Sekolah Menengah Islam Al-Ikram, Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Sekolah Menengah Islam Al-Ikram, Tasek Gelugor, Pulau Pinang Page rasmi SMI Al-Ikram, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.



AKTIVITI KOKURIKULUM |10th INTERNATIONAL ECO NATURE VIRTUAL RUN 2026Pada 10 Jun 2026, warga SMI Al-Ikram menyertai 10th ...
11/08/2026

AKTIVITI KOKURIKULUM |10th INTERNATIONAL ECO NATURE VIRTUAL RUN 2026

Pada 10 Jun 2026, warga SMI Al-Ikram menyertai 10th International Eco Nature Virtual Run 2026 dengan jarak 6 km di sekitar Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugor.

Larian kali ini berlangsung dalam suasana yang santai dan menyeronokkan. Sambil beriadah, warga sekolah dapat menikmati suasana kampung dan alam sekitar bersama-sama.

Program dengan tema โ€œBack to Natureโ€ ini bukan sekadar aktiviti larian, tetapi menjadi peluang untuk bergerak aktif, meluangkan masa bersama dan menikmati pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah.

Terima kasih kepada semua yang turut serta dan memeriahkan aktiviti ini.



PERJUMPAAN KELAB & PERSATUAN | AKTIVITI KOKURIKULUM | 15 JULAI 2026Perjumpaan kokurikulum kali ini diisi dengan pelbagai...
11/08/2026

PERJUMPAAN KELAB & PERSATUAN | AKTIVITI KOKURIKULUM | 15 JULAI 2026

Perjumpaan kokurikulum kali ini diisi dengan pelbagai aktiviti kolaboratif seperti Crazy Hair Day, perkongsian Kesedaran Dakwah bersama Hidayah Centre Foundation oleh Abang Shiham, serta aktiviti membuat mochi bersama Persatuan Bahasa, Kelab Media & Fotografi dan Kelab STEM-Q.

Kokurikulum bukan sekadar aktiviti selepas waktu pembelajaran, tetapi merupakan pembelajaran di luar bilik darjah. Melalui aktiviti seperti ini, murid belajar bekerjasama, berkomunikasi, mencuba perkara baharu dan membina keyakinan diri dalam suasana yang lebih santai.

Pengalaman yang dilalui bersama rakan-rakan inilah yang menjadikan pembelajaran lebih dekat dengan kehidupan sebenar.

๐Ÿš€๐ŸŒฑ PERJUMPAAN KELAB & PERSATUAN | TANAMAN ANGKASA ๐ŸŒฑ๐Ÿš€โœจ Meneroka imaginasi, mencipta idea, membina masa depan! โœจPada 5 Ogo...
11/08/2026

๐Ÿš€๐ŸŒฑ PERJUMPAAN KELAB & PERSATUAN | TANAMAN ANGKASA ๐ŸŒฑ๐Ÿš€

โœจ Meneroka imaginasi, mencipta idea, membina masa depan! โœจ

Pada 5 Ogos 2026 (Rabu), murid-murid telah menyertai aktiviti kokurikulum Melukis Poster Tanaman Angkasa sempena Peraduan Poster National Space Challenge (NSC) 2026. ๐ŸŒŒ๐Ÿช

Aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk menzahirkan kreativiti, imaginasi dan idea tentang pertanian di angkasa lepas melalui hasil karya masing-masing. ๐ŸŽจ๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿš€๐ŸŒฟ

Daripada tanaman yang hidup di dalam stesen angkasa hinggalah kepada impian membina taman di planet lain, murid bebas meneroka dunia tanpa sempadan melalui lukisan mereka. ๐Ÿš€๐ŸŒฑโœจ

๐Ÿ’ก Kreativiti hari ini mungkin menjadi inspirasi untuk masa depan.

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang mengambil bahagian! Semoga aktiviti ini terus menyemai minat terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta membina keberanian untuk bermimpi lebih jauh. ๐ŸŒŸ

๐ŸŒ Dari bumi, kita bermimpi.
๐Ÿš€ Ke angkasa, kita meneroka.
๐ŸŒฑ Untuk masa depan, kita mencipta.


PELUANG KEEMASAN: KEMASUKAN SRI & SMI AL-IKRAM SESI 2027 KINI DIBUKA!Tahu tak?Pusat Pendidikan Al-Ikram kini dalam fasa ...
11/08/2026

PELUANG KEEMASAN: KEMASUKAN SRI & SMI AL-IKRAM SESI 2027 KINI DIBUKA!

Tahu tak?

Pusat Pendidikan Al-Ikram kini dalam fasa menuju status Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) menjelang 2028! ๐Ÿš€

Apa maknanya untuk anak anda?

