Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4 Tapah Perak

Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4 Tapah Perak Lokasi Tambahan Darul Quran JAKIM ● Program Smart Track SPM ● Pusat MUET ● Persijilan Pra-Syahadah Yayasan ADDIN ● Integrasi Ummah Interprise

Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN Tapah (LTDQ). Merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang telah beroperasi lebih 15 tahun. antara kursus yang ditawarkan :

Pendidikan Menegah Tingkatan 4 & 5 ( SPM & Thanawi)

Diploma Tahfiz al-Quran & Qiraat.

12/08/2026

📖 JEJAK ALUMNI DARUL QURAN JAKIM | SIRI 2

4️⃣ Dato’ Sheikh Mohammad Nor bin Mansor Al-Hafiz — Alumni 1970/1973

JEJAK YANG PANJANG, SUMBANGAN YANG BERMAKNA

Ada alumni yang jejaknya bukan sekadar panjang, tetapi turut meninggalkan kesan dalam perkembangan institusi agama dan perkhidmatan Islam.

Dato’ Sheikh Mohammad Nor bin Mansor Al-Hafiz, Alumni Darul Quran sesi 1970/1973, berasal dari Hutan Melintang, Perak.

Selepas menamatkan pengajian di Darul Quran, beliau meneruskan pengajian di Shoubra, Mesir.

Perjalanan kerjayanya merangkumi pelbagai amanah, antaranya sebagai Imam Besar Masjid Negeri Perak, Ketua Unit Kariah dan Ketua Penolong Pengarah dalam bidang masjid dan dakwah di Jabatan Agama Islam Perak.

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan seterusnya sebagai Penasihat Agama, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Sebuah perjalanan yang mencerminkan kesinambungan ilmu, pengalaman dan khidmat kepada ummah.

✨ Dari generasi awal Darul Quran, lahir tokoh yang terus menabur bakti.

Inilah Jejak Alumni Darul Quran JAKIM.






24/07/2026

YAYASAN ADDIN RAIKAN KEPULANGAN PELAJAR PRAKTIKAL UIN MAHMUD YUNUS BATUSANGKAR, PERKUKUH JALINAN PENDIDIKAN ISLAM MALAYSIA-INDONESIA

IPOH, 23 Julai 2026 – Yayasan ADDIN telah menganjurkan Majlis Pemulangan Pelajar-Pelajar Praktikal dari Universitas Islam Negeri (UIN) Mahmud Yunus Batusangkar, Indonesia sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas sumbangan serta komitmen tujuh orang pelajar universiti berkenaan yang telah selesai menjalani praktikal di bawah seliaan Yayasan ADDIN.

Majlis yang berlangsung pada jam 8.15 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pendidikan Yayasan ADDIN itu diadakan bagi meraikan para pelajar yang telah selesai melaksanakan penempatan praktikal di beberapa buah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN.

Berita penuh di ruangan komen.

23/07/2026

Alhamdulillah, seramai 34 orang pelajar daripada empat buah Pusat Pembelajaran Bertauliah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTQ) ADDIN telah berjaya lulus Ujian Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) Sesi 1 Tahun 2026 yang diumumkan pada 22 Julai 2026.

Berita penuh di ruangan komen.

21/07/2026
21/07/2026
21/07/2026

40 GURU AL-QURAN YAYASAN ADDIN TERIMA SIJIL KEBENARAN MENGAJAR AL-QURAN NEGERI PERAK BAGI SESI 2026–2028

IPOH, 20 Julai 2026 – Seramai 40 guru al-Quran di bawah Yayasan ADDIN telah menerima Sijil Kebenaran Mengajar al-Quran Negeri Perak bagi sesi 2026–2028 dalam satu majlis penyampaian sijil yang dianjurkan oleh Jabatan M***i Negeri Perak.

Sijil berkenaan telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Dato' Haji Zamri bin Hashim, Timbalan M***i Negeri Perak, sebagai pengiktirafan rasmi kepada para guru yang telah memenuhi syarat, kelayakan dan ketetapan yang ditetapkan bagi mengajar al-Quran di Negeri Perak.

Maklumat lanjut: https://shorturl.at/5Sg0J

20/07/2026
08/07/2026

TAPAH, 8 Julai 2026 – Bahagian Pendidikan Yayasan ADDIN dan Bahagian Pengurusan Yayasan ADDIN telah mengadakan penaziran dan pemeriksaan fail guru-guru di LTDQ ADDIN Tapah bagi memastikan pengurusan akademik serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berada pada tahap yang cemerlang dan mematuhi standard yang ditetapkan.

Penaziran meliputi semakan fail pengurusan guru, rekod PdP serta dokumentasi akademik. Selain itu, turut diadakan sesi perbincangan bersama pihak pentadbiran sekolah bagi membincangkan isu-isu semasa yang berbangkit, termasuk aspek pengurusan, akademik, disiplin dan cadangan penambahbaikan demi meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Program ini mencerminkan komitmen Bahagian Pendidikan Yayasan ADDIN dan Bahagian Pengurusan Yayasan ADDIN dalam memperkukuh budaya kerja berkualiti, meningkatkan profesionalisme warga pendidik serta memastikan setiap institusi di bawah Yayasan ADDIN terus mencapai kecemerlangan secara berterusan.

01/07/2026

Address

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN 4, KAMPUNG Jalan KACHU
Tapah
35000

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:00
Tuesday 08:00 - 14:00
Wednesday 08:00 - 14:00
Thursday 08:00 - 14:00
Friday 08:00 - 12:30

Telephone

+6054018199

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4 Tapah Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4 Tapah Perak:

Shortcuts

Share