SK Pokok Tampang

SK Pokok Tampang SK Pokok Tampang
"Itqan & Istiqamah"

13/08/2026

📌PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN ANTI BULI 2026

Tarikh : 13/08/2026 (Khamis)
Tempat : Dewan Arena Aspirasi, SKPT

Anjuran:
Unit HEM di bawah kelolaan Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin
SK Pokok Tampang

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Pendidikan Pencegahan Anti Buli 2026 bersama Encik Rafi bin Radzi, Pegawai Psikologi, Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar, Butterworth.

Program ini memberi pendedahan kepada murid Tahun 3–6 tentang kesedaran terhadap isu buli, kepentingan membuat pilihan yang baik serta membina persekitaran sekolah yang selamat, positif dan sejahtera. 💙

Semoga perkongsian yang diberikan menjadi panduan kepada murid untuk sentiasa menghormati, menyayangi dan menjaga antara satu sama lain.

Terima kasih kepada penceramah serta semua pihak yang menjayakan program ini.

Alhamdulillah..
12/08/2026

Alhamdulillah..

11/08/2026
09/08/2026

📚 HARI PELAPORAN PBD TAHUN 1 HINGGA 6

📅 Tarikh: 30 Julai 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 11.00 pagi – 1.00 tengah hari
👨‍👩‍👧‍👦 Sasaran: Ibu bapa dan penjaga murid Tahun 1 hingga Tahun 6

Program ini memberi ruang kepada ibu bapa dan guru untuk berkongsi perkembangan, pencapaian serta kemajuan pembelajaran murid.

Terima kasih atas kerjasama dan komitmen semua ibu bapa dalam menyokong kecemerlangan anak-anak. 🌷

📣📣MAKLUMAN PENEMPATAN TAHUN SATU SESI AKADEMIK 2027Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Untuk makluman semua pihak, keput...
08/08/2026

📣📣MAKLUMAN PENEMPATAN TAHUN SATU SESI AKADEMIK 2027

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua pihak, keputusan penempatan ke Tahun Satu bagi Sesi Kalendar Akademik 2027 boleh disemak mulai 1 Ogos 2026 di laman web https://idme.moe.gov.my

Kepada ibu bapa yang mendaftarkan anak untuk Tahun 1 sesi 2027 di SK Pokok Tampang dan permohonan BERJAYA, anda dikehendaki:

📌MENCETAK surat tawaran penempatan Tahun 1.

📌SERAHKAN surat tawaran penempatan Tahun 1 di pejabat sekolah SK Pokok Tampang ( waktu pejabat sahaja ) SEBELUM 30 SEPTEMBER 2026

📌Ibu bapa adalah PERLU mencetak dan menyimpan surat kelulusan tersebut sebagai rujukan dan simpanan sendiri untuk kegunaan pada masa akan datang. Ini kerana sistem idMe tidak lagi menyimpan surat tawaran penempatan setelah sistem ditutup. Oleh itu, ibu bapa perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Unit HEM
SK Pokok Tampang

📣Makluman pentingPihak sekolah memohon maaf di atas segala kesulitan.
07/08/2026

📣Makluman penting

Pihak sekolah memohon maaf di atas segala kesulitan.

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2027 akan dibuka bagi murid Tingkatan 1...
05/08/2026

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2027 akan dibuka bagi murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Permohonan boleh dibuat mulai 10 Julai hingga 14 Ogos 2026 melalui pautan berikut:

1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my

2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm

Tarikh Penting:
📌 Semakan pusat PKSK: 11 September – 22 Oktober 2026
📌 PKSK Tingkatan 4: 21 September – 1 Oktober 2026
📌 PKSK Tingkatan 1: 12 – 22 Oktober 2026

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”







3. Calon dari sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

Tarikh : 03/08/2026Hari : Isnin🏆Penyampaian Anugerah Kelas Kehadiran Tertinggi dan Anugerah Kelas Terbersih bagi bulan J...
04/08/2026

Tarikh : 03/08/2026
Hari : Isnin

🏆Penyampaian Anugerah Kelas Kehadiran Tertinggi dan Anugerah Kelas Terbersih bagi bulan Julai 2026 disampaikan oleh Guru Besar SK Pokok Tampang,Tuan Haji Roslan bin Othman.

🎉Tahniah dan syabas diucapkan kepada kelas-kelas tersebut.


💻 KUIZ DIGITAL SIRI ASPIRASI BADAN BERUNIFORM PERINGKAT KEBANGSAANPada 10 Julai 2026 (Jumaat), murid Tahun 5 dan Tahun 6...
03/08/2026

💻 KUIZ DIGITAL SIRI ASPIRASI BADAN BERUNIFORM PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 10 Julai 2026 (Jumaat), murid Tahun 5 dan Tahun 6 SK Pokok Tampang telah menyertai Kuiz Digital Siri Aspirasi Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Makmal Komputer 1 dan Makmal Komputer 2.

Penyertaan ini memberi peluang kepada murid menambah ilmu, menguji pengetahuan serta memupuk semangat daya saing dalam suasana pembelajaran yang interaktif.

Syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah mengambil bahagian! 👏

🏆 Tahniah! 🏆Syabas kepada wakil Prasekolah SK Pokok Tampang atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Futsal...
03/08/2026

🏆 Tahniah! 🏆

Syabas kepada wakil Prasekolah SK Pokok Tampang atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Futsal Prasekolah Peringkat Negeri yang telah berlangsung pada 30 Julai 2026.

⚽ Wakil Murid:
Muhammad Nadeem Rizhan bin Muhammad Nasrul (6 Tahun)

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah.

Address

Jalan Kg Pengkalan Batu
Tasek Gelugor
13300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Pokok Tampang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category