- Pengiktirafan & Kualiti Terjamin: Langkah ke arah SABK memperkukuh lagi sistem pendidikan bersepadu (Akademik & Agama) yang sedia ada.

- Pencapaian Terbukti: Disokong oleh rekod peningkatan SPM 2025 (GPS 3.06) dan Anugerah Sekolah Cemerlang SPPIM SRI (GPS 1.2).

- Fasiliti & Modal Insan: Persediaan mantap dari segi sahsiah, kepimpinan, dan akademik berteraskan nilai Islam.

- Anak anda berpeluang menjadi sebahagian daripada angkatan awal yang menikmati transisi berimpak tinggi ini!

๐Ÿšจ TEMPAT ADALAH TERHAD! Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar Sesi 2027 sebelum kuota penuh.

๐Ÿ“ฒ Daftar Sekarang:
๐ŸŒ Laman Web: https://al-ikram.edu.my
๐Ÿ“ž Hubungi: 04-573 2622

NADWAH SMI MUSLEH 2026TINGKATAN 4Bertemakan "ููŽุงุณู’ุชูŽุจูู‚ููˆุง ุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑูŽุงุชู" (Berlumba-lumbalah melakukan kebaikan), MUSLEH ...
10/08/2026

NADWAH SMI MUSLEH 2026
TINGKATAN 4

Bertemakan "ููŽุงุณู’ุชูŽุจูู‚ููˆุง ุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑูŽุงุชู" (Berlumba-lumbalah melakukan kebaikan), MUSLEH Integrated Education Berhad dengan kerjasama Kader Duat MUSLEH akan menganjurkan Nadwah MUSLEH 2026 Tingkatan 4, sebuah program pembangunan kepimpinan dan fikrah yang menghimpunkan para pelajar Tingkatan 4 daripada rangkaian sekolah MUSLEH.

๐Ÿ“… 31 Julai โ€“ 2 Ogos 2026
๐Ÿ“ D'Village Ayer Keroh, Melaka

Sepanjang tiga hari program, para peserta akan mengikuti sesi perkongsian daripada para muwajjih yang berpengalaman merangkumi tema-tema seperti:

* Kompas Seorang Khalifah
* Seni dalam Menyampaikan
* Seni Mengubah Manusia
* Bicara Dunia Islam Kini
* Izzahnya Menjadi Murabbi Memimpin

Peserta daripada SMI AI-Ikram
1. Norhamizan Hafiy Bin Norhaizan
2. Muhammad Hanif Hafizi Bin Hisyammuddin
3. Nur Ariff Husaini Bin Muhammad Firdaus
4. Harithuddin Bin Khairul Anuar
5.Jannati Binti Abu Talib
6. Nur Zahidah BInti Mohd Mahyadin
7. Amani Insyirah Binti Mohd Irwan Fazri

Semoga Nadwah MUSLEH 2026 menjadi wadah melahirkan generasi murabbi, pemimpin dan pendakwah yang berilmu, berakhlak serta bersedia memimpin ummah pada masa hadapan.

.

[๐€๐‹๐‡๐€๐Œ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ๐‹๐‹๐€๐‡, ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ '๐€๐๐—๐ˆ๐„๐“๐˜ ๐…๐ˆ๐‘๐’๐“ ๐€๐ˆ๐ƒ' ๐๐„๐‘๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘! ๐ŸŒฟ]Selamat pagi semua!Semalam, bertempat di Pusat Pendidikan...
09/08/2026

[๐€๐‹๐‡๐€๐Œ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ๐‹๐‹๐€๐‡, ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ '๐€๐๐—๐ˆ๐„๐“๐˜ ๐…๐ˆ๐‘๐’๐“ ๐€๐ˆ๐ƒ' ๐๐„๐‘๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘! ๐ŸŒฟ]

Selamat pagi semua!Semalam, bertempat di Pusat Pendidikan Al-Ikram, telah berlangsung Siri Mekar 1.0 yang bertajuk "Anxiety First Aid: Pertolongan Cemas untuk Kebimbangan".

Program yang dikendalikan oleh pakar kesihatan mental dan kaunseling, Dr. Adnan bin Omar, telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada para peserta yang hadir awal.Kenali, fahami, dan urus anxiety dengan sihat.

Melalui program ini, beberapa objektif utama telah berjaya dicapai:Fahami Maklumat: Peserta dapat memahami maksud sebenar anxiety serta tanda-tandanya dengan jelas.Kuasai Teknik: Peserta mempelajari teknik pertolongan cemas emosi yang praktikal untuk mengatasi kebimbangan.

Strategi Pengurusan: Peserta dibimbing dengan strategi mengurus emosi dan fikiran secara sihat dalam kehidupan seharian.Akses Bantuan: Peserta kini tahu bila dan kepada siapa mereka perlu mendapatkan bantuan profesional.

