Pembangunan Kompleks Diploma LTDQ ADDIN Perak

Pembangunan Kompleks Diploma LTDQ ADDIN Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pembangunan Kompleks Diploma LTDQ ADDIN Perak, School, Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN Tapah, Tapah.

07/02/2024
29/01/2024

29 JANUARI 2024 | ISNIN | SPM DAY 1

Ujian mendengar Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris (Kertas 4)

Selamat berjuang buat anak2 MTQ ADDIN TAPAH dan buat semua anak-anak yang menduduki peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini.

Semoga dipermudahkan segala urusan, diterangkan hati untuk menjawab semua soalan dengan baik, diberikan kelancaran ketika menjawab, diberikan kesihatan yang baik sepanjang minggu peperiksaan dan seterusnya dikurniakan kejayaan buat semua.

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin
In Shaa Allah ❤️

ALL THE BEST!


24/01/2024
23/01/2024

ZAKAT MERUPAKAN FARDHU AIN

1. Amalan berzakat boleh membiasakan diri pengeluarnya supaya bersifat pemurah dan s**a mengerjakan ibadah qurban. Amalan itu juga boleh membuang sifat kedekut dan unsur-unsur bakhil.

2. Zakat boleh menguatkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang antara pengeluar zakat dengan orang lain. Apabila kesedaran ini wujud dalam masyarakat, setiap orang Islam mampu menunaikan kewajipan mengeluarkan zakat kepada pihak yang berhak menerimanya.

3. Zakat merupakan cara yang dapat membersihkan hati daripada sifat-sifat keji yang memberi kesan kepada masyarakat, iaitu sifat berdendam, iri hati dan hasad dengki. Walau bagaimanapun, sifat tersebut akan menjadi barah dalam masyarakat jika tiada lagi sifat berkasih sayang, tolong-menolong dan saling bersimpati.

4. Amalan berzakat dapat mencapai keimanan yang sempurna. Rasulullah SAW bersabda, “Salah seorang di antara kalian tidaklah beriman (dengan iman sempurna) sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri”(HR. Bukhari: 13).

5. Amalan berzakat dapat menenangkan hati. Berzakat melatih umat Islam untuk ikhlas dalam menunaikannya. Jika dilakukan dengan ikhlas dan tanpa paksaaan, ianya memberikan ketenangan hati kepada pembayarnya.

Semoga dengan kita memahami hikmah dan rahsia pensyariatan zakat menjadikan kita benar-benar faham erti zakat dan faedah disebalik zakat tersebut.

21/01/2024

JOM TUNAIKAN ZAKAT DI MTQ ADDIN TAPAH

Maahad kami mendapat lantikan rasmi sebagai Wakil Amil Zakat Institusi oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

50% dari zakat yang dikeluarkan akan dikembalikan ke maahad untuk pengurusan pengajian anak-anak asnaf di maahad. Resit rasmi dari MAIPk ini layak untuk mendapat pelepasan cukai.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh tekan link di bawah :

www.wasap.my/+60189061617/nakbayarzakat

21/01/2024

Address

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN Tapah
Tapah
44300

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:00
Tuesday 08:00 - 14:00
Wednesday 08:00 - 14:00
Thursday 08:00 - 14:00
Friday 08:00 - 12:30

Telephone

+60172731692

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pembangunan Kompleks Diploma LTDQ ADDIN Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pembangunan Kompleks Diploma LTDQ ADDIN Perak:

Shortcuts

Share

Category