Perpustakaan ILKKM Sultan Azlan Shah

Perpustakaan ILKKM Sultan Azlan Shah Perpustakaan ILKKM Sultan Azlan Shah berperanan menyediakan perkhidmatan serta kemudahan Perpustakaan

04/02/2026

๐Ÿ“Œ Seharian di tempat kerja adakalanya boleh menyebabkan warga kerja berasa keletihan.

๐Ÿ’ช Dengan itu, marilah mengamalkan tip-tip yang dikongsikan ini sebagai panduan dalam meningkatkan fleksibiliti diri, khususnya melalui aktiviti yang menyokong kesejahteraan fizikal dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti di tempat kerja.

04/02/2026

Sempena Hari Kanser Sedunia, marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pencegahan, pengesanan awal dan rawatan kanser yang berkesan. Usaha berterusan ini amat penting bagi mengurangkan beban penyakit serta memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

KKM akan terus komited dalam memperkasa sistem penjagaan kesihatan negara demi masa depan yang lebih sihat.

Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan

16/01/2026

Nampak merah celah tulang ayam goreng? Cek dulu sebelum buang, tak semestinya mentah.

Tengah sedap makan ayam goreng waktu lunch, tiba-tiba nampak kesan merah atau darah pada bahagian tulang. Terus kembang tekak nak telan.

Tapi, adakah ayam tu betul-betul mentah? Atau selamat dimakan?

Ramai keliru antara "Ayam Mentah" dengan kesan "Sumsum Tulang".

Cara beza Selamat vs Bahaya:

1. TENGOK TEKSTUR DAGING (Paling Penting)

BAHAYA: Kalau daging sekeliling tulang tu nampak berkilat, lutsinar (macam jelly), dan lembik bila ditekan. Itu sah mentah! Bakteria Salmonella sedang berpesta. Jangan makan.

SELAMAT: Kalau daging tu nampak putih/kelabu, berserat, dan mudah dicarik dari tulang, tapi cuma tulang tu je warna merah/ungu gelap. Itu selamat.

Kenapa tulang ayam jadi merah walaupun dah masak? Kebanyakan ayam goreng guna ayam muda. Tulang mereka masih lembut dan berliang. Bila dimasak, pigmen dari sumsum tulang akan meresap keluar mewarnakan daging sekitarnya. Ini bukan darah hidup, ini pewarnaan semulajadi.

Kalau jumpa daging yang TEKSTUR JELLY, panggil pelayan minta tukar. Tapi kalau setakat tulang lebam sikit, teruskan suapan. Jangan membazir, kesian ayam tu. ๐Ÿ”

26/12/2025

๐Ÿ“Declutter bukan buang kenangan. Kita cuma buang serabut yang diam diam buat kepala rasa penat, walaupun kita tak sedar.

Kalau nak mula, mula dengan 5 benda yang paling selalu jadi penghuni tetap rumah

1. Kabel telefon & wayar elektronik rosak
Selalunya kita simpan sebab rasa sayang atau takut โ€œmana tahu perlu nantiโ€.

2. Baju lebih setahun tak dipakai
Kalau setahun berlalu tanpa disentuh, besar kemungkinan ia tak lagi sesuai dengan keperluan, saiz atau gaya hidup kita sekarang. Simpan terlalu banyak baju lama selalunya buat almari penuh, tapi kita tetap rasa โ€œtak ada baju nak pakaiโ€.

3. Kasut yang tapak dah lekang atau kulit terkopek
Kita selalu tangguh buang sebab masih boleh pakai, tapi sebenarnya dah tak boleh baiki. Kita pun dah beli kasut lain

4. Bekas plastik yatim piatu (tanpa penutup)
Bekas tanpa penutup jarang digunakan, cuma ambil ruang kabinet. Lama lama, dapur jadi serabut walaupun jumlah barang tak bertambah.

5. Door gift & bunga telur lama berhabuk
Ia ada nilai kenangan, tapi bila dibiarkan berhabuk dan tak berfungsi, kenangan itu sendiri jadi beban visual. Kenangan sebenar tak hilang walaupun barang dilepaskan.

