KAFA SAR ABU BAKAR LABUH BANTING

KAFA SAR ABU BAKAR LABUH BANTING FACEBOOK RASMI SAR ABU BAKAR LABUH BANTING

πŸ“… 17 Mac 2026 | 27 RamadanπŸ“· Majlis Berbuka Puasa, Sumbangan Asnaf dan Duit Raya &  Solat Terawih BerjemaahAlhamdulillah,...
18/03/2026

πŸ“… 17 Mac 2026 | 27 Ramadan
πŸ“· Majlis Berbuka Puasa, Sumbangan Asnaf dan Duit Raya & Solat Terawih Berjemaah

Alhamdulillah, majlis telah berlangsung dengan lancar dan penuh keberkatan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga setiap sumbangan dan usaha menjadi asbab kebaikan serta diberkati Allah SWT.

Kepada para penerima sumbangan, semoga ia dapat meringankan beban dan membawa kegembiraan.

πŸŒ™βœ¨ Semoga Ramadan ini terus dipenuhi rahmat dan keberkatan βœ¨πŸŒ™

πŸ“… 16 Mac 2026 | 26 Ramadan 1447πŸ“· Majlis Khatam Al-QuranAlhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat A...
17/03/2026

πŸ“… 16 Mac 2026 | 26 Ramadan 1447
πŸ“· Majlis Khatam Al-Quran

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita dapat menghidupkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini dengan amalan tadarus Al-Quran.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pelajar yang telah menyertai tadarus sepanjang bulan Ramadan. Kesungguhan, kehadiran dan istiqamah kalian dalam membaca Al-Quran setiap hari adalah satu usaha yang amat membanggakan.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada para pelajar yang terpilih untuk mengkhatamkan Al-Quran. Kejayaan ini bukan sekadar satu pencapaian, tetapi satu permulaan untuk terus menjadikan Al-Quran sebagai sahabat dalam kehidupan.

Sekalung penghargaan juga kepada para guru yang telah membimbing dengan penuh kesabaran dan keikhlasan sepanjang program ini berlangsung.

πŸŒ™βœ¨ Tahniah & Syabas kepada semua peserta tadarus dan pelajar khatam Al-Quran βœ¨πŸŒ™
Semoga terus istiqamah bersama Al-Quran 🀍

πŸ“… 27 Februari 2026 | 09 Ramadan πŸ“· Majlis Penyerahan Slip Keputusan UPKK 2025Alhamdulillah, Majlis Penyerahan Slip Keputu...
27/02/2026

πŸ“… 27 Februari 2026 | 09 Ramadan
πŸ“· Majlis Penyerahan Slip Keputusan UPKK 2025

Alhamdulillah, Majlis Penyerahan Slip Keputusan UPKK 2025 telah berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para murid atas usaha dan kesungguhan mereka sepanjang menduduki peperiksaan UPKK.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon atas pencapaian yang diperoleh. Kejayaan ini adalah hasil daripada doa, usaha yang berterusan serta sokongan padu daripada ibu bapa dan para guru.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang. Bagi yang belum mencapai sasaran, teruskan berusaha dan jangan berputus asa kerana setiap usaha pasti ada ganjarannya.

Sekalung penghargaan juga buat semua guru dan ibu bapa yang sentiasa membimbing serta mendoakan kejayaan anak-anak.

🌟 Tahniah Calon UPKK 2025! 🌟

Selamat Berpuasa Semua 😊
18/02/2026

Selamat Berpuasa Semua 😊

16/02/2026
πŸ“… 25 Syaaban 1447H | 13 Januari 2026πŸ“Έ Program Ceramah Ambang Ramadan 2026Alhamdulillah, majlis Ceramah Ambang Ramadan te...
15/02/2026

πŸ“… 25 Syaaban 1447H | 13 Januari 2026
πŸ“Έ Program Ceramah Ambang Ramadan 2026

Alhamdulillah, majlis Ceramah Ambang Ramadan telah berlangsung dengan jayanya. Program ini diadakan sebagai persediaan rohani dalam menyambut kehadiran bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Hadi, yang menyentuh tentang kepentingan membersihkan hati, memperbaiki amalan serta merebut peluang keampunan dan rahmat Allah SWT sepanjang Ramadan.

Semoga segala perkongsian yang disampaikan memberi manfaat dan menjadi asbab perubahan ke arah yang lebih baik.

πŸ“… 07 Syaaban 1447H | 26 Januari 2026πŸ“Έ Barisan Jawatankuasa Kepimpinan PelajarTahniah Diucapkan!
26/01/2026

πŸ“… 07 Syaaban 1447H | 26 Januari 2026
πŸ“Έ Barisan Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar

Tahniah Diucapkan!

πŸ“… 07 Syaaban 1447H | 26 Januari 2026πŸ“Έ Majlis Perlantikan Jawatankuasa Kepimpinan PelajarTahniah kepada semua pelajar yan...
26/01/2026

πŸ“… 07 Syaaban 1447H | 26 Januari 2026
πŸ“Έ Majlis Perlantikan Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar

Tahniah kepada semua pelajar yang telah dilantik sebagai pengawas sekolah, pusat sumber dan surau!

Semoga tanggungjawab ini menjadi langkah pertama dalam membentuk akhlak mulia, disiplin, dan kepimpinan.

Semoga kalian dapat menjadi contoh yang baik kepada rakan-rakan dan sentiasa menjunjung tinggi amanah yang diberikan.

πŸ“… 22-23 Rejab 1447H | 12-13 Januari 2026πŸ“Έ Pendaftaran Pelajar Sesi 2026Alhamdulillah, pendaftaran pelajar bagi Sesi 2026...
13/01/2026

πŸ“… 22-23 Rejab 1447H | 12-13 Januari 2026
πŸ“Έ Pendaftaran Pelajar Sesi 2026

Alhamdulillah, pendaftaran pelajar bagi Sesi 2026 telah berlangsung dengan lancar.

Selamat kembali diucapkan kepada pelajar sedia ada dan selamat datang kepada pelajar baharu.
Semoga setiap langkah kecil hari ini menjadi permulaan besar dalam membina generasi berilmu, beradab dan berakhlak mulia.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan ibu bapa terhadap KAFA SAR ABU BAKAR LABUH BANTING

25/12/2025

Vlog Program Tahunan 2025
KAFA SAR ABU BAKAR LABUH BANTING

Ucapan Terima KasihPihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa Ziyad Na...
05/09/2025

Ucapan Terima Kasih

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa Ziyad Naufal dan Qhalif Naufal atas sumbangan alat permainan untuk kegunaan para pelajar KAFA SAR Abu Bakar, Labuh Banting.

Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada ibu bapa Yara Hafiya, Aisy Aqil, Raid Raziq dan Khalisy Darwisy yang telah menyumbangkan makanan serta minuman bagi menjayakan Program Kayuhan Merdeka baru-baru ini.

Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang masih terus menyalurkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit. Segala sumbangan akan dimanfaatkan sebaik mungkin demi memastikan keselamatan dan keselesaan anak-anak KAFA.

Semoga segala jasa baik dan kemurahan hati ini mendapat ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah SWT serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ibu bapa dan guru. Insya-Allah. Jazakumullahu khairan kathīrā.

Address

Tasek Gelugor
13300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA SAR ABU BAKAR LABUH BANTING posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share