Affiliateproxpert การตลาดพันธมิตรโปร

  • Home
  • Malaysia
  • Tapah
  • Affiliateproxpert การตลาดพันธมิตรโปร

Affiliateproxpert การตลาดพันธมิตรโปร Pasti Kawasan Tapah

Jom Infaqqq😊
12/10/2024

Jom Infaqqq😊

𝙋𝙖𝙨𝙩𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙙𝙖 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖𝙣 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙞𝙣𝙛𝙖𝙠 𝙞𝙣𝙞...

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sokongan anda semua, sebahagian besar dana untuk membeli van PASTI bagi manafaat pendidikan warga PASTI telah berjaya dikumpulkan. Namun, 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐌𝟑𝟎,𝟎𝟎𝟎 untuk mencukupkan dana ini.

Para dermawan semua dirayu untuk bersama-sama menyumbang dalam usaha murni ini. Setiap ringgit yang anda sumbangkan akan membawa manfaat besar kepada masa depan generasi kita.

Allah SWT berfirman:

“𝑷𝒆𝒓𝒖𝒎𝒑𝒂𝒎𝒂𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒂𝒇𝒌𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒓𝒕𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒊 𝒋𝒂𝒍𝒂𝒏 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒆𝒑𝒆𝒓𝒕𝒊 𝒔𝒆𝒃𝒖𝒕𝒊𝒓 𝒃𝒆𝒏𝒊𝒉 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒖𝒎𝒃𝒖𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒕𝒖𝒋𝒖𝒉 𝒕𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒊, 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒕𝒊𝒂𝒑-𝒕𝒊𝒂𝒑 𝒕𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒊 𝒔𝒆𝒓𝒂𝒕𝒖𝒔 𝒃𝒊𝒋𝒊. 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒍𝒊𝒑𝒂𝒕𝒈𝒂𝒏𝒅𝒂𝒌𝒂𝒏 (𝒈𝒂𝒏𝒋𝒂𝒓𝒂𝒏) 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑫𝒊𝒂 𝒌𝒆𝒉𝒆𝒏𝒅𝒂𝒌𝒊, 𝒅𝒂𝒏 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒉𝒂 𝑳𝒖𝒂𝒔 (𝒌𝒖𝒓𝒏𝒊𝒂-𝑵𝒚𝒂) 𝒍𝒂𝒈𝒊 𝑴𝒂𝒉𝒂 𝑴𝒆𝒏𝒈𝒆𝒕𝒂𝒉𝒖𝒊.”
(Surah Al-Baqarah, 2:261)

Ayuh kita berinfaq di jalan Allah, merebut ganjaran pahala yang berlipat ganda, dan membantu usaha pendidikan ini demi masa depan generasi akan datang.




𝑇𝐴𝐾𝐿𝐼𝑀𝐴𝑇 𝐴𝐿𝐴𝑀 𝑅𝐼𝐴 𝑃𝐴𝑆𝑇𝐼 𝑇𝐴𝑃𝐴𝐻 2024 𝐾𝐴𝐿𝐼 𝐾𝐸 2Tarikh: 11 Oktober 2024Masa: 9.00 malam Tempat: Google Meet Semoga PASTI Tap...
12/10/2024

𝑇𝐴𝐾𝐿𝐼𝑀𝐴𝑇 𝐴𝐿𝐴𝑀 𝑅𝐼𝐴 𝑃𝐴𝑆𝑇𝐼 𝑇𝐴𝑃𝐴𝐻 2024 𝐾𝐴𝐿𝐼 𝐾𝐸 2

Tarikh: 11 Oktober 2024
Masa: 9.00 malam
Tempat: Google Meet

Semoga PASTI Tapah dapat bersama-sama menjayakan dan memperbaiki kelemahan Alam Ria sesi yang lepas..

Nantikan kemeriahannya🤩



10/10/2024

𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐈𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟒

Kami mengajak semua untuk memberi sokongan paling padu kepada anak-anak PASTI Kawasan Tapah dalam usaha menonjolkan bakat dan mencabar keberanian dalam diri.

Nantikan Alam Ria PASTI Kawasan Tapah yang akan diadakan pada:

Tarikh: 19 Oktober 2024
Tempat: MTQ Addin Tapah, Jln Karchu.
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Segala bakat anak-anak PASTI akan dicungkil disini. Segalanya Bermula Disini !

Serlahkan Bakat...
Cabar Kemampuan Diri...
Zahirkan keberanian...
Anak PASTi Juara...