Declutter bukan tentang membuang semua.
Ia tentang memilih apa yang masih membantu hidup kita hari ini, dan berani lepaskan yang sudah selesai peranan

Owh ya, lakukan senyap senyap sebelum mak tahu dan simpan semula dalam kabinet

Sumner : Public Health Malaysia

29/07/2025

Hari Hepatitis Sedunia disambut pada 28 Julai pada setiap tahun. Pemilihan tarikh 28 Julai bersempena dengan hari kelahiran saintis pemenang hadiah Nobel, Dr. Baruch Blumberg, yang menemui virus Hepatitis B dan membangunkan ujian diagnostik serta vaksin untuk virus itu.

Penyakit berkaitan Hepatitis menyebabkan kematian setiap 30 saat. Justeru, usaha pencegahan perlu dipertingkatkan, selain pengukuhan dari segi diagnosis dan rawatan yang lebih baik, demi menyelamatkan nyawa dan meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ KKM sentiasa berusaha ke arah meningkatkan kadar liputan ujian dan rawatan supaya lebih ramai pesakit mendapat akses kepada rawatan awal. Usaha ini selari dengan matlamat eliminasi Hepatitis oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang tahun 2030.

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—›๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐˜๐—ถ๐˜€ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ

18/06/2025
28/03/2025

Katarak ialah suatu keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh. Ini boleh diumpamakan seperti tingkap yang sebahagiannya diselaputi kotoran.

Katarak terjadi akibat daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit-penyakit tertentu atau pengambilan sesetengah jenis ubat. Ia juga adalah punca utama kebutaan yang boleh dipulihkan.

Sekiranya anda mengalami sebarang gejala tersebut, anda perlu mendapatkan penilaian doktor mata yang profesional untuk diagnosis yang tepat dan perancangan rawatan yang sesuai.






27/03/2025

Tahukah andaโ“

Pemeriksaan mata ๐Ÿ‘๏ธ๐Ÿ‘๏ธ perlu dilakukan secara berkala bagi mengekalkan penglihatan yang baik. Anda boleh membuat pemeriksaan mata di fasiliti kerajaan ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ swasta.

Sayangilah mata anda.






07/02/2025
03/02/2025

Jangan abaikan gejala awal strok atau angin ahmar!

Dikongsikan cara-cara mengenalpasti individu yang menghidap penyakit strok dengan menggunakan singkatan huruf โ€˜B.E.F.A.S.T.โ€™.

Ingat! Strok adalah satu kecemasan perubatan di mana pesakit perlu mendapatkan rawatan dengan segera.

Pengesanan awal dapat membantu elakkan risiko dan komplikasi yang lebih teruk.






28/01/2025

Penyakit kusta juga dikenal sebagai penyakit โ€œLeprosyโ€ atau โ€œHansenโ€™s diseaseโ€ sempena nama penemunya, Gerhard Armauer Hansen pada tahun 1874. Ianya juga adalah penyakit berjangkit yang kronik dengan penglibatan kulit dan saraf yang ketara disebabkan oleh bakteria Mycobacterium Leprae. Penyakit ini melibatkan kulit, saraf-saraf periferi, system pernafasan dan juga organ mata.

Berikut dikongsikan gejala dan petanda serta penyebab penyakit kusta sebagai panduan.

Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala penyakit kusta untuk rawatan lebih lanjut.






28/01/2025

Penyakit Kusta adalah penyakit berjangkit kronik disebabkan oleh bakteria Mycobacterium leprae yang menyerang bahagian kulit, saraf kaki ๐Ÿฆถ๐Ÿป dan tangan ๐Ÿ–๐Ÿป serta lain-lain organ seperti mata ๐Ÿ‘๏ธ dan hidung ๐Ÿ‘ƒ๐Ÿป

Penyakit Kusta juga dikenali sebagai Penyakit Hansen.

Diagnosis awal dan rawatan sempurna bagi seseorang yang dijangkiti, dapat mencegah penularan Penyakit Kusta ๐Ÿฉบโš ๏ธ

Peranan individu dan masyarakat adalah penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini dan mewujudkan persekitaran yang positif dan menyokong kepada pesakit dan individu yang terkesan dengan penyakit kusta.






Address

Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah
Tanjung Rambutan
31250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6055335233

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan ILKKM Sultan Azlan Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Perpustakaan ILKKM Sultan Azlan Shah:

Shortcuts

Share