Karya Serikandi Melayu

Karya Serikandi Melayu

Share

Laman ini memaparkan pengetahuan berkaitan karya agung Melayu..

14/08/2025

Bahang filem terbaru Superstar Rajinikanth, Coolie, memang terasa sampai ke negara jiran. Bukan setakat di India, syarikat di Singapura pun ikut bagi cuti khas untuk staf mereka sempena tayangan filem ini. Filem arahan Lokesh Kanagaraj ini akan ditayangkan pada 14 Ogos nanti.

Sebuah syarikat pembinaan di Singapura, Farmer Constructions PTE Ltd, bukan sahaja bagi cuti berbayar kepada pekerja Tamil mereka. Siap dapat tiket wayang tayangan hari pertama dan elaun makan minum sebanyak $30 dolar Singapura lagi. Inisiatif ini mereka labelkan sebagai aktiviti kebajikan dan pengurusan stres untuk pekerja, memang terbaik.

Ada lagi sebuah syarikat lain di Singapura, SB MART, yang mengumumkan operasi akan ditutup separuh hari dari jam 7 pagi hingga 11.30 pagi pada hari tayangan. Di Tamil Nadu p**a, sebuah syarikat di Madurai turut memberikan cuti umum pada 14 Ogos untuk semua cawangannya sebagai tanda sokongan.

Hype filem ini makin menjadi-jadi selepas trailernya keluar baru-baru ini. Walaupun begitu, ada sedikit kerisauan dalam kalangan penonton berkeluarga kerana filem ini telah diklasifikasikan dengan rating 'A' untuk tontonan dewasa sahaja.

Coolie menampilkan barisan pelakon hebat seperti Nagarjuna, Sathyaraj, Aamir Khan, dan Shruti Haasan. Filem ini dijangka akan bersaing sengit di box office kerana ditayangkan serentak dengan filem War 2 yang dibintangi Hrithik Roshan dan Jr NTR.

Want your school to be the top-listed School/college in Tanjung Malim?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


UPSI
Tanjung Malim
35700