"MELAHIRKAN GENERASI CELIK AL-QURAN "



03/10/2024

𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗞𝗜𝗟𝗔𝗧 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗔𝗟-𝗙𝗜𝗥𝗗𝗔𝗨𝗦 𝗧𝗚. 𝗠𝗔𝗟𝗜𝗠 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗖𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞

PASTI pun deme pecah masuk.. PASTI Al-Firdaus Taman Slim di Tanjung Malim telah dipecah masuk malam kelmarin. Anggaran kerugian sekitar RM6000. Antara barang yang diambil :

1. TV 45’
2. Screen Monitor
3. Tong gas 2 unit
4. Periuk cap buaya 3 biji
5. Kipas dinding 1
6. Beras 10kg 2 kampit
7. Gula 10 kampit
8. Minyak 5kg
9. Dapur gas masak kenduri

Jom bantu! Derma kilat dibuka sehingga jam 7.00 mlm, 4 Oktober 2024 (Jumaat). InsyaAllah sabtu ini kita akan serahkan sumbangan tuan puan.

Banyak tanda ada, sikit tanda ingat.


𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐇 𝟐.𝟎Hari: Khamis Tarikh: 26 September 2024Alhamdulillah sesi pemantauan bagi kesemua PASTI...
26/09/2024

𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐇 𝟐.𝟎

Hari: Khamis
Tarikh: 26 September 2024

Alhamdulillah sesi pemantauan bagi kesemua PASTI Cawangan Tapah buat kali ke-2 untuk tahun 2024 telah dijalankan dengan jayanya!

𝑂𝑏𝑗𝑒𝑘𝑡𝑖𝑓 𝑝𝑒𝑚𝑎𝑛𝑡𝑎𝑢𝑎𝑛 𝑖𝑛𝑖 adalah untuk Meningkatkan Kualiti Pendidikan bagi memastikan standard pendidikan yang diberikan kepada anak-anak adalah tinggi dan selaras dengan kurikulum yang ditetapkan.

Kami berbesar hati melihat komitmen semua PASTI cawangan dalam menyediakan banyak kemudahan yang baik bagi memastikan pendidikan anak-anak PASTI terjaga.Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha ini. Mari kita teruskan kerjasama untuk memajukan pendidikan anak-anak kita! 💪📚

16/09/2024

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 & 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

Hijrah menghamparkan bukti kerjasama, pengorbanan dan kesatuan para sahabat menjadi tunjang kejayaan misi Hijrah.

Seterusnya peranan mereka menjadi asas tiang penting kepadanya terbentuknya negara Madinah, sebuah masyarakat majmuk di bawah pemerintahan Islam.

Oleh itu, mari melatih diri kita serta generasi kita untuk berkorban harta, masa, tenaga mahupun pemikiran kita untuk agama, bangsa dan negara.

Ikhlas Daripada
JABATAN PASTI NEGERI PERAK
PEMUDA PAS PERAK



16/09/2024

Kesempurnaan Iman itu menuntut kecintaan yang sempurna kepada Rasulullah S.A.W.

Abdullah bin Hisyam R.A, ia berkata yang bermaksud:

“Kami mengiringi Nabi S.A.W, dan Baginda memegang tangan Umar bin al-Khattab R.A. Kemudian Umar berkata kepada Nabi S.A.W: ‘Wahai Rasulullah, sungguh engkau sangat aku cintai melebihi apa pun selain diriku.’ Maka Nabi S.A.W menjawab: ‘Tidak, demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, hingga aku sangat engkau cintai melebihi dirimu.’ Lalu Umar berkata kepada baginda: ‘Sesungguhnya sekarang, demi Allah, engkau sangat aku cintai melebihi diriku.’ Maka Nabi S.A.W bersabda: ‘Sekarang (engkau benar), wahai Umar.’”

(Hadis Riwayat Bukhari No: 6632)

Kecintaan kepada Baginda Rasulullah SAW wajib dibuktikan dengan menjalani kehidupan berpandukan petunjuk wahyu dan sunnah Baginda dalam semua aspek.

Marilah kita memperbanyak selawat kepada Baginda Rasulullah SAW sebagai menzahirkan kecintaan kepadanya dan mudah-mudahan mendapat syafaat Baginda diakhirat kelak.

Salam Maulidur Rasul 1446H kepada warga PASTI dan seluruh muslimin dan muslimat.

Damanhuri Dol
Ketua Pengarah PASTI Malaysia
12 Rabiulawal 1446H bersamaan 16 September 2024


13/09/2024

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗖𝗨𝗧𝗜

Selamat bercuti kepada semua warga PASTI sempena Cuti Penggal 2 Sesi 2024/2025 bermula 14 hingga 22 September 2024.

Jumpa semula 23 September 2024 ye!



Terbaik..Jom sama-sama kita selawat🥰🤍❤️✨اللهم صلى على سيدنا محمد
13/09/2024

Terbaik..Jom sama-sama kita selawat🥰🤍❤️✨
اللهم صلى على سيدنا محمد

Address

Tapah

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Affiliateproxpert การตลาดพันธมิตรโปร posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category