KGKT Smk Raja Lope Nor Rashid 2026 & 2027

KGKT Smk Raja Lope Nor Rashid 2026 & 2027 KELAB GURU DAN KAKITANGAN SMK RAJA LOPE NOR RASHID BAGI SESI 2026 & 2027

Program Sentuhan Kasih KGKTπŸ“… 26 Januari 2026Alhamdulillah, KGKT SMK Raja Lope Nor Rashid telah melaksanakan Program Sent...
28/01/2026

Program Sentuhan Kasih KGKT

πŸ“… 26 Januari 2026

Alhamdulillah, KGKT SMK Raja Lope Nor Rashid telah melaksanakan Program Sentuhan Kasih dengan menziarahi ibu kepada Pn. Halimah (Guru) yang menghidap darah tinggi dan kencing manis (terkawal) serta mengalami masalah sakit lutut.

Ziarah ini merupakan manifestasi keprihatinan dan solidariti warga KGKT dalam menyantuni ahli keluarga pendidik, di samping mengukuhkan jalinan ukhwah dan silaturahim yang berteraskan nilai kasih sayang serta kebersamaan.

Semoga kunjungan ini dapat menyuntik semangat dan memberikan ketenangan kepada beliau sekeluarga. Doa kami agar beliau terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada dalam peliharaan serta rahmat Allah SWT.

Mudah-mudahan usaha murni ini menjadi pemangkin kepada budaya prihatin dan terus mengeratkan ukhwah dalam kalangan warga KGKT SMK Raja Lope Nor Rashid. 🀲✨

Program Sentuhan Kasih KGKTπŸ“… 25 Januari 2026Alhamdulillah, KGKT SMK Raja Lope Nor Rashid telah melaksanakan Program Sent...
28/01/2026

Program Sentuhan Kasih KGKT

πŸ“… 25 Januari 2026

Alhamdulillah, KGKT SMK Raja Lope Nor Rashid telah melaksanakan Program Sentuhan Kasih dengan menziarahi suami kepada Pn. Hjh. Rohana (Mantan Pengetua) yang dijadualkan menjalani pembedahan susulan kecederaan patah di bahagian atas buku lali kaki kiri serta retak pada siku kiri.

Inisiatif ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan warga KGKT terhadap keluarga besar sekolah, di samping menyemai nilai kasih sayang serta memperkukuhkan hubungan ukhwah dan silaturahim.

Diharapkan kunjungan ini dapat memberikan semangat dan ketenangan kepada beliau sekeluarga. Semoga pembedahan yang bakal dijalankan dipermudahkan, dikurniakan kesembuhan yang berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Mudah-mudahan program sebegini terus menjadi wadah untuk mempereratkan ukhwah dan memupuk budaya prihatin dalam kalangan warga KGKT SMK Raja Lope Nor Rashid. 🀲✨

Program Sentuhan Kasih KGKTπŸ“… 17 Disember 2026Alhamdulillah, Program Sentuhan Kasih anjuran KGKT SMK Raja Lope Nor Rashid...
28/01/2026

Program Sentuhan Kasih KGKT

πŸ“… 17 Disember 2026

Alhamdulillah, Program Sentuhan Kasih anjuran KGKT SMK Raja Lope Nor Rashid telah dilaksanakan dengan menziarahi suami kepada Cikgu Hasmawati yang sedang menjalani rawatan pakar ENT di Hospital Taiping.

Program ini melambangkan keprihatinan serta semangat kebersamaan warga pendidik, di samping mengukuhkan ikatan ukhwah dan silaturahim dalam keluarga besar KGKT.

Semoga ziarah ini dapat memberikan sokongan moral dan kekuatan kepada keluarga yang diziarahi. Doa kami agar beliau dikurniakan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan rawatan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Mudah-mudahan usaha murni ini menjadi asbab keberkatan dan terus mempereratkan ukhwah serta nilai kasih sayang dalam kalangan warga KGKT SMK Raja Lope Nor Rashid. 🀲✨

Program Sentuhan Kasih KGKTπŸ“… 18 DISEMBER 2025Alhamdulillah, Program Sentuhan Kasih anjuran KGKT SMK Raja Lope Nor Rashid...
28/01/2026

Program Sentuhan Kasih KGKT

πŸ“… 18 DISEMBER 2025

Alhamdulillah, Program Sentuhan Kasih anjuran KGKT SMK Raja Lope Nor Rashid telah dilaksanakan dengan menziarahi ibu kepada Cikgu Izzamir serta ayah kepada Cikgu Ainatul yang sedang tidak sihat.

