Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi MARA , Perak : Media FB Rasmi

Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi MARA , Perak : Media FB Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi MARA , Perak : Media FB Rasmi, Education Website, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cwangan Perak, Kampus Tapah, 35400 Tapah Road,, Tapah Road.

Alhamdulillah, pada 20 Ogos 2025 (Rabu), Fakulti Sains Gunaan UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah telah berjaya menganjurk...
05/12/2025

Alhamdulillah, pada 20 Ogos 2025 (Rabu), Fakulti Sains Gunaan UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah telah berjaya menganjurkan ‘Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih’ bertempat di Greenhouse UiTM Tapah.

Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa dan sumbangan staf FSG yang akan berpindah dan menyambung pengajian.

Staf berpindah:
1. Noor Faezah binti Mohd Sani
2. Khairol Harmi bin Mohamad Sukari
3. Nur Ilyani binti Abdul Hamid

Staf melanjutkan pengajian:
1. Mohd Rabani bin Yaafar
2. Norsakina Zurina binti Zulkifli
3. Putri Shareen binti Rosman
4. Wan Nurul Hidayah binti Wan Anuar

Dengan tema pakaian biru dan putih serta hidangan yang pelbagai, majlis ini diserikan lagi dengan jamuan potluck daripada warga fakulti.

Seluruh warga FSG mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan mendoakan kejayaan berterusan buat semua yang diraikan. Semoga terus cemerlang dalam pengajian dan kerjaya yang bakal ditempuh.

***

Alhamdulillah, on 20 August 2025 (Wednesday), the Faculty of Applied Sciences, UiTM Perak Branch Tapah Campus successfully held the “Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih” at the Greenhouse, UiTM Tapah.

The event was held to honour and appreciate staff members who will be transferring or pursuing further studies.

Staff transferring:
1. Noor Faezah binti Mohd Sani
2. Khairol Harmi bin Mohamad Sukari
3. Nur Ilyani binti Abdul Hamid

Staff pursuing further studies:
1. Mohd Rabani bin Yaafar
2. Norsakina Zurina binti Zulkifli
3. Putri Shareen binti Rosman
4. Wan Nurul Hidayah binti Wan Anuar

With a blue and white dress theme, the celebration was enriched with delicious buffet spread as well as heartfelt potluck contributions from faculty members.

The FSG family extends our heartfelt appreciation and best wishes to all honourees. May you continue to shine in your future academic and career journeys.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H/2025Semoga ibadah, pengorbanan dan keikhlasan kita diterima serta diberkati.  May our ...
07/06/2025

Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H/2025
Semoga ibadah, pengorbanan dan keikhlasan kita diterima serta diberkati.
May our qurban is blessed and only brings benefits to others.

✨ Forum & Ceramah Perlakuan Sumbang: Risiko Kesihatan & Implikasi Perundangan  ✨Pada 23 Mei 2025, Fakulti Sains Gunaan, ...
23/05/2025

✨ Forum & Ceramah Perlakuan Sumbang: Risiko Kesihatan & Implikasi Perundangan ✨

Pada 23 Mei 2025, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah telah menganjurkan “Forum & Ceramah Perlakuan Sumbang: Risiko Kesihatan & Implikasi Perundangan” bertempat di Dewan Kuliah 200A.

Program ini bukan sahaja memberikan pendedahan tentang kesan kesihatan dan undang-undang perlakuan sumbang, tetapi turut memberi impak yang besar kepada pelajar dalam meningkatkan kesedaran mereka tentang peraturan dan undang-undang yang terlibat.

