PPKI Manjung

PPKI Manjung Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PPKI Manjung, Education, Tapah.

Tahniah Stackers Team Manjung 💪
13/10/2025

Tahniah Stackers Team Manjung 💪

🏆 HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025📅 11 OKTOBER 2025 (SABTU)📍 Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, PerakTahniah di...
12/10/2025

🏆 HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025
📅 11 OKTOBER 2025 (SABTU)
📍 Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak

Tahniah diucapkan kepada Team Stackers Manjung atas kejayaan membanggakan dalam acara Sukan Stacking Pendidikan Khas! 👏

🥈 Naib Johan P19 – Nurul Shahila Binti Zailani (SMK KDSK)
🥈 Naib Johan P12 & Best Time 333, 363 – Nurul Zulaikha Amani Binti Zulkurnain (SK KDSK)
🥈Naib Johan Sindrom Down Terbuka - Muhammad Ammar Farid Bin Junus (SMK Seri Samudera)
🥉 Tempat Ke-3 P15 – Nurul Zulaikha Binti Hasmadi (SMK KDSK)
🥈 Naib Johan Relay Head to Head

Terus maju dan kekal aktif demi sukan & kesihatan! 💪🇲🇾


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..Kami warga Pendidikan Khas Daerah Manjung mendoakan kejayaan Adik Noor Hazllyena Nu...
07/09/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Kami warga Pendidikan Khas Daerah Manjung mendoakan kejayaan Adik Noor Hazllyena Nurien binti Mohd Fadzlly dari SK Pangkalan TLDM II, wakil dari Daerah Manjung yang mewakili Negeri Perak ke Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSM bagi yang akan berlangsung di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis 8-10 September 2025.

Selamat berjuang buat semua atlet Perak dan semoga bawa pulang kejayaan..💪🏼💪🏼

KARNIVAL KEBOLEHPASARAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH MANJUNG TAHUN 202515-16 Julai 2025Dewan Bestari, Pejab...
16/07/2025

KARNIVAL KEBOLEHPASARAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH MANJUNG TAHUN 2025

15-16 Julai 2025

Dewan Bestari, Pejabat Pendidikan Daerah Manjung .

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita berjaya melaksanakan Karnival MBPK KIK 2025 dengan jayanya.

🌹Saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru-guru PPKI dan PPM yang telah memberikan komitmen, idea, dan tenaga bagi menjayakan program ini. Juga terima kasih kepada guru-guru pembimbing yang berusaha sehabis baik membantu anak murid. Syabas cikgu! I have my utmost respect to all of you.

🌹Terima kasih juga kepada Pn. Aziah, En. Zulhazmi, penyelaras-penyelaras pertandingan, AJK Pelaksana sekolah tuan puan yang bertugas selama dua hari ini dan barisan hakim yang berwibawa dalam memastikan pelaksanaan dan keberkesanan KIK 2025 berjalan dengan lancar. Tak termampu saya membalas jasa dan budi baik tuan puan. Moga Allah memberikan sebaik-baik ganjaran dan pahala atas usaha dan komitmen anda semua.

🌹Tahniah kepada para pemenang. Tidak dilupakan kepada murid-murid PPKI hebat kita semua, yang turut serta dalam pertandingan semalam dan hari ini. Anda semua adalah wira sebenar yang menunjukkan keberanian, kreativiti, dan usaha yang luar biasa. Penyertaan anda telah membuktikan bahawa tiada batasan untuk menyerlahkan diri ,mencungkil bakat dan potensi dalam diri anak-anak.

🌹Mohon maaf atas kekurangan dan kekhilafan sepanjang KIK 2025 ini berlangsung.

🌹Sekali lagi, tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Bersama kita terus menyemai semangat kecemerlangan demi masa depan pendidikan khas yang lebih gemilang.

Sesungguhnya, pengorbanan dan dedikasi anda semua amat bermakna.

Semoga para pemenang Johan daerah yang akan ke KIK peringkat Negeri Perak pada 9 dan 10 Ogos ini akan mendapat kejayaan dan kecemerlangan.

Selamat Maju Jaya, Pasukan KIK Manjung! 💪👏👏

Sekian, terima kasih.

PTPS KIK

**Saksikan Keputusan Rasmi Karnival Kebolehpasaran MBPK Daerah Manjung Tahun 2025



Pencapaian Atlet dari Kontinjen ManjungKejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSS Perak 20253 Emas & 6 Gangsa.
10/07/2025

Pencapaian Atlet dari Kontinjen Manjung
Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSS Perak 2025

3 Emas & 6 Gangsa.

Kontinjen Olahraga Pendidikan Khas Manjung (Manjung Spe.Ed) 2025.Barisan Atlet Perempuan yang mewakili daerah Manjung da...
08/07/2025

Kontinjen Olahraga Pendidikan Khas Manjung (Manjung Spe.Ed) 2025.

