SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah

SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah SABK Shamsul Maarif mula ditubuhkan pada tahun 1946 dan hanya bermula sebagai pusat pengajian agama

Big shout out to my newest top fans! 💎Fadzilah Mohd Isa, Shima Moktar
04/08/2023

Big shout out to my newest top fans! 💎

Fadzilah Mohd Isa, Shima Moktar

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SAMAWAT KALI KE-15🏆TARIKH: 23/7/2023🏆HARI: AHAD🏆TEMPAT: PADANG SMK RAJA LOPE NOR RASHIDAlhamduli...
23/07/2023

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SAMAWAT KALI KE-15

🏆TARIKH: 23/7/2023
🏆HARI: AHAD
🏆TEMPAT: PADANG SMK RAJA LOPE NOR RASHID

Alhamdulillah, berakhirnya Kejohanan Sukan Tahunan SAMAWAT kali ke-15 tahun 2023 dengan jayanya dengan bertemakan stesen minyak.

Terima kasih diucapkan kepada VVIP jemputan terutamanya Tuan Haji Mua'mar Ghadafi Jamal bin Jamaluddin (Pegawai Tugas-Tugas Khas YAB Timbalan Perdana Menteri) yang telah hadir merasmikan dan memeriahkan Kejohanan Sukan Tahunan SAMAWAT kali ke-15.

Juga, tahniah dan terima kasih kepada barisan pentadbir SAMAWAT, pentadbir SMK Raja Lope Nor Rashid, guru-guru, AJK PIBG & ibu bapa yang hadir menjayakan dan memeriahkan suasana Kejohanan Sukan SAMAWAT kali ini.

Tahniah kepada yang menang acara & yang belum menang kita jumpa lagi tahun hadapan dengan misi & strategi baru.


Sukan Tara SAMAWAT 2023Tarikh : 20/07/2023Hari : KhamisTempat : Padang SAMAWATPenyelaras : Rumah Sayyidina Abu BakarSuka...
22/07/2023

Sukan Tara SAMAWAT 2023
Tarikh : 20/07/2023
Hari : Khamis
Tempat : Padang SAMAWAT
Penyelaras : Rumah Sayyidina Abu Bakar

Sukan Tara 2023 diadakan berdasarkan persediaan yang ada kerana kekangan cuaca membataskan persediaan yang mencukupi.Para Atlet SAMAWAT tetap bersemangat dan memberikan yang terbaik bagi rumah masing - masing.

Kredit Pic Ust.Murshidi
* SAMAWAT Boleh
*SAMAWAT Ke arah Kecemerlangan Sukan

Salam Maal Hijrah 1445H/2023Semoga tahun baru Islam 1445H menjadi lembaran baru buat kita semua untuk terus mencari keba...
18/07/2023

Salam Maal Hijrah 1445H/2023

Semoga tahun baru Islam 1445H menjadi lembaran baru buat kita semua untuk terus mencari kebahagiaan yang diredhaiNya. Amin Ya Rabbal Alamin 🤲🏻


Pihak sekolah menjemput semua sahabat FB Page SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah untuk SUBSCRIBED CHANNEL YOUTUBE TV PSS SAM...
08/07/2023

Pihak sekolah menjemput semua sahabat FB Page SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah untuk SUBSCRIBED CHANNEL YOUTUBE TV PSS SAMAWAT. Liputan dan perkembangan sekolah dapat diikuti juga melaluinya. Moga dapat memberi manfaat buat semua.

Klik Link Di Sini

Share your videos with friends, family, and the world

07/07/2023
Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah 2022/2023Hari : RabuTarikh : 7 Julai 2023Tempat :...
07/07/2023

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah 2022/2023

Hari : Rabu
Tarikh : 7 Julai 2023
Tempat : Dewan Terbuka SAMAWAT

Alhamdulillah, majlis yang diadakan dengan penuh gilang-gemilang telah dirasmikan oleh Puan Sabilah bt Yacob, Pengurus Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Parit Buntar.

Warga sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang hadir, terutamanya ibu bapa ke majlis hari ini, diharapkan jalinan ini kekal bagai aur dengan tebing dalam memastikan kecemerlangan anak-anak SAMAWAT.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah mengangkat nama baik SAMAWAT. Sesungguhnya ini hanyalah satu permulaan dan pemangkin bagi pelajar SAMAWAT untuk terus maju ke hadapan.