Program ini mencerminkan keprihatinan dan semangat kebersamaan warga pendidik, sekali gus mengeratkan hubungan ukhwah dan silaturahim dalam kalangan keluarga besar KGKT.

Semoga ziarah ini dapat memberikan sedikit ketenangan dan sokongan moral kepada keluarga yang diziarahi. Doa kami agar mereka yang sedang diuji kesihatan dikurniakan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Mudah-mudahan usaha murni ini menjadi asbab keberkatan dan terus memperkukuhkan ukhwah serta nilai kasih sayang dalam kalangan warga KGKT SMK Raja Lope Nor Rashid. 🀲✨

|| MESYUARAT AWAL PERSEKOLAHAN 2026 ||πŸ“… 8 Januari 2026πŸ“ Grand Avenue Simpang 5Alhamdulillah, Mesyuarat Awal Persekolahan...
10/01/2026

|| MESYUARAT AWAL PERSEKOLAHAN 2026 ||

πŸ“… 8 Januari 2026
πŸ“ Grand Avenue Simpang 5

Alhamdulillah, Mesyuarat Awal Persekolahan telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh iltizam. Mesyuarat ini menjadi medan penting dalam menyelaras perancangan, memperkukuh kerjasama serta menetapkan hala tuju organisasi demi memastikan pengurusan dan pelaksanaan sesi persekolahan tahun 2026 berjalan dengan lebih sistematik, terancang dan berkesan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kesemua AJK Kelab Guru dan Kakitangan atas komitmen, dedikasi serta kesungguhan yang tinggi dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh profesionalisme. Segala usaha dan kerjasama yang diberikan amat dihargai dalam memastikan kelancaran mesyuarat serta kejayaan perancangan awal persekolahan.

Semoga segala perancangan yang dirangka dapat direalisasikan dengan jayanya. Didoakan agar setiap usaha yang dicurahkan diberkati Allah SWT, dipermudahkan segala urusan serta menjadi asbab kepada kecemerlangan berterusan dalam mendidik dan membentuk generasi berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing.

|| PERSIAPAN MESYUARAT AWAL PERSEKOLAHAN 2.0 ||Bagi memastikan kelancaran Mesyuarat Awal Persekolahan, Kelab Guru dan Ka...
07/01/2026

|| PERSIAPAN MESYUARAT AWAL PERSEKOLAHAN 2.0 ||

Bagi memastikan kelancaran Mesyuarat Awal Persekolahan, Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) telah menjalankan tinjauan awal di lokasi mesyuarat yang akan diadakan di Grand Simpang Lima Venue.

TEMPAT: Grand Simpang Lima Venue
TARIKH: 8 Jan 2026
MASA: 8.00 Pagi
PAKAIAN: Baju Batik Rasmi

Antara persiapan yang telah dilaksanakan termasuk pemeriksaan sistem audio, televisyen, mikrofon, serta susun atur meja bagi memastikan perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar, teratur dan selesa.

Semoga segala perancangan yang dibuat dipermudahkan dan mesyuarat dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Moga urusan kita semua diberkati dan dipermudahkan. Aamiin.

|| PERSIAPAN MESYUARAT AWAL PERSEKOLAHAN ||Sebagai persiapan menghadapi Mesyuarat Awal Persekolahan, Kelab Guru dan Kaki...
07/01/2026

|| PERSIAPAN MESYUARAT AWAL PERSEKOLAHAN ||

Sebagai persiapan menghadapi Mesyuarat Awal Persekolahan, Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) telah melaksanakan kerja-kerja persediaan termasuk penyediaan goodies serta memastikan susun atur dan kelancaran perjalanan mesyuarat berjalan dengan teratur dan sistematik.

Persediaan ini bertujuan untuk memastikan mesyuarat dapat dilaksanakan dalam suasana yang kondusif, teratur dan berkesan demi kelancaran pengurusan serta perancangan awal sesi persekolahan.