Panel Forum terdiri daripada pakar-pakar yang memberikan ilmu yang sangat berharga kepada semua peserta, khususnya para pelajar. Beribu penghargaan dari kami warga FSG Tapah atas kesudian penceramah berikut dalam menjayakan program:

🎤 Dr. Norhidayu Kamisan - Pegawai Perubatan UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah, mengupas kesan-kesan kesihatan akibat perlakuan sumbang, dan bagaimana ia boleh memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan pelajar.
🎤 Dr. Farihana Abdul Razak- Penasihat Hal Ehwal Undang-Undang UiTM Cawangan Perak, menerangkan implikasi perundangan yang boleh timbul, dan bagaimana perlakuan sumbang boleh merosakkan reputasi serta masa depan pelajar.
🎤 ASP Shahrul bin Shamsudin - Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah, menyentuh tanggungjawab sosial pelajar dalam menghindari perlakuan yang tidak bermoral dan tidak sah.
🎤 Penceramah & demonstrator, IP Mohd Asri bin Ngah Baharudin dari Jabatan Penjara Malaysia (Tapah), telah memberikan demonstrasi hukum sebat, agar pelajar lebih memahami kesan perundangan yang boleh diterima oleh mereka yang melanggar peraturan.

Perlaksanaan program ini memberi peluang yang lebih baik dalam memupuk pemahaman lebih mendalam dalam kalangan pelajar tentang risiko kesihatan dan perundangan dalam kehidupan seharian. Kami berharap para pelajar dapat mengambil pengajaran daripada forum ini untuk menjaga nama baik, kesihatan, dan prestasi akademik mereka. Tahniah bagi staff dan penceramah yang berjaya menjalankan program ini.

🌸 Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih 🌸Alhamdulillah, Fakulti Sains Gunaan UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah telah ber...
23/05/2025

🌸 Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih 🌸

Alhamdulillah, Fakulti Sains Gunaan UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah telah berjaya menganjurkan ‘Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih’ pada 23 Mei 2025 (Jumaat) bertempat di Bilik 24 Jam, PTAR.

Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa dan sumbangan dua warga fakulti yang diraikan:

🌷 Dr. Hasnun Nita binti Ismail – persaraan selepas sekian lama mencurah bakti.
🌷 Dr. Saiyidah Nafisah binti Hashim– berpindah ke kampus baharu.

Majlis berlangsung dalam suasana penuh penghargaan, kenangan manis serta iringan doa agar kedua-dua tokoh ini terus cemerlang dalam fasa kehidupan seterusnya.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga fakulti yang hadir serta yang menyumbang dalam bentuk pot-luck dan sokongan padu.



🌸 A Farewell of Grace, A Tribute of Gratitude 🌸

The Faculty of Applied Sciences, UiTM Perak Branch, Tapah Campus successfully held the “Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” on Friday, 23 May 2025 at the 24-Hour Room, PTAR.

This heartfelt event honoured:

🌷 Dr. Hasnun Nita binti Ismail – retiring after years of devoted service.
🌷 Dr. Saiyidah Nafisah binti Hashim – transferring to a new campus.

The ceremony was filled with appreciation, warm wishes, and meaningful memories.

Thank you to all staff who attended and contributed to the success of the event, especially through thoughtful pot-luck offerings and your presence.

🎓 Selamat Hari Guru 2025 | Fakulti Sains GunaanSempena sambutan Hari Guru 16 Mei 2025, seluruh warga Fakulti Sains Gunaa...
16/05/2025

🎓 Selamat Hari Guru 2025 | Fakulti Sains Gunaan

Sempena sambutan Hari Guru 16 Mei 2025, seluruh warga Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pensyarah dan staf akademik yang telah mencurahkan ilmu, membimbing dan membentuk mahasiswa menjadi insan berilmu dan berbakti.

💐 “Guru Bukan Sekadar Pendidik, Tetapi Pembentuk Tamadun.”

Terima kasih atas segala pengorbanan, usaha dan keikhlasan dalam mendidik generasi pewaris masa depan.

Selamat Hari Guru!
Anda adalah nadi kecemerlangan universiti.










🎓 Happy Teachers’ Day 2025 | Faculty of Applied Sciences

In conjunction with Teachers’ Day on 16 May 2025, the Faculty of Applied Sciences, UiTM Perak Branch, Tapah Campus extends our heartfelt appreciation to all lecturers and academic staff for their unwavering dedication in nurturing minds and shaping future leaders.

💐 “A teacher is not just an educator, but a builder of civilization.”

Thank you for your tireless efforts, sacrifices, and commitment to the noble mission of education.
Your passion lights the path to knowledge and excellence.