Bagi semua pelajar SAMAWAT, ayuh! Tingkatkan usaha dan jangan berputus asa! Insyaallah anda juga akan berjaya dan mengharumkan nama baik SAMAWAT.

Montaj MAKA SAMAWAT 2022/2023
https://youtu.be/tyyu2y_D7cc


/23

16 JUN 2023 | JUMAATMESYUARAT AGUNG PIBG SMA Shamsul Maarif Al-WataniahAlhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada semu...
16/06/2023

16 JUN 2023 | JUMAAT

MESYUARAT AGUNG PIBG SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada semua AJK PIBG SAMAWAT, guru dan ibu bapa yang sudi meluangkan masa menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG SAMAWAT 2023. Terima kasih juga diucapkan atas komitmen dan sumbangan semua pihak yang berterusan dalam proses kemenjadian anak-anak SAMAWAT.

Semoga SAMAWAT terus melakar kejayaan demi kejayaan.

CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYATarikh : 14.6.2023Tempat : Dewan SAMAWATPenceramah :  Insp. Surendran a/l Nadarajah - Unit...
15/06/2023

CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA

Tarikh : 14.6.2023
Tempat : Dewan SAMAWAT
Penceramah : Insp. Surendran a/l Nadarajah - Unit Trafik Bagan Serai

Terima kasih diucapkan kepada Insp. Surendran a/l Nadarajah dari Unit Trafik Balai Polis Bagan Serai atas cermah yang disampaikan.

Diharap dengan apa yang yang telah disampaikan dapat memberi input positif berkaitan kesedaran keselamatan jalan raya kepada pelajar SAMAWAT.

Setelah dibenarkan oleh KPM untuk menjalankan aktiviti luar berdasarkan SS KPM BIL 3.2023 GP PELAKSANAAN AKTIVITI LUAR y...
11/06/2023

Setelah dibenarkan oleh KPM untuk menjalankan aktiviti luar berdasarkan SS KPM BIL 3.2023 GP PELAKSANAAN AKTIVITI LUAR yang tertangguh akibat menghadapi Cuaca Panas sebelum ini,Program Merentas Desa dilaksanakan oleh SAMAWAT sebagai salah satu aktiviti KOKU bagi membentuk kemenjadian murid dalam sukan.Aktiviti ini telah dilaksanakan pada hari Sabtu ( 10/6/2023) pagi dirasmikan oleh Tuan Pengetua SAMAWAT.Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan lancar tanpa ada pelajar yang tercedera atau mengalami masalah kesihatan yang serius.Terima Kasih semua yang terlibat.
(Kredit Pic semua guru SAMAWAT)

MAJLIS PERSARAAN PUAN HAJAH ROHIZAH BINTI HAJI BAWI9.6.2023Terang bulan di malam hari,Indah gemerlap bintang bercahaya,K...
09/06/2023

MAJLIS PERSARAAN PUAN HAJAH ROHIZAH BINTI HAJI BAWI
9.6.2023

Terang bulan di malam hari,
Indah gemerlap bintang bercahaya,
Kasih dan sayang ikhlas terpatri,
Rindu bertaut sepenuh jiwa.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu seorang guru,
Budi yang diapungkan didulangi ilmu,
Panggilan keramat ustazah kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah kami meratap pilu.

9 tahun Ustazah bersama kami di SAMAWAT sebagai PK HEM, dihormati dan disayangi rakan sejawat. Segala teguran dan nasihat kami genggam sebagai contoh teladan dan azimat.

Terima kasih Ustazah! Ustazah sentiasa di hati kami!

TAHNIAH KEPADA PELAJAR SPM SAMAWAT 2022Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon SPM SAMAWAT atas penigkatan penca...
08/06/2023

TAHNIAH KEPADA PELAJAR SPM SAMAWAT 2022

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon SPM SAMAWAT atas penigkatan pencapaian dalam SPM 2022. SAMAWAT juga mencipta rekod baharu 9A SPM, selain mengekalkan rekod lulus SPM 100%.

9A - Mohammad Syahhir bin Imran
8A - Nur Amira binti Sbli

Teruskan berusaha mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Sekitar Majlis Pengambilan Slip Peperiksaan SPM 2022.
SAMAWAT BOLEH! Semoga SAMAWAT terus cemerlang!
(Kredit Pic Cikgu Faisal)

Address

Tanjung Piandang
Tanjung Piandang
34250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah:

Shortcuts

Share

Category