Peserta bertuah yang mendaftar terawal juga telah membawa pulang Anxiety First Aid Kit khas sebagai panduan harian untuk bertenang, bernafas, dan kekal positif menggunakan teknik seperti Grounding 5-4-3-2-1.

Terima kasih diucapkan kepada Dr. Adnan bin Omar, barisan urus setia Ikram Muda Pulau Pinang, dan semua peserta yang komited demi kesihatan mental yang lebih baik."Hidup Lebih Tenang Bersama Allah" ๐Ÿค

#๐ˆ๐ค๐ซ๐š๐ฆ๐Œ๐ฎ๐๐š๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐  #๐’๐ข๐ซ๐ข๐Œ๐ž๐ค๐š๐ซ #๐€๐ง๐ฑ๐ข๐ž๐ญ๐ฒ๐…๐ข๐ซ๐ฌ๐ญ ๐€๐ข๐ #๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฅ #๐”๐ซ๐ฎ๐ฌ๐„๐ฆ๐จ๐ฌ๐ข #๐Š๐ž๐ง๐š๐ฅ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข

USRAH GABUNGAN: NADWAH TALK[Sektor Tarbiah]Tarikh: 6 Ogos 2026 (Khamis)Tempat: Dewan Seminar, SMI Al-Ikram Masa: 9:45 - ...
07/08/2026

USRAH GABUNGAN: NADWAH TALK
[Sektor Tarbiah]

Tarikh: 6 Ogos 2026 (Khamis)
Tempat: Dewan Seminar, SMI Al-Ikram
Masa: 9:45 - 10:45 pagi
Anjuran: Unit Wasilah Tarbiah Sektor Tarbiah bersama peserta Nadwah Musleh 2026

Program Nadwah Talk ini adalah salah satu aktiviti tarbiah yang berkonsepkan podcast bertujuan untuk memberikan pengisian kepada pelajar tentang pengalaman dan pengajaran yang peserta program Nadwah Musleh dapati sepanjang program di D'Village Ayer Keroh Resort & Bandar Hilir Melaka.

๐Ÿน SYABAS & TAHNIAH PASUKAN MEMANAH SMI AL-IKRAM! ๐Ÿ†Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Memana...
03/08/2026

๐Ÿน SYABAS & TAHNIAH PASUKAN MEMANAH SMI AL-IKRAM! ๐Ÿ†

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Memanah SMI Al-Ikram atas kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Memanah Tradisional Sekolah Menengah Agama Pulau Pinang 2026.

Pencapaian yang membanggakan:
๐Ÿฅ‡ Johan Kategori Lelaki Individu
Muhammad Zaim Irsyad

๐Ÿ† Johan Kategori Kumpulan Lelaki
SMI Al-Ikram

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, disiplin yang tinggi, latihan yang berterusan serta semangat juang yang luar biasa daripada para atlet, jurulatih dan semua pihak yang terlibat.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMI Al-Ikram untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Teruskan melakar kejayaan, mengharumkan nama sekolah dan menjadi contoh kepada generasi akan datang.

๐Ÿ“ข ๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ช๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ฏ: ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐’€๐‘จ ๐‘ท๐‘ถ๐‘น๐‘ต๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ญ๐‘ฐ & ๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฒ ๐‘ซ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฐ๐‘จ ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘บ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฑ๐‘จ๐’€๐‘จ๐‘ต๐’€๐‘จAlhamdulillah, pada hari Khamis...
31/07/2026

๐Ÿ“ข ๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ช๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ฏ: ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐’€๐‘จ ๐‘ท๐‘ถ๐‘น๐‘ต๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ญ๐‘ฐ & ๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฒ ๐‘ซ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฐ๐‘จ ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘บ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฑ๐‘จ๐’€๐‘จ๐‘ต๐’€๐‘จ

Alhamdulillah, pada hari Khamis, 30 Julai 2026, telah berlangsung Ceramah Bahaya Pornografi & Bijak Dunia Siber bertempat di Sekolah Menengah Al-Ikram. Program ini telah disampaikan oleh Encik Khairilazhar Karim, Pengerusi Malaysians Against Po*******hy (MAP) Pulau Pinang.

Sepanjang sesi ceramah, para pelajar telah didedahkan dengan realiti ancaman pornografi, kesan buruk terhadap akhlak, emosi dan masa depan, serta kepentingan mengamalkan etika dan keselamatan ketika menggunakan internet dan media sosial. Penyampaian yang jelas dan interaktif telah memberi kesedaran kepada para peserta tentang pentingnya menjaga maruah diri serta menjadi pengguna digital yang bertanggungjawab.

๐ŸŽฏ Objektif Program:

1) Meningkatkan kesedaran pelajar tentang bahaya pornografi terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

2) Memberi pendedahan mengenai cara menggunakan internet dan media sosial secara berhemah, selamat serta bertanggungjawab.

