat di seluruh Malaysia khususnya dalam kebajikan dan pendidikan. Semoga penubuhan Yayasan Darul Hadis ini memberi manfaat kepada masyarakat dan mendapat keredhaan Allah.

07043011051947 (Bank Islam)
557250065203 (Maybank)
atas nama Yayasan Darul Hadis Al Filfilaniyyah

TAJAAN PELAJAR DARUL HADIS KE BUMI MESIRPANGGILAN JIHAD untuk 190 orang yang sudi sumbang RM80 SeorangInsyaAllah bulan S...
20/08/2026

TAJAAN PELAJAR DARUL HADIS KE BUMI MESIR

PANGGILAN JIHAD untuk 190 orang yang sudi sumbang RM80 Seorang

InsyaAllah bulan September ini 6 orang pelajar Darul Hadis Pulau Pinang akan sambung pengajian ke bumi Mesir... Sesiapa nak bantu menaja kos pengajian mereka disana dialu-alukan...

Tajaan ini untuk:
βœ… Pembelian kitab
βœ… Kos sara hidup 4 tahun
βœ… Kos pengurusan

Kutipan semasa: RM15,519.00 (51%)
Baki masih diperlukan: RM14,981.00 (49%)

Infaq RM80 Seorang Pelajar atau ikut kemampuan 😊

πŸ“Œ Bank Islam: 07043011051947
πŸ“Œ Maybank: 557250065203
πŸ“Œ Reference: Tajaan Pelajar

Semoga Allah murahkan rezeki & mempermudahkan segala urusan tuan puan sekeluarga Ameen 🀲🏻

β€œAdib, lepas ni makan banyak-banyak ya… semoga Adib semakin sihat.” Dulu, Muhammad Adib Ikhmal seorang yang sihat. Namun...
18/08/2026

β€œAdib, lepas ni makan banyak-banyak ya… semoga Adib semakin sihat.”

Dulu, Muhammad Adib Ikhmal seorang yang sihat. Namun sejak kehilangan ayahnya beberapa tahun lalu, perubahan pada dirinya mula kelihatan. Adib semakin pendiam, kelihatan sedih dan tubuhnya juga semakin kurus. Adib merupakan seorang OKU dan kini sudah memasuki usia 30-an. Beliau tinggal bersama emak dan kakaknya di Kubang Menerong.

Baru-baru ni p**a, emak Adib jatuh dalam tandas sampai kaki patah di tiga bahagian. Jadi banyak keperluan harian mereka dibantu oleh kakak dan suaminya. Bila kami sembang dengan wakil Masjid Kubang Menerong, kami dapat tahu Adib perlukan tilam baru. Tilam yang lebih selesa untuk dia berehat dan tidur.

Jadi hari ni, Pihak Yayasan Darul Hadis mai bawa hadiah sebuah tilam baru untuk Adib. Kami turut membawa sedikit barangan keperluan dapur termasuk ayam Bismi untuk diberikan buat mereka .Adib, lepas ni makan banyak-banyak yaa. Semoga Adib diberikan kesihatan yang lebih baik, dipermudahkan segala urusan dan terus kuat menghadapi kehidupan. Ameen

"MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN DAN BERKEBAJIKAN"

Yayasan Darul Hadis Al Filfilaniyyah

Sebelum ini kalau hujan mesti risau, basah di mana-mana... Tidur pon tak lena... Nak baiki atau tukar, tapi perlu utamak...
14/08/2026

Sebelum ini kalau hujan mesti risau, basah di mana-mana... Tidur pon tak lena... Nak baiki atau tukar, tapi perlu utamakan perkara lain yang lebih penting...

Alhamdulillah, hari ini kita berpeluang boleh sama-sama bantu rumah Pak Cik Desa di Kubang Menerong... Bantu tukar bumbung agar kediamannya lebih baik daripada sebelum ini. Pak Cik Desa ucap terima kasih kepada tuan puan semua yang telah membantu beliau dengan doa dan sumbangan...

"MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN DAN BERKEBAJIKAN"

Yayasan Darul Hadis Al Filfilaniyyah

INFAQ TAJAAN PELAJAR DARUL HADIS KE BUMI MESIRInsyaAllah bulan September ini 6 orang pelajar Darul Hadis Pulau Pinang ak...
14/08/2026

INFAQ TAJAAN PELAJAR DARUL HADIS KE BUMI MESIR

InsyaAllah bulan September ini 6 orang pelajar Darul Hadis Pulau Pinang akan sambung pengajian ke bumi Mesir... Sesiapa nak bantu menaja kos pengajian mereka disana dialu-alukan...

Tajaan ini untuk:
βœ… Pembelian kitab
βœ… Kos sara hidup 4 tahun
βœ… Kos pengurusan

Kutipan semasa: RM14,282.00 (47%)
Baki masih diperlukan: RM16,218.00 (53%)

Infaq RM80 Seorang Pelajar atau ikut kemampuan 😊

πŸ“Œ Bank Islam: 07043011051947
πŸ“Œ Maybank: 557250065203
πŸ“Œ Reference: Tajaan Pelajar

Semoga Allah murahkan rezeki & mempermudahkan segala urusan tuan puan sekeluarga Ameen

Mari kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ο·ΊSemoga Allah melimpahkan rahmat, mengampunkan dosa...
07/08/2026

Mari kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί

Semoga Allah melimpahkan rahmat, mengampunkan dosa-dosa kita dan mengurniakan syafaat Rasulullah ο·Ί di akhirat kelak.

INFAQ JUMAAT TAJAAN PELAJAR DARUL HADIS KE BUMI MESIRInsyaAllah bulan September ini 6 orang pelajar Darul Hadis Pulau Pi...
07/08/2026

INFAQ JUMAAT TAJAAN PELAJAR DARUL HADIS KE BUMI MESIR

InsyaAllah bulan September ini 6 orang pelajar Darul Hadis Pulau Pinang akan sambung pengajian ke bumi Mesir... Sesiapa nak bantu menaja kos pengajian mereka disana dialu-alukan...

Tajaan ini untuk:
βœ… Pembelian kitab
βœ… Kos sara hidup 4 tahun
βœ… Kos pengurusan

πŸ“Œ Bank Islam: 07043011051947
πŸ“Œ Maybank: 557250065203
πŸ“Œ Reference: Tajaan Pelajar

Terima kasih atas sokongan anda semua

Dari Usia 9 Tahun... Kini Zuhdi Melangkah ke Bumi Anbiya'Ketika kebanyakan kanak-kanak berusia 9 tahun masih sibuk berma...
06/08/2026

Dari Usia 9 Tahun... Kini Zuhdi Melangkah ke Bumi Anbiya'

Ketika kebanyakan kanak-kanak berusia 9 tahun masih sibuk bermain dan menikmati zaman kanak-kanak, seorang anak kecil bernama Muhammad Zuhdi melangkah masuk ke Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang dengan satu impian yang besar β€” menghafaz al-Quran dan mendalami ilmu agama.

Perjalanan itu bukan mudah.

Dirinya masih kecil. Masih memerlukan pelukan ibu dan ayah. Namun sejak hari itu, kehidupannya berubah.

Setiap hari dipenuhi dengan al-Quran.

Seawal pagi, beliau akan duduk di dalam halaqah bersama guru yang membimbingnya, Ustaz Farhan. Dari pagi hingga petang, ayat demi ayat diulang, disemak dan diperbetulkan. Hari ini mengulang. Esok mengulang lagi. Lusa tetap mengulang lagi.

Begitulah rutin yang dilalui selama bertahun-tahun. Tiada jalan singkat untuk menjadi seorang hafiz. Yang ada hanyalah kesabaran seorang murid, keikhlasan seorang guru, doa yang tidak pernah putus daripada ibu bapa, serta pertolongan Allah SWT.

Alhamdulillah, hasil didikan para guru di Darul Hadis, Zuhdi berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dan memperoleh Syahadah al-Quran.