Semoga segala urusan yang dirancang dipermudahkan, diberkati dan berjalan dengan lancar.
Mudah-mudahan usaha kecil ini menjadi asbab kepada kejayaan dan kecemerlangan bersama. Aamiin. 🀲

|| PENYELENGGARAAN PERTUKARAN MANGGA ||....................................................................................
07/01/2026

|| PENYELENGGARAAN PERTUKARAN MANGGA ||........................................................................................................................................

Selaras dengan usaha berterusan Kelab Guru dan Kakitangan, kerja-kerja pertukaran mangga telah berjaya dilaksanakan sebagai langkah penyelenggaraan bagi memastikan kelancaran operasi serta tahap keselamatan yang optimum.

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan penggunaan, mengurangkan risiko kerosakan serta memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat dan kondusif untuk semua warga guru dan kakitangan.

|| SENTUHAN KASIH KGKT 2026/2027 ||........................................................................................
05/01/2026

|| SENTUHAN KASIH KGKT 2026/2027 ||........................................................................................................................................

Alhamdulillah pada 21 December 2025 ahli jawatankuasa KGKT sesi 2026/2027 telah mengadakan lawatan ziarah kasih kepada rakan-rakan yang telah menimpa kecelakaan.

Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif KGKT untuk menyemai semangat prihatin, menjaga hubungan persahabatan, dan memberikan sokongan moral kepada mereka yang memerlukan.

Melalui program ini, ahli jawatankuasa bukan sahaja menunjukkan keprihatinan dan empati, malah memupuk nilai murni serta semangat kekitaan di kalangan warga sekolah.

Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak yang telah menjayakan lawatan ini, semoga aktiviti ini memberi manfaat dan kegembiraan kepada penerima.

|| GOTONG-ROYONG MENGECAT PARKIR KERETA & MENAMPAL JALAN ||Alhamdulillah, pada 24 Disember 2025, telah berlangsung aktiv...
05/01/2026

|| GOTONG-ROYONG MENGECAT PARKIR KERETA & MENAMPAL JALAN ||

Alhamdulillah, pada 24 Disember 2025, telah berlangsung aktiviti gotong-royong mengecat parkir kereta dan menampal jalan bersama ahli jawatankuasa KGKT.

Usaha ini dilaksanakan untuk memastikan keselamatan di dalam kawasan sekolah terjamin melalui susunan pergerakan kenderaan yang lebih teratur, sekaligus menjaga keselamatan murid-murid.

Selain itu, ahli jawatankuasa juga mengambil inisiatif menampal jalan yang berlubang bagi mengelakkan sebarang kemalangan akibat jalan yang tidak rata dan berlopak.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat atas komitmen dan sumbangan tenaga bagi menjayakan program ini.

Meneruskan Legasi Mengukuhkan Prestasi

#

|| GOTONG-ROYONG MENGECAT PARKIR KERETA ||Alhamdulillah, pada 22 Disember 2025, selesai dengan jayanya aktiviti gotong-r...
05/01/2026

|| GOTONG-ROYONG MENGECAT PARKIR KERETA ||

Alhamdulillah, pada 22 Disember 2025, selesai dengan jayanya aktiviti gotong-royong mengecat parkir kereta bersama ahli jawatankuasa KGKT.

Aktiviti ini merupakan satu inisiatif di bawah KGKT bertujuan mencantikkan dan mengemaskini susun atur kenderaan di kawasan sekolah, sekaligus mewujudkan persekitaran yang lebih teratur dan selesa.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat atas kerjasama dan sumbangan tenaga bagi menjayakan program ini.

|| MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA KGKT SESI 2026 & 2027 ||πŸ“… Tarikh: 12 Disember 2025πŸ“ Tempat: Bilik Gerakan, SMK Raja Lo...
05/01/2026

|| MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA KGKT SESI 2026 & 2027 ||

πŸ“… Tarikh: 12 Disember 2025
πŸ“ Tempat: Bilik Gerakan, SMK Raja Lope Nor Rashid

Agenda Mesyuarat:

1.Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi

2.Perlantikan Ahli Jawatankuasa dan Biro

3. Penetapan Yuran

4. Perancangan Aktiviti Tahunan

Mesyuarat ini bertujuan memastikan perancangan dan pelaksanaan aktiviti KGKT sesi 2026 & 2027 berjalan dengan lancar dan teratur.

Address

Jalan Bawah
Tanjung Piandang
34250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KGKT Smk Raja Lope Nor Rashid 2026 & 2027 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share