Happy Teachers’ Day!
You are the heartbeat of our academic success.






📌 *Mesyuarat dan Lawatan Tanda Aras | 13 Mei 2025*UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah melalui Fakulti Sains Gunaan telah m...
16/05/2025

📌 *Mesyuarat dan Lawatan Tanda Aras | 13 Mei 2025*

UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah melalui Fakulti Sains Gunaan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi UiTM Kampus Kuala Pilah sempena ‘Mesyuarat dan Lawatan Tanda Aras’ bagi penawaran semula Program Diploma Sains.

Sesi yang berlangsung pada 13 Mei 2025 ini telah membuka ruang untuk perkongsian amalan terbaik, perbincangan akademik serta kerjasama strategik antara kedua-dua kampus dalam memperkasa kecemerlangan program pengajian.

Terima kasih atas kunjungan dan jalinan silaturahim yang terjalin. Semoga usaha bersama ini terus memberi manfaat kepada warga UiTM dan generasi akan datang. 💼🤝





📌 *Benchmarking Visit and Meeting | 13 May 2025*

UiTM Perak Branch, Tapah Campus, through the Faculty of Applied Sciences, had the honour of welcoming delegates from UiTM Kuala Pilah Campus for a ‘Benchmarking Visit and Meeting’ in conjunction with the proposed reoffering of the Diploma in Science Programme.

Held on 13 May 2025, this session provided an excellent platform for sharing best practices, academic discussions, and fostering strategic collaboration between the two campuses in enhancing the quality of academic programmes.

Thank you for the visit and the strong bond of collaboration. May this joint effort continue to benefit the UiTM community and future generations. 💼🤝

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga segala amalan kita diterima Allah dan kita kembali kepada fit...
01/04/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga segala amalan kita diterima Allah dan kita kembali kepada fitrah yang suci.

Program SULAM Petronas Chemical Group (PCG) x UiTM telah dijalankan pada Nov - Dis 2024 yang bertemakan ‘Plastic & Susta...
22/03/2025

Program SULAM Petronas Chemical Group (PCG) x UiTM telah dijalankan pada Nov - Dis 2024 yang bertemakan ‘Plastic & Sustainability. Program melibatkan pelajar daripada 19 buah sekolah disekitar Perak. Penganjur program ini iaitu FSG , Kampus Tapah, UiTM Perak telah menjalankan pelbagai aktiviti antaranya ialah Microplastic experiment, Explore Wasterace dan ceramah bertajuk Sustainable Plastic and Waste Mangement. Paling membanggakan ialah program adalah hasil usaha fasilitator yang terdiri daripada pelajar AS120. Syabas diucapkan kepada semua yang turut menjayakan program ini.

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1446 H/ 2025 kepada semua umat Islam. Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik a...
02/03/2025

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1446 H/ 2025 kepada semua umat Islam. Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna pada tahun ini.

Selamat Tahun Baru Cina 🏮Semoga tahun baru membawa kejayaan dan kebahagiaan kepada semua yang menyambut.Gong Xi Fa Cai d...
28/01/2025

Selamat Tahun Baru Cina 🏮
Semoga tahun baru membawa kejayaan dan kebahagiaan kepada semua yang menyambut.
Gong Xi Fa Cai dan selamat bercuti !

Selamat menghayati peristiwa Isra’ Mikraj bagi semua umat Islam. Semoga kita dapat mengambil ibrah daripada peristiwa te...
27/01/2025

Selamat menghayati peristiwa Isra’ Mikraj bagi semua umat Islam. Semoga kita dapat mengambil ibrah daripada peristiwa tersebut.

Tahniah Puan Zaidatul Shakila di atas Anugerah Penasihat Program Terbaik UiTM Perak. Semoga terus maju jaya !
27/01/2025

Tahniah Puan Zaidatul Shakila di atas Anugerah Penasihat Program Terbaik UiTM Perak. Semoga terus maju jaya !

Address

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cwangan Perak, Kampus Tapah, 35400 Tapah Road,
Tapah Road
35400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi MARA , Perak : Media FB Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share