Namun, perjalanan ilmunya tidak terhenti di situ.

Beliau meneruskan pengajian di Darul Hadis Tarim, Yaman selama lebih dua tahun. Di bumi para ulama, beliau terus menuntut ilmu sehingga berjaya menghafaz sekitar 2,850 hadis Rasulullah SAW.

Sekembalinya ke Malaysia, satu cabaran besar menantinya.

Beliau hanya mempunyai masa kurang daripada setahun untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan SPM. Dalam tempoh yang singkat itu, beliau perlu mengejar dan menguasai keseluruhan silibus yang tidak dipelajari ketika berada di luar negara.

Ia bukan sesuatu yang mudah.

Namun berkat usaha yang bersungguh-sungguh, doa kedua-dua ibu bapanya, bimbingan para guru serta pertolongan Allah SWT, Zuhdi berjaya memperoleh 8A dalam SPM 2024.

Beliau kemudian meneruskan kecemerlangannya dengan memperoleh keputusan Mumtaz Sufi dalam peperiksaan STAM, sekali gus muncul antara pelajar terbaik di Pulau Pinang dan Malaysia.

Namun bagi kami di Darul Hadis...

Kejayaan sebenar Zuhdi bukan sekadar pada sijil, anugerah atau keputusan peperiksaannya.

Kejayaan sebenar ialah apabila seorang anak kecil yang pernah melangkah masuk ke Darul Hadis pada usia sembilan tahun, hari ini bersedia meneruskan perjalanan menuntut ilmu di bumi Mesir demi meneruskan legasi ilmu al-Quran dan al-Sunnah.

InsyaAllah, pada bulan September ini, Zuhdi akan berangkat bersama lima lagi pelajar Darul Hadis Pulau Pinang untuk menyambung pengajian di Mesir.

Di sebalik perjalanan ini, ada pengorbanan ibu dan ayah, kesabaran para guru yang mendidik tanpa jemu, serta kebaikan para penyumbang yang selama ini membantu melahirkan generasi pencinta al-Quran.

Hari ini, kita juga berpeluang menjadi sebahagian daripada perjalanan tersebut.

Semoga setiap ringgit yang diinfakkan menjadi saham pahala yang mengalir pada setiap ayat al-Quran yang dibaca, setiap hadis yang dipelajari dan setiap ilmu yang akan disampaikan oleh Zuhdi dan rakan-rakannya pada masa hadapan.

Jom bersama-sama menaja pengajian Muhammad Zuhdi dan lima lagi pelajar Darul Hadis yang bakal menyambung pengajian di bumi Mesir. fans

πŸ“Œ Bank Islam: 07043011051947
πŸ“Œ Maybank: 557250065203
πŸ“Œ Reference: Tajaan Pelajar

Semoga Allah menerima setiap infaq yang diberikan sebagai amal jariah yang tidak pernah terputus. Amin.

"Kalau hujan turun waktu malam... apa yang paling Mak Cik risau?"Itulah persoalan yang bermain di fikiran kami apabila m...
05/08/2026

"Kalau hujan turun waktu malam... apa yang paling Mak Cik risau?"

Itulah persoalan yang bermain di fikiran kami apabila melangkah masuk ke rumah Mak Cik Mariam di Kubang Menerong.

Kami disambut oleh anak lelakinya, Syukri, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pada waktu malam. Sambil bercerita tentang kehidupan mereka, Syukri menunjukkan keadaan bumbung rumah yang sudah lama uzur.

"Kalau hujan lebat, air akan masuk dari atas..."

Mak Cik Mariam p**a hanya mampu mendengar perbualan kami. Penglihatannya sudah tiada. Hari-harinya banyak dihabiskan di dalam rumah itu.

Rumah inilah tempat beliau berteduh.
Rumah inilah tempat beliau berehat.
Dan rumah inilah yang bocor setiap kali hujan.

Ketika melihat sendiri keadaan zink yang sudah reput, kami tahu ia bukan lagi soal keselesaan. Ia soal keselamatan dan maruah sebuah keluarga.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan hasil sumbangan para penyumbang, kerja-kerja menukar bumbung rumah ini akhirnya dapat dilaksanakan.

Hari ini, apabila hujan turun nanti, insya-Allah air tidak lagi menitis ke dalam rumah seperti dahulu.

Terima kasih kepada semua yang telah menjadi asbab senyuman buat Mak Cik Mariam dan keluarganya.

Semoga setiap ringgit yang dihulurkan menjadi saham amal yang terus mengalir di sisi Allah SWT.

Jika tuan puan membaca kisah ini, titipkan doa buat Mak Cik Mariam di ruangan komen. Mudah-mudahan doa daripada orang yang tidak pernah beliau kenali menjadi asbab Allah mengurniakan kesihatan, ketabahan dan keberkatan buat keluarga ini. Aamiin.

ALHAMDULILLAH TERIMA KASIH SEMUAAlhamdulillah satu lagi rumah asnaf berjaya kita sama-sama bantu untuk tukar bumbung yan...
02/08/2026

ALHAMDULILLAH TERIMA KASIH SEMUA

Alhamdulillah satu lagi rumah asnaf berjaya kita sama-sama bantu untuk tukar bumbung yang telah rosak dan bocor di Kubang Menerong... Ini merupakan rumah ketiga yang pihak Yayasan Darul Hadis Al Filfilaniyyah bantu selepas rumah di Nyior Sebatang & di Pokok Machang...

Semoga dengan sedikit bantuan yang kita berikan, akan meringankan beban mereka yang susah... Semoga mereka dapat hidup dengan lebih selesa daripada sebelum ini...

Mudah-mudahan dengan berkat kita bantu orang susah, Allah permudahkan segala urusan kita, Allah murahkan rezeki kepada kita sekeluarga...

Kutipan semasa RM1,780.00 dan kita masih memerlukan RM5,720.00... insyaAllah kita ada lagi satu rumah asnaf di Kubang Menerong yang perlu kita sama-sama bantu

Bank Islam: 07043011051947
Reference: Dana Kecemasan

Bantu kami sebarkan maklumat ini...

"MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN DAN BERKEBAJIKAN"

TINJAUAN BANTUAN NAIK TARAF BUMBUNG RUMAH KELUARGA ASNAFAlhamdulillah, hari ini Team Yayasan Darul Hadis bersama pihak M...
23/07/2026

TINJAUAN BANTUAN NAIK TARAF BUMBUNG RUMAH KELUARGA ASNAF

Alhamdulillah, hari ini Team Yayasan Darul Hadis bersama pihak Masjid Nurul Iman Kubang Menerong turun meninjau 2 buah rumah keluarga asnaf yang memerlukan bantuan untuk kerja-kerja baik pulih dan naik taraf bumbung rumah.

Bumbung yang sudah usang dan bocor menyebabkan air hujan masuk ke dalam rumah dan menyukarkan kehidupan keluarga yang menetap di situ.

Hari ini, kita turut membawa tukang untuk menilai keadaan serta menganggarkan kos yang diperlukan bagi membaiki dan menaik taraf bumbung kedua-dua rumah tersebut.

InsyaAllah, selepas penilaian dibuat, kita akan maklumkan jumlah kos keseluruhan yang diperlukan dan cuba bersama-sama membantu keluarga ini.

Turut hadir dalam lawatan hari ini, Ahli Parlimen Kepala Batas, YB Ustazah Dr. Mastura.

Semoga Allah permudahkan usaha kecil ini dan menjadi asbab terbinanya kehidupan yang lebih baik buat mereka🀲

Membantu

"MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN DAN BERKEBAJIKAN"

Yayasan Darul Hadis Al Filfilaniyyah

Address

Lot 439 & 440, Mukim 12, Pokok Machang
Tasek Gelugor

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00

Telephone

+6045731118

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Darul Hadis Al Filfilaniyyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Yayasan Darul Hadis Al Filfilaniyyah:

Shortcuts

Share

Category