Perintis Bahasa Etnik

Perintis Bahasa Etnik PERSATUAN PERINTIS BAHASA ETNIK, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS(UPSI)

14/08/2026
14/08/2026

🌿 SELAMAT HARI ORANG ASAL SEDUNIA 2026
HAPPY INTERNATIONAL DAY OF THE WORLD’S INDIGENOUS PEOPLES 2026 🌿

🇲🇾

Sempena Hari Orang Asal Sedunia 2026, Jabatan Bahasa Etnik merakamkan penghargaan dan penghormatan kepada masyarakat Orang Asal atas kekayaan bahasa, ilmu, budaya dan warisan yang terus memperkayakan khazanah negara dan dunia.

Pendidikan menjadi jambatan yang menghubungkan warisan generasi terdahulu dengan aspirasi generasi masa hadapan. Semoga bahasa, budaya dan pengetahuan warisan masyarakat Orang Asal terus dipelihara, diperkasa dan diwariskan kepada generasi seterusnya. 📚🌱

🌏

In conjunction with the International Day of the World’s Indigenous Peoples 2026, the Department of Ethnic Languages extends its appreciation and respect to Indigenous communities for their rich languages, knowledge, cultures and heritage, which continue to enrich our national and global heritage.

Education serves as a bridge connecting the heritage of past generations with the aspirations of future generations. May Indigenous languages, cultures and knowledge continue to be preserved, strengthened and passed on to generations to come. 📚🌱

Ikhlas daripada | Sincerely from
Jabatan Bahasa Etnik
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

14/08/2026

UPSI is launching Kadazandusun, Semai, and Iban language courses in 2026 to preserve cultural heritage and strengthen national unity through education. The interactive programme combines practical communication skills with cultural immersion to foster appreciation for Malaysia’s diverse ethnic communities.

(Link in Comments)

[SELAMAT MENJALANI PERANTIS GURU]👩🏻‍🏫👨🏻‍🏫Tabi basa, Kopisanangan & Bor Sejahtere ✨ Persatuan Perintis Bahasa Etnik ingin...
02/08/2026

[SELAMAT MENJALANI PERANTIS GURU]👩🏻‍🏫👨🏻‍🏫

Tabi basa, Kopisanangan & Bor Sejahtere ✨

Persatuan Perintis Bahasa Etnik ingin mengucapkan selamat menjalani Program Perantis Guru kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Batch Ethnovista Semester 1 Sesi 2026/2027 (A261). Semoga pengalaman sepanjang program ini menjadi medan untuk menimba ilmu, mengasah kemahiran serta membina jati diri sebagai bakal pendidik yang berwibawa.

Laksanakan setiap tugasan dengan penuh dedikasi, semangat dan rasa tanggungjawab. Semoga segala urusan dipermudahkan, diberikan kesihatan yang baik serta memperoleh pengalaman yang bermakna dalam membentuk langkah pertama ke arah profesion keguruan.

Ikhlas daripada,
Persatuan Perintis Bahasa Etnik
Universiti Pendidikan Sultan Idris

“Berilmu, Bermasyarakat, Berkepimpinan ” 💚

🌴✈️ HAPPY SEMESTER BREAK🏝️✨Tabi Basa, Kopisanangan, Bor Sejahtere ✨Persatuan Perintis Bahasa Etnik mengucapkan  Selamat ...
27/07/2026

🌴✈️ HAPPY SEMESTER BREAK🏝️✨

Tabi Basa, Kopisanangan, Bor Sejahtere ✨

Persatuan Perintis Bahasa Etnik mengucapkan Selamat Cuti Semester kepada seluruh warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), khususnya para mahasiswa dan mahasiswi.

Tahniah dan syabas atas segala usaha keras serta dedikasi sepanjang semester ini! Kini masanya untuk berehat, merehatkan minda, serta meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan insan tersayang.

"Berilmu, Bermasyarakat, Berkepimpinan." 💚

Selamat bercuti dan jumpa lagi di semester akan datang!



UPSI

[📢 JEMPUTAN PENYERTAAN: SAYEMBARA CERITERA 2026]" _Warisan Meneguhkan Bangsa, Cerita Menyatukan Jiwa_ "Salam sejahtera, ...
21/07/2026

[📢 JEMPUTAN PENYERTAAN: SAYEMBARA CERITERA 2026]
" _Warisan Meneguhkan Bangsa, Cerita Menyatukan Jiwa_ "

Salam sejahtera, Kopisanangan, Tabi Basa, Bor Sejatere

Adakah anda seorang yang kreatif dalam bercerita atau berbakat besar dalam penulisan? Mari tunjukkan bakat anda melalui kisah-kisah rakyat etnik Iban, Kadazandusun, dan Semai!

Kami dengan sukacitanya menjemput anda untuk menyertai Sayembara Ceritera 2026 yang kini sedang berlangsung.
________________________
🏆 Kategori Pertandingan:
- _Kategori A_ : Pertandingan Bercerita (10-13 tahun)

- _Kategori B_ : Pertandingan Bercerita (14-17 tahun)

- _Kategori C_ : Pertandingan Menulis Cerita Rakyat (Pelajar Diploma/IPTA/IPTS)

🗓 Tarikh Penting:
Tempoh Penghantaran Karya: 3 Ogos 2026 hingga 16 Ogos 2026

💰 Yuran Penyertaan: Hanya RM 10 sahaja!

🎁 Hadiah Menarik Menanti:
- _Kategori A & B (TOP 5)_ : Wang tunai RM100, Plak, dan Sijil Pemenang

- _Kategori C (TOP 5)_: Wang tunai RM100, Plak, Sijil Pemenang, dan 10 karya terbaik akan dibukukan
________________________
🔗 DAFTAR SEKARANG!
Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.

📞 Sebarang Pertanyaan:

- Patricia Natasha Anak Frankie: 013-5823230
- Emiza A/P Uda: 013-5912183

Jom serlahkan bakat anda dan pelihara warisan kita hari ini!

Persembahan khas Perintis Bahasa etnik ( Tarian Sumazau ; etnik Kadazandusun) di Kita Kuo 26 The Reunion Wave, Tahniah k...
06/06/2026

Persembahan khas Perintis Bahasa etnik ( Tarian Sumazau ; etnik Kadazandusun) di Kita Kuo 26 The Reunion Wave, Tahniah kepada semua peserta✨

[*SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER*]Tabi Basa, Kopisanangan, Bor Sejahtere✨Persatuan Perintis Bahasa Etnik ingin mengucap...
06/05/2026

[*SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER*]

Tabi Basa, Kopisanangan, Bor Sejahtere✨

Persatuan Perintis Bahasa Etnik ingin mengucapkan selamat menjalani cuti semester kepada semua mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda, Univerisiti Pendidikan Sultan Idris.

Jaga diri, keselamatan dan kesihatan walau di mana anda berada. Semoga kembali nanti dengan semangat baharu dan lebih bersedia untuk meneruskan pembelajaran.

"Berilmu, Bermasyarakat, Berkepimpinan💚"




Address

Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim
35900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perintis Bahasa Etnik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Perintis Bahasa Etnik:

Shortcuts

Share

Category