Barisan Atlet Perempuan yang mewakili daerah Manjung dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Manjung 2025 yang bertempat di Stadium Mini Bagan Serai bermula 8 Julai hingga 10 Julai 2025.

Selamat Maju Jaya diucapkan!

Kontinjen Olahraga Pendidikan Khas Manjung (Manjung Spe.Ed) 2025.Barisan Atlet Lelaki yang mewakili daerah Manjung dalam...
08/07/2025

Kontinjen Olahraga Pendidikan Khas Manjung (Manjung Spe.Ed) 2025.

Barisan Atlet Lelaki yang mewakili daerah Manjung dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Manjung 2025 yang bertempat di Stadium Mini Bagan Serai bermula 8 Julai hingga 10 Julai 2025. Selamat Maju Jaya diucapkan!

Keputusan Kontinjen Manjung Spe.Ed di Kejohanan Sukan Stacking Pendidikan Khas Negeri Perak 2025🏃🏻‍♂️Pencapaian Individu...
26/06/2025

Keputusan Kontinjen Manjung Spe.Ed di Kejohanan Sukan Stacking Pendidikan Khas Negeri Perak 2025

🏃🏻‍♂️Pencapaian Individu Atlit

🏆Syndrom Down Terbuka
Muhammad Ammar Farid Bin Junus (Rank 2)

🎗️Lelaki Bawah 12
Jason Chew Giang Jie (Rank 11)

🎗️Perempuan Bawah 12
Nirul Zulaikha Amani Binti Zulkurnain (Rank 10)

🎗️Lelaki Bawah 15
Wan Ahmad Uzair Aseef Bin Asmawi (Rank 6)

🎗️Perempuan Bawah 15
Nuraina Zulaikha Binti Hasmadi (Rank 😎

🎗️Lelaki Bawah 19
Ahmad Aqil Hazim Bin Ahmad Sabri (Rank 6)

🎗️Perempuan Bawah 19
Nurul Syahila binti Zailani (Rank 4)

Tahniah diucapkan kepada semua atlit PPKI Manjung yang telah berjuang dalam kejohanan siri 2025 ini.

Terima kasih diucapkan kepada PTPS Sukan Stacking P.Khas daerah Pn Norhamiza Binti Ismail, Pengurus Kontinjen En. Saiful Daulah, Ketua jurulatih En Shahrul Nizam, barisan jurulatih stacking, Pn. Aainaa, Cik Izzah.

Ribuan terima kasih dan tahniah juga kepada Ketua Juri Negeri Iaitu Encik Izrul Iskandar dan En. mohd Iqbal atas ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberikan.

Akhir sekali, sekalung tahniah buat warga PPKI Daerah Manjung kerana telah bersama - sama menyumbang tenaga dan usaha untuk melahir dan membimbing anak-anak atlit untuk di ketengahkan bakat mereka ke peringkat negeri dan peringkat yang lebih tinggi. Syabas untuk semua.


Pasukan pengurusan & kejurulatihan sukan stacking pendidikan khas Manjung bagi tahun 2025.
24/06/2025

Pasukan pengurusan & kejurulatihan sukan stacking pendidikan khas Manjung bagi tahun 2025.


Selamat Maju Jaya untuk pasukan Sukan Stacking Pendidikan Khas Daerah Manjung!
24/06/2025

Selamat Maju Jaya untuk pasukan Sukan Stacking Pendidikan Khas Daerah Manjung!



Pelepasan Kontinjen Sukan Stacking Pendidikan Khas Manjung hari ini dirasmikan oleh Tuan Haji Musa bin Hamid (Pegawai Pe...
24/06/2025

Pelepasan Kontinjen Sukan Stacking Pendidikan Khas Manjung hari ini dirasmikan oleh Tuan Haji Musa bin Hamid (Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Manjung) di perkarangan Pejabat PPD Manjung.

Amanat dan kata-kata semangat turut diberikan kepada semua atlit PPKI yang mewakili Daerah Manjung yang akan bertanding dalam Kejohanan Sukan Stacking Pendidikan Khas Peringkat Negeri Perak yang akan berlangsung di Sekolah Menengah Sains Tapah

Turut bersama dalam pelepasan rasmi hari ini adalah Puan Aziah binti Abu Bakar (Pen.PPD Pendidikan Khas) dan Pn Junaidah binti Kamarudin (Pengetua SMK Pantai Remis).

Semoga atlit Pendidikan Khas Manjung memperoleh kejayaan, Insyaallah!.



Address

Tapah
35000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPKI Manjung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category