07/08/2026
π° Utusan Malaysia | 7 Ogos 2026
Tebatan Banjir Bukan Jaminan Bebas Bencana
Walaupun pelbagai projek tebatan banjir sedang dilaksanakan di seluruh negara, kita perlu memahami bahawa mitigasi banjir bertujuan mengurangkan risiko, bukannya menghapuskan banjir sepenuhnya. Perubahan iklim, hujan ekstrem dan pembangunan pesat terus meningkatkan cabaran dalam pengurusan risiko banjir.
Prof. Madya Gs. Dr. Tan Mou Leong, dariUniversiti Sains Malaysia (USM) dan Presiden Persatuan Geografi Malaysia (GeogMalaysia), menekankan bahawa pengurusan banjir pada masa hadapan perlu diperkukuh melalui:
β
Perancangan berasaskan risiko dan unjuran perubahan iklim.
β
Penambahbaikan infrastruktur secara berterusan mengikut keperluan semasa.
β
Pengintegrasian teknologi geospatial, data satelit, kecerdasan buatan (AI), sistem ramalan dan amaran awal bagi menyokong perancangan serta membuat keputusan yang lebih berkesan.
β
Pengurusan lembangan sungai secara bersepadu melalui kerjasama pelbagai agensi.
Pengurusan banjir yang berkesan bukan sekadar membina lebih banyak infrastruktur, tetapi memerlukan perancangan berasaskan sains, data dan teknologi bagi meningkatkan daya tahan negara terhadap risiko bencana.
GeogMalaysia merakamkan penghargaan kepada Utusan Malaysia atas liputan yang diberikan dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengurusan risiko bencana yang mampan.