3) Memupuk nilai menjaga maruah diri, akhlak dan integriti dalam menghadapi cabaran dunia digital.

4) Melahirkan generasi yang celik digital, berfikiran kritis dan mampu membuat keputusan yang bijak ketika berhadapan dengan kandungan dalam talian.

Semoga segala ilmu dan pengisian yang diperoleh dapat dijadikan panduan dalam membentuk peribadi Muslim yang berakhlak mulia, berdisiplin serta mampu memanfaatkan teknologi ke arah perkara yang diredai Allah.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Khairilazhar Karim atas perkongsian yang amat bermanfaat, serta kepada semua warga sekolah yang telah menjayakan program ini.

"๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ. ๐—Ÿ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ถ ๐——๐—ถ๐—ฟ๐—ถ. ๐—•๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ถ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ถ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ." ๐ŸŒโœจ

๐ŸŒŸ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐–๐€๐’ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐๐€๐€๐ ๐’๐Œ๐ˆ ๐€๐‹-๐ˆ๐Š๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐ŸŒŸ๐Ÿ“… ๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง | ๐Ÿ๐Ÿ• ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ•ข ๐Ÿ•.๐Ÿ’๐Ÿ“ ๐ฉ๐š๐ ๐ข๐Ÿ“ ๐’๐ฎ๐ซ๐š๐ฎ ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐๐ž๐ง...
30/07/2026

๐ŸŒŸ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐–๐€๐’ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐๐€๐€๐ ๐’๐Œ๐ˆ ๐€๐‹-๐ˆ๐Š๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐ŸŒŸ

๐Ÿ“… ๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง | ๐Ÿ๐Ÿ• ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐Ÿ•ข ๐Ÿ•.๐Ÿ’๐Ÿ“ ๐ฉ๐š๐ ๐ข
๐Ÿ“ ๐’๐ฎ๐ซ๐š๐ฎ ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐€๐ฅ-๐ˆ๐ค๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ 

"Pemimpin yang hebat bermula dengan amanah yang dipikul dan akhlak yang dibentuk."

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perlantikan Pengawas Percubaan SMI Al-Ikram Sesi 2026/2027 pada Isnin, 27 Julai 2026 di Surau Pusat Pendidikan Al-Ikram Pulau Pinang.

Majlis ini merupakan satu detik penting dalam usaha melahirkan barisan kepimpinan pelajar yang berwibawa, berdisiplin serta mampu menjadi contoh terbaik kepada seluruh warga sekolah. Pelantikan sebagai pengawas percubaan bukan sekadar satu pengiktirafan, malah merupakan amanah yang menuntut komitmen, integriti dan kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Semoga para pengawas percubaan yang dilantik dapat memanfaatkan peluang ini untuk mengasah bakat kepimpinan, meningkatkan sahsiah diri serta melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.

๐ŸŽฏ Objektif Majlis

๐Ÿ”น Memberikan pengiktirafan rasmi kepada murid yang dipilih sebagai Pengawas Percubaan SMI Al-Ikram bagi sesi 2026/2027.
๐Ÿ”น Memupuk nilai kepimpinan, disiplin, amanah dan tanggungjawab dalam kalangan pelajar.
๐Ÿ”น Membentuk barisan pengawas yang berakhlak mulia, berintegriti dan mampu menjadi contoh teladan kepada warga sekolah.
๐Ÿ”น Meningkatkan semangat kerjasama dan kesediaan pelajar dalam membantu pihak sekolah mewujudkan persekitaran yang kondusif, selamat dan harmoni.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua Pengawas Percubaan yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas amanah ini. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kebijaksanaan kepada kalian dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan serta menjadi pemimpin yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan akhlak.

"Kepimpinan Berteraskan Ilmu, Amanah Dipandu Akhlak."

#๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ฅ๐ˆ๐ค๐ซ๐š๐ฆ #๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง๐€๐ฅ๐ˆ๐ค๐ซ๐š๐ฆ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐  #๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐๐ž๐ซ๐œ๐ฎ๐›๐š๐š๐ง๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• #๐Š๐ž๐ฉ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง๐š๐ง๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ #๐’๐š๐ก๐ฌ๐ข๐š๐ก๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ #๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ก๐ข๐ซ๐ค๐š๐ง๐๐ž๐ฆ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง๐Œ๐š๐ฌ๐š๐‡๐š๐๐š๐ฉ๐š๐ง

Address

4360, Mk. 12, Jalan Pokok Machang
Tasek Gelugor
13300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Islam Al-Ikram, Tasek Gelugor, Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Islam Al-Ikram, Tasek Gelugor, Pulau Pinang:

Shortcuts

Share