05/08/2026
๐ค SESI PERBINCANGAN USAHASAMA PENGKOMERSIALAN PRODUK KIT LATIHAN WINDFAR ENERGY
๐
4 Ogos 2026 (Selasa)
TVETMARA Seberang Perai Utara telah mengadakan Sesi Perbincangan Usahasama Pengkomersialan Produk Kit Latihan WINDFAR Energy bersama GOTT Sdn. Bhd. dan Vocapps Sdn. Bhd. bagi membincangkan hala tuju strategik pengkomersialan inovasi serta memperkukuh kerjasama antara institusi TVET, industri dan MARA.
Program dimulakan dengan lawatan ke GOTT Sdn. Bhd., Batu Kawan, yang memberi fokus kepada aspek pembangunan produk, kos pengeluaran serta struktur harga.
Seterusnya, sesi diteruskan di TVETMARA Seberang Perai Utara bersama Vocapps Sdn. Bhd. bagi membincangkan model pengkomersialan, pemindahan teknologi, perlindungan harta intelek (IP), cadangan Memorandum Perjanjian (MOA) serta pelan tindakan pelaksanaan.
Turut hadir menjayakan sesi ini ialah wakil Bahagian Perancangan Strategik (BPS) MARA, Puan Hazlina binti Jaafar (Timbalan Pengarah) dan Puan Zarina binti Fauzi (Ketua Penolong Pengarah), serta wakil Bahagian Kemahiran & Teknikal (BKT) MARA, En. Muhammad Hazeem bin Haris (Penolong Pengarah).
Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin kepada penghasilan ekosistem inovasi yang mampan, sekali gus membuka lebih banyak peluang pengkomersialan produk serta memberi impak positif kepada pembangunan pendidikan TVET